+ Reply to Thread
Page 3 of 4 FirstFirst 1 2 3 4 LastLast
Results 31 to 45 of 51

Thread: Judi Dihalalkan

  1. #31
    Junior Member
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    6
    Like
    0
    Liked 0 Times in 0 Posts
    Lulus Lesen Judi Bola, Mufti Perak
    Lulus Lesen Judi Bola, Mufti Perak Bidas Najib

    SHAH ALAM 13 MEI: Mufti Perak, Datuk Dr Harussani Zakaria menyifatkan keputusan kerajaan Persekutuan meluluskan lesen judi pertaruhan bola sepak sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia, umpama menentang hukum Syarak

    Beliau berduka cita lantaran kerajaan Umno BN menghalalkan perkara yang terang-terang haram dan mengingatkan pemimpin beragama Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi itu, sebagai bersyubahat mengikut peruntukan hukum syarak.

    Kenyataan Mufti Perak ini menunjukkan keputusan kerajaan Umno Barisan Nasional itu bukan sahaja tidak disenangi pimpinan Pakatan Rakyat, sebaliknya dari segenap peringkat.

    “Saya dukacitalah, kerana kerajaanmeluluskan judi, kerana judi ini haram dalam Islam. Jadi, kita meluluskan judi seolah-olah kita menghalalkan judi sedangkan ia haram di sisi Islam. Perbuatan ini sepatutnya dihindari,” katanya kepada TV Selangor hari ini.

    Dr Harussani menegaskan umat Islam terlibat dalam aktiviti ini, hukumnya tetap haram walaupun kerajaan umno-bn bertindak menghalalkannya.

    “Jadi apa hukumnya orang Islam terlibat dalam aktiviti tidak bermoral ini? Kalau orang Islam terlibat, hukumnya haram. Orang Islam yang terlibat hukumnya haram walaupun aktiviti dihalalkan oleh kerajaan,” katanya.

    Ditanya apa hukum pemimpin yang terdiri dari orang Islam yang terlibat dalam meluluskan lesen judi bola, beliau menyatakan, perbuatan mereka hukumnya syubahat.

    “Orang yang meluluskan bersyubahat dalam perbuatan judi. Dia luluskan benda yang haram," katanya lagi.

    Mufti Perak itu menyifatkan tindakan pimpinan kerajaan Malaysia tidak wajar kerana kelulusan lesen judi ini hanya menggalakkan rakyat berjudi sedangkan Malaysia adalah sebuah negara yang diwar-warkan Umno sebagai negara Islam.

    “Kesan tindakan ini akan menggalakkan orang terus berjudi, apatah lagi judi sudah diharamkan dalam syarak dan al-Quran, maka wajib kita pelihara. Membenarkan judi maka menggalakkan orang berjudi,” katanya.

    Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily sebelum ini melaporkan kementerian kewangan pimpinan Datuk Seri Najib Razak secara rasminya memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya, dan pertaruhan secara sah itu boleh dibuat sebelum kejohanan bolasepak bermula 11 Jun ini.

    Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbang kemungkinan mengeluarkan lesen pertaruhan judi sempena kejohanan Piala Dunia atas alasan mengelak pertaruhan haram.

    sumber:tranungkite

  2. #32
    Senior Member kacaptelabik's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    celah rebe
    Posts
    283
    Blog Entries
    51
    Like
    217
    Liked 38 Times in 30 Posts
    yang haram tetap haram, yang halal tetap halal..
    apa itu lulus? apa itu haram? Berbeza kan hukum manusia dengan hukum Allah?

    soalan subjektif, terlalu byk jenis jawapan yang diterima. Sedangkan jika kita cek kamus dewan ada maksudnya tersendiri,
    jika bab hukum ini ada ketikanya yang halal pon boleh jadik haram, yang makruh pon bleh jadik haram, yang sunat tu boleh jadik wajib, yang wajib tu boleh jadik harus, yang harus tu boleh jadik haram, yang haram pon boleh jadik harus, bergantung kepada keadaan tertentu, darurat misalnya.

    So, apa pun hukumannya. Yang wajib kita dah cukup terlaksana ke? Ikhlas ke? Fikir2kanlah sejauh mana keikhlasan kita mengadap Tuhan?

    psstt...mungkin sy tak mampu nak berdebat soal agama ini disebabkan ilmu saya terlalu cetek dalam bab agama. Lagipun tak layak untuk saya bicara soal agama kerana terlalu banyak dosa silam yg telah saya lakukan. Saya bukan hakim utk menjatuhkan sebarang hukuman. hehe
    Teruskanlah perbincangan. tqvm

  3. #33
    Senior Member selamatmukri's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    ~100% BantinG~
    Posts
    115
    Blog Entries
    1
    Like
    0
    Liked 12 Times in 12 Posts
    bro atan dah kate Malaysia bukan negara Islam....
    jadi, ape adahal pun kerajaan luluskan lesen judi ni kan??

    yang penting, kite kene pastikan adik2 kite, ibubapa kite, kawan2 kite, abg2 kite, adek2 kite, sedara2 kita, sedari2 kite, atuk nenek kite, jiran2 kite, tak terlibat dengan judi ni....amcam boleh ker??
    judi memang haram.....ape cara sekali pun...memang haram di sisi Islam....
    den pun memang tak setuju ngn tindakan kerajaan yang ni....
    tapi, lupe lak....kite ade kawan2 yang bernama si Ah Seng, Muthu....

    nak marah2 wat per....
    pembangkang sepatutnye bersyukur....
    kerajaan dah bagi modal dah untuk korang berkempen....
    kan memang pembangkang suke mende2 ni....
    tapi skang ni tak tau laaa...sebab dah geng....hahahaha.....
    Last edited by selamatmukri; 15-05-10 at 11:58 AM.

  4. #34
    Senior Member kacaptelabik's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    celah rebe
    Posts
    283
    Blog Entries
    51
    Like
    217
    Liked 38 Times in 30 Posts
    uiks, selamat ke nims? heehehe

  5. #35
    Senior Member rdwirad's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    1,040
    Blog Entries
    27
    Like
    45
    Liked 79 Times in 53 Posts
    macamana kita bising pon yang ada power akan buat suka hati dia. apa yang kita mahu sekarang ?

    1- sokong dapat dosa
    2- bantah tak dapat dosa ( dapat pahala tak berani nak jamin le heheheh)

    apa pilihan anda. heheheheh..

  6. #36
    em.. nak tny..

    masa zaman Rasulullah & Khulafa' Ar-Rasyidin.. Negara yang mereka tadbir, lebih besar kan dari Malaysia? Tapi zaman tu.. tak ada kot judi sume.. cumanya orang bukan muslim dibenarkan mengamalkan ajaran masing-masing, tapi masih perlu merujuk kepada piagam madinah (masa zaman Rasulullah.)

    hm..

    haritu pergi tanjung pinang, indonesia.. tengah kempen banteras judi. siapa-siapa yang tahu ada orang terlibat dengan judi perlu buat laporan segera.

    tiba-tiba rasa sedih.

  7. The Following User Like This Post:

    eniliana (18-05-10)

  8. #37
    Senior Member kacaptelabik's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    celah rebe
    Posts
    283
    Blog Entries
    51
    Like
    217
    Liked 38 Times in 30 Posts
    Quote Originally Posted by al-mujahidah View Post
    em.. nak tny..

    masa zaman Rasulullah & Khulafa' Ar-Rasyidin.. Negara yang mereka tadbir, lebih besar kan dari Malaysia? Tapi zaman tu.. tak ada kot judi sume.. cumanya orang bukan muslim dibenarkan mengamalkan ajaran masing-masing, tapi masih perlu merujuk kepada piagam madinah (masa zaman Rasulullah.)

    hm..

    haritu pergi tanjung pinang, indonesia.. tengah kempen banteras judi. siapa-siapa yang tahu ada orang terlibat dengan judi perlu buat laporan segera.

    tiba-tiba rasa sedih.
    tanggungjawap dah tu, memang perlu cegah, banteras sebaik mungkin. tak berani nak cegah. buat jek laporan. report. Bukannya sebab kita nganjing ke ape. Tapi dah memang salah. Kang orang cakap kita hantu polis lah, hantu pegawai jabatan agama lah.
    Boleh dikatakan semua umat Islam di Malaysia tak suka, nak bantah pon boleh bantah. Malaysia ni makmur, boleh suarakan secara terus. Takde apa halangan pon dah. Cuma cara bagaimana kita membantah? cara kita menghalang hasrat orang-orang yang berkepentingan tu? Bukan boleh main suka-suka. Banyak kesannya.

    Bak kata orang-orang terdahulu, umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.

    Bