Closed Thread
Page 1 of 3 1 2 3 LastLast
Results 1 to 15 of 37

Thread: Din Beramboi Dalam Keadaan Kritikal

  1. #1
    Senior Member eniliana's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    956
    Like
    35
    Liked 38 Times in 33 Posts

    Din Beramboi Dalam Keadaan Kritikal

    sumber:murai.com


    KUALA LUMPUR, 30 MAC 2010:
    Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi disahkan berada di wad hospital kerana dalam keadaan kritikal.

    Bagaimanapun, sakit yang dihidapi penyampai radio ERA FM ini masih belum dikenal pasti memandangkan beliau masih dalam kawalan doktor.

    Mengesahkan keadaan sebenar Din Beramboi, Pengurus ERA FM, Nazri Noran berkata setakat ini pihak mereka masih belum mengetahui punca sakit itu secara teknikal.

    "Semalam saya pergi melawatnya. Memang benar, Din dalam keadaan lemah dan tidak sihat. Sehingga kini, Din masih dalam kawalan ketat doktor.

    "Bagi menjawab apa sakitnya, terus-terang, saya sendiri masih belum pasti apa sakitnya. Doktor sedang memeriksa sakitnya dengan lebih terinci. Doktor sendiri tidak tahu apa sakit yang dialaminya. Insya-Allah, kami akan sentiasa memberitahu perkembangan Din beramboi dari masa ke masa," ujar Nazri.

    Meneruskan bicara, Nazri menjelaskan bahawa ini adalah kali pertama Din Beramboi dalam keadaan kecemasan yang mana sebelum ini pengacara program Mandi di Astro Warna tidak pernah sekali pun mengambil cuti sakit dan sanggup hadir ke konti walaupun dalam keadaan sakit.

    "Ketika bersiaran bersama Aznil pagi Rabu lalu (24 Mac 2010), Din ada mengadu kepada saya bahawa badannya terasa sakit. Kemudian, keesokannya harinya (Khamis), Din memberitahu saya dengan menghantar SMS mengatakan dia tidak boleh tidur dan demam.

    "Din turut mengadu badannya tidak larat memandangkan isterinya juga demam. Akibat keadaannya yang makin serius, pagi semalam (29 Mac 2010) Din terus pergi ke hospital dan terus ditahan dalam wad.

    "Sekarang, kami cuma berharap dan doakan agar Din cepat sembuh. Insya-Allah, kami akan cuba membantu keluarganya setakat yang kami mampu. Diharap semua peminat Din turut sama mendoakan yang terbaik buat dirinya," jelasnya.

    Sementara itu, murai.com.my difahamkan doktor terpaksa menidurkan Din akibat keadaan beliau yang sudah 3 malam tidak dapat melelapkan mata. Oleh itu, pihak keluarga Din tidak membenarkan sesiapa pun melawatnya memandangkan dia sedang dikawal rapi oleh doktor dan perlukan rehat yang secukupnya.


    semoga beliau cepat sembuh dan diringankan kesakitannya..
    amin..
    org lain anti warna itu ini... aku anti kelab jutawan yg ahlinya bukan jutawan..

  2. #2
    Senior Member longan's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    308
    Blog Entries
    1
    Like
    1
    Liked 4 Times in 4 Posts
    sakit apa eh...riso gak demam2 ni...skrg demam skit2 pon kena cepat2 g cek doc..tak leh biaq je...

    smuga incik din cepat sembuh....amin

  3. #3
    Senior Member rdwirad's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    1,040
    Blog Entries
    27
    Like
    45
    Liked 79 Times in 53 Posts
    beliau memrlukan darah jenis O.. buat masa ni dah cukup rasanya

  4. #4
    Senior Member eniliana's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    956
    Like
    35
    Liked 38 Times in 33 Posts
    jangkitan dari kencing tikus..
    dah koma dan organ2 penting dah shut down..kalau tak silap skrg ni dah mula pakai life support utk dia terus hidup.
    walaubagaimana pun usaha utk memulihkan dijalankan dengan pembersihan darah..masuk darah baru.
    sebab racun dah masuk dalam bloodstream..tadi umum memerlukan darah.
    skrg dah announce jap tadi..bekalan dah mencukupi..

    tapi doc kata dia hanya ada peluang sekiranya memberi respon terhadap medication sekitar 24-48 jam.
    org lain anti warna itu ini... aku anti kelab jutawan yg ahlinya bukan jutawan..

  5. #5
    Senior Member kim_possible's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    KL
    Posts
    122
    Like
    2
    Liked 4 Times in 4 Posts
    huh me blood type O..

  6. #6
    Senior Member n a z a's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    523
    Like
    0
    Liked 12 Times in 12 Posts
    lame aku x dengar ERA.. cam x caye.. tetibe jek kan..
    :: mon histoire est ma vie ::

  7. #7
    Senior Member eniliana's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    956
    Like
    35
    Liked 38 Times in 33 Posts
    me type O also..
    smlm ade hampir 200 org dtg ke hospital selayang utk bantu,derma darah dan sebagainya.
    buat masa ni bekalan darah dikatakan cukup tapi andai kata diumumkan utk derma lagi..please proceed to pusat darah negara bukan hospital selayang.
    kesian smlm ramai org yg nak menderma terpaksa ke KL pula selepas ke sepital..

    baru dgr ERA, latest news.. din dah mula bernafas sendiri.beberapa organ mula memberi respon. dan body dah mampu utk menerima darah baru.
    dan sedang recover pada kadar yg agak pantas.. semoga perkembangan selepas ini lebih baik..amin..
    org lain anti warna itu ini... aku anti kelab jutawan yg ahlinya bukan jutawan..

  8. #8
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    104
    Blog Entries
    7
    Like
    2
    Liked 7 Times in 7 Posts
    latest news... dah start kuar darah dai rongga...

    sedihla pulak isk3x...

  9. #9
    Senior Member HyperTech's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    atas kerusi
    Posts
    407
    Like
    11
    Liked 16 Times in 15 Posts
    moga2 dia cepat sembuh...

  10. #10
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    104
    Blog Entries
    7
    Like
    2
    Liked 7 Times in 7 Posts
    Semoga beliau masih boleh bertahan , berdoa mudahan Allah menyembuhkan beliau Aminnnn ...
    semoga DB dapat mengharungi saat-saat genting ini, harap keluarga dia dikurniakan ketabahan, amin.

  11. #11
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    168
    Like
    3
    Liked 6 Times in 3 Posts
    Paper ari nie tulis dia sbnrnye kene denggi berdarah..yg kate die kene virus kencing tikus n perlu darah "o" tu rumous je..ishhh..xtau mane satu yg btol nie..

  12. #12
    Senior Member n a z a's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    523
    Like
    0
    Liked 12 Times in 12 Posts
    ermmmm.. macam˛
    :: mon histoire est ma vie ::

  13. #13
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    104
    Blog Entries
    7
    Like
    2
    Liked 7 Times in 7 Posts
    yg virus kencing tikus tu katenye sbb doktor lom betul2x kompem antara virus tu ngan denggi berdarah... katenye simptom cam sama..rase dpt kat FB kot tu.. mase belum sohih lagi

    tak kisahlah sakit ape pun.. doa jek yg elok2x

  14. #14
    Senior Member n a z a's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    523
    Like
    0
    Liked 12 Times in 12 Posts
    ingat x ape dia cakap masa final RL4?
    :: mon histoire est ma vie ::

  15. #15
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    168
    Like
    3
    Liked 6 Times in 3 Posts
    yg dia nk benti jd dj ERA tu ke?

Closed Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts