Assalamua'laikum,
Alhamdulillah program yang dirancangkan berjalan lancar seperti yang dirancangkan. Berbagai perkara gembira duka yang dilalui sepanjagn program di jalankan.
kesungguhan kengkawan yang turut serta membantu tak kira dari segi kewangan, tenaga dan idea di ucapkan TAHNIAH dan terima kasih.
terima kasih tak terhingga kepada pihak yang menyumbangkan goodies bag untuk penghuni rumah tersebut, goodies bag untuk sukarelawan dan dermawan yang hadir, kuih tepung pelita, cocktail utk makan malam, tenaga dari pelajar UIA yang menjaga dan menguruskan kekanak disana dan berbagai sumbangan yang banyak tak terkira untuk dinyatakan disini.
Jumlah kutipan derma yang berjaya dikumpul ialah sebanyak RM 2,202.52 (tak termasuk sumbangan barang yang diberikan)
kehadiran adalah seperti berikut
TKO
- rdwirad
- eniliana
- mcezix
- baloq
- spermaximus
- harry silayan
- leia
- penyu
- baby egna
- cinta_madinah
- anazabri
- tina-toon
- intan
- jackie
- apiss jonnn
- selamat
- tokeilampin
others
- asyraf (UIA)
- fahmi (UIA)
- raihana (UIA)
- alin (UIA)
- fiza (AmBank)
- baharin (AmBank)
- Nizam (Petronas)
- MultiHunter (travian)
- Shamir
- Nuratiah aka Naz
- Juni
- Azu (Affin Bank)
lebih kurang jam 10 pagi kehadiran disambut mesra oleh Ummu Lizah, selepas diberi sedikit penerangan oleh beliau maka kesemua sukarelawan menjalankan tugas memasing. sehingga jam 1.30 ptg berehat solat zuhur dan menikmati juadah tengah hari Nasi putih, sambal sardin, masak soh hoon dan telur dadar.
kemudian aktviti disambung bersama kanak2 disitu. games yang telah diatur bagi menggembirakan mereka semua. dan mendapat sambutan yang menggalakkan. aktiviti sehingga jam 5 ptg diikuti minum petang dgn kuih keria, karipap dan tepung pelita.
ketika kanak2 dibawa ke padang permainan. sukarelawan menyediakan makan malam. iaitu nasi goreng, BBQ ayam, nugget, french fries dan cocktail. Turut sama disertakan ialah kek meraikan hari lahir salah seorang dari penghuni disitu iaitu adam dan juga seorang sukarelawan iaitu Hafizah.
Selepas makan acara menyampaikan sumbangan kepada kanak2 dan juga kepada rumah tersebut. Juga turut memberikan cenderamata kepada sukarelawan yang hadir merupakan sebuah beg laptop dan juga jam loceng casio. sebelum berpisah penghuni menyampaikan sebuah lagu penutup kepada sukarelawan yang hadir.majlis bersurai pada jam 10 malam.
segala komen dan cadangan dialu-alukan.






...x sempat merase kek choc moist kawan ummu buat...huk huk....timer kasih gak utk mkn tgh ari...sedap2...
...kuih-muih minum petang..
)


