+ Reply to Thread
Page 1 of 4 1 2 3 ... LastLast
Results 1 to 15 of 51

Thread: Judi Dihalalkan

  1. #1
    Senior Member rdwirad's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    1,040
    Blog Entries
    27
    Like
    45
    Liked 79 Times in 53 Posts

    Judi Dihalalkan


    http://bernama.com/bernama/v5/bm/new....php?id=496037

    06 Mei, 2010 17:46 PM
    Kerajaan Timbang Beri Lesen Pertaruhan Untuk Piala Dunia


    KUALA LUMP UR, 6 Mei (Bernama) -- Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

    Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

    "Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

    "Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis.

    Awang Adek berkata jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

    Awang Adek mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

    Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.

    Awang Adek berkata kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

    "Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

    "Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.

    -- BERNAMA


    Ref : http://bernama.com/bernama/v5/bm/new....php?id=496037

    Apa nak jadi ni.... bincangkan lah bersandarkan kepada hukum agama.. bukan berdasarkan kepada politik....

  2. The Following User Like This Post:

    anazabri (10-05-10)

  3. #2
    Senior Member kacaptelabik's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    celah rebe
    Posts
    283
    Blog Entries
    51
    Like
    217
    Liked 38 Times in 30 Posts
    silap2 ada yg emosi 'terpolitik king' kang!..

    "Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan memandangkan kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen pada Khamis.
    belum lulus lagi tu bang... boleh bantah. Minta Ahli Parlimen bantah kt parlimen tu..(politik juga ni kang)
    Maksud di atas utk mengelakkan perjudian tanpa lesen utk org bukan Islam. Takde kene mengena ngan org Islam pon

    Untuk org Islam,
    judi tu memang dah haram.. mana ada halal2 nya lagi.. kalo lulus pon utk org bukan Islam. Macam no ekor, penjualan arak tu jugak.

    jadi, istilah judi dihalalkan tu perlu diperbetulkan.. takut2 org salah faham. tkasih
    Last edited by kacaptelabik; 07-05-10 at 03:00 PM.

  4. #3
    Senior Member akuci8's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Port Dickson
    Posts
    191
    Like
    47
    Liked 43 Times in 36 Posts
    Tang nak kawal tu aku rase patut laaa... kita bukan duk negara 100% Muslim!!!

    Awang Adek berkata jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
    ni yang aku x gemor ni... patut la pasukan malaysia lemau je!!! kang terus layu, reput!

  5. #4
    Senior Member eniliana's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    956
    Like
    35
    Liked 38 Times in 33 Posts
    er.. haa.. kalau nak luluskan mmg kena dengan pemantauan menyeluruh lah..
    baik dari segi tokeinya.. mahupun kastemernya..
    kalau setakat tepek sticker.. "judi haram bg umat Islam" takleh gak.. sama cam arak..
    tepek menepek aje.. kejenye.. muslimin muslimat yg menunggang arak bersepah2 gak.. kalau nak sebat suma, bertahun tak habis..

    kire cam kena pakai sistem yg menyeluruh gak rasanya...
    nak betting kena hanya bukan muslim ke..maybe kena register siap ngan ic time nak bet ke..so that muslimin boleh dihalang penyertaan..
    skrg kan mykad dah canggih.mana2 mykad yg registered sebagai muslim kat dalam cip yg ada tu automatic block utk join judi.
    lesen judi is already here.. tinggal jenis yg utk bet bola punye je blm ade.takkan joli katak kat genting boleh, nak betting bola takleh..ye tak? tak aci le..hahaha

    cuma part yg kuci quote tu mmg cam geli skit aaa... kalo tak amek hasil ke.. atau charges hanya dipulang balik utk sistem perlesenan judi tersebut je kan lagi elok..sebab kalau guna utk majlis sukan, ngee..guna time ape..buat stadium baru? kasik bonus pada org dari arena sukan?
    bape banyak yg bakal makan duit ni nanti? atlit? petugas2? refreee? gulpp...ade gak yg nak telan pun tak gamak kang..
    org lain anti warna itu ini... aku anti kelab jutawan yg ahlinya bukan jutawan..

  6. #5
    Senior Member kacaptelabik's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    celah rebe
    Posts
    283
    Blog Entries
    51
    Like
    217
    Liked 38 Times in 30 Posts
    hah, yg part tu aku sokong! tak sesuai langsung duit tu utk pembangunan sukan. kang ada stadium roboh lagi. ops! hahaha

  7. #6
    Senior Member anazabri's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Shah Alam, Malaysia, Malaysia
    Posts
    125
    Like
    21
    Liked 16 Times in 15 Posts
    Datuk Dr Awang Adek Hussein:
    Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).
    Dgn ada lesen, boleh ke pastikan tiada langsung perjudian tanpa lesen??
    Kerajaan nak tau berapa banyak jumlah wang pertaruhan - nak buat apa nak tau? Kalau nak tau lemudian nak mengurangkan budaya sakit ni baguslah.... tp nak keluarkan lesen lagi? I cannot see the logic.





    Awang Adek berkata jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
    Financing our nation's sports acitvities with wang haram??? Is this allowed by Islam???

    "Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.
    Macamana lesen judi boleh mengelakkan kewujudan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram???
    Bukankah berjudi boleh membuatkan org ketagih judi, memporak perandakan rumahtangga, anak2 terbiar - bertambahlah gejala sosoal


    Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya.
    Salah satu cara kerajaan menunjukkan sikap prihatin adalah dgn menambahkan lesen judi di negara kita? More to prihatin kepada kaki2 judi adalah... bukan RAKYAT MALAYSIA.

    Statement "membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah" adalah satu kenyataan yg general.... Agaknya lepas ni apa saja permainan bolasepak bukan piala dunia pun boleh bertaruh??

