Cerita masa silam dan sekarang
Bila kaki dah tak lalu nak melangkah, Bila mata dah tak larat nak memandang, Bila senyum pun sekadar paksa, Bila jantung terkadang seakan berhenti berdenyut, Bila hati makin perit nak mengenang, Bila jiwa dan ronta seakan senyawa, Bila hati dah tak kebah nak disakiti, Para syaitan tak pernah bosan menghasut, Muncul bintang-bintang berterbangan dalam kepala, Maka berteriak si tukang kayu,"larilah mana kau nak lari, aku takkan kejar kau ...
Aku keluar pusing-pusing bandar bawak makwe sorang ni, nak tengok lampu katanya. Aku pun layankan aje la, lagipun seingat aku last aku naik kereta pusing-pusing bandar tengok lampu, entah bila pun aku tak ingat. Tapi aku yakin dan pasti masa tu aku kecik lagi sebab suara pun belum pecah, pernah jadi solo kumpulan nasyid pulak tuh, nampak sangat suara aku ala-ala Mamat Exist waktu tengah up dulu, mantap! Pusing punya pusing, mata pun dah berpinau-piau, lalu kami pun berhasrat melegakan ...
Terkadang ada tikanya mentari berlindung di sebalik awan gelap. Itu lumrah kejadian alam. Sesungguhnya akan ada masanya dingin dan sejuk sampai ke tulang. Itu pun lumrah kejadian alam. Kaki lemah menghayun langkah. Mata tak senang memandang ke atas. Maka bertanyalah si penumpang bumi kepada sahabat karibnya, hati. Mengapa sugul tak bermaya? Hati menjawab,kerana hari-hari kebelakangan ini tak secerah semalam dan hari-hari kelmarin. Matahari ...
Masa belajar dulu, memang heaven kalau tiba cuti semester. Dapat la aku berehat 3 minggu, menenangkan otak yg berserabut dengan macam-macam hukum, yang secara praktikalnya aku gagal untuk memahami dengan baik. Mungkin sebab aku lagi banyak main dari belajar, tak sah lagi. Biasalah hidup seorang student, tidur, makan, merayap, main bola, lepak minum, tengok wayang, bercinta, macam-macam lagi la, kalau nak sebut semua aku pun malu. Pendek kata, buat benda lain lagi banyak daripada belajar. ...