    Rasanya sudah cukuplah rumah2 perjudian, kedai2 perjudian.... kita tak perlu lagi nak tambah lesen perjudian. My personal opinion... Islam adalah agama rasmi kita. kalau tak boleh nak hapuskan aktiviti2 dosa2 besar, sekurang2nya ada usaha (BERSUNGGUH2) utk mengurangkan aktiviti tersebut. Kalau nak tambah lesen supaya boleh bertaruh dan berjudi... nampak gaya spt hendak mengembang biakkan aktiviti2 dosa besar spt ini

    Bila kerajaan mengeluarkan lesen utk bertaruh, kelihatan seperti kerajaan menyokong kegiatan berjudi ni.

    wallahu a'lam............

  8. #7
    Member wujian's Avatar
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    40
    Like
    2
    Liked 0 Times in 0 Posts
    ish ish ish....kalo lah lesen tu kluar atau tak. but still org akan berjudi punya. kerajaan tak bole nak tangkap semua org berjudi. ni macam kes kerajaan sedang mempertimbangkan kadar BLR dalam peminjaman untuk belian rumah. sbb kadar BLR skang adalah berpandukan tahun 1960-an. so dorang nak revise balik BLR tu.
    apa yang uji nak adalah nak tahu sapa yang sedang berpolitikkan benda ni. kang senang uji nak chop dia sebagai kaki perosak masyarakat.

    ps: dorang ske macam ni ker org parlimen?
    "Sekian, Sekain, Sekinchan"

  9. #8
    Senior Member kacaptelabik's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    celah rebe
    Posts
    283
    Blog Entries
    51
    Like
    217
    Liked 38 Times in 30 Posts
    haahhahaa.. pandang, dengar, lihat, pro dan kontra.. nilai sendiri

  10. #9
    Member
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    d"celah kehidupan..
    Posts
    36
    Like
    0
    Liked 7 Times in 4 Posts
    ...dh jd tabiat manusia skrg....yg dtegah la yg nk dbuat..tepuk dada tanya selera..yg halal tetap halal dan haram sampai bila2 pn tetap haram....ikut hukum agama lebih bagus drpd ikut hukum yg dbuat oleh manusia..
    gapodio??????

  11. #10
    Senior Member rdwirad's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    1,040
    Blog Entries
    27
    Like
    45
    Liked 79 Times in 53 Posts
    manusia dikurniakan akal dan fikiran...
    sepatutnya judi ni diharamkan..bukan nak di tambah lagi..heheheh
    tak kisahlah negara kita ni ada bangsa lain ke apa ke..
    dah agama rasmi kita agama Islam...
    apa yang sepatut dilakukan ialah membenteras..bukan memberi galakan...

    tak tau lah apa bala yang Allah nak turunkan pada negara kita lepas ni...

    kita tgk macam brunei...

    Brunei lebih takut laknat Allah


    2010/03/24 BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

    Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

    “Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.


    “Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.


    “Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP


    sumber harian metro 24/03/2010

  12. The Following 2 Users Like This Post:

    adriana (27-05-10), akuci8 (11-05-10)

  13. #11
    Member wujian's Avatar
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    40
    Like
    2
    Liked 0 Times in 0 Posts
    hmmmm keputusan brunei tu betul. pelancong kena hormat keputusan parlimen brunei. bukan parlimen brunei ikut keputusan pelancong.
    "Sekian, Sekain, Sekinchan"

  14. #12
    Senior Member akuci8's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Port Dickson
    Posts
    191
    Like
    47
    Liked 43 Times in 36 Posts
    Quote Originally Posted by Zain Serudin
    “Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.
    Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.
    Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.
    Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,”
    ni ayat yang aku suka ni... Harap Brunei terus makmur dan buktikan tanpa arak & judi Negara lebih AMAN dan KAYA

  15. #13
    Senior Member kacaptelabik's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    celah rebe
    Posts
    283
    Blog Entries
    51
    Like
    217
    Liked 38 Times in 30 Posts
    Insya Allah, tgoklah berapa ramai rakyat dieorg... Perlaksanaanya mudah nak dikawal.
    Itu baru permintaan diperingkat awal.
    Cuba jika negara Brunei itu dikuasai orang politik, kompem haru. Hehehe

    Kempen mencegah denggi pon tak berjaya, inikan pulak kempen cegah judi. Jangan menuding jari salahkan siapa.
    Tengok balik sekeliling secara keseluruhannya puncanya terletak pada diri sendiri juga.

    Aku tetap berpegang dengan pendirian aku, maksud di atas adalah utk orang bukan Islam. bukan orang Islam.
    Istilah judi dihalalkan perlu diperbetulkan. Judi dihalalkan utk org bukan Islam.

    Setiap orang rambut sama hitam, hati lain-lain. Pemahaman mereka pon lain-lain.
    Bergantung pada ilmu yang ada di dada, pergaulan, pengalaman dan lain-lain yang mempengaruhi setiap kata-kata yang diucapkan.

  16. #14
    Senior Member selamatmukri's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    ~100% BantinG~
    Posts
    115
    Blog Entries
    1
    Like
    0
    Liked 12 Times in 12 Posts
    A: malam ni brazil lawan italy....ko rase saper menang??
    B: brazil laaa menang....

    A: ok kalu brazil menang, aku blanja ko....kalu italy menang ko blanja aku....
    B: ok, set....tapi ni kire kawan kawan laaa....bukan haram yer...blanja betul2...

    amcam?? hehehe.....

  17. The Following User Like This Post:

    kacaptelabik (12-05-10)

  18. #15
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    1,224
    Like
    15
    Liked 47 Times in 38 Posts
    cam judi gak tu...

+ Reply to Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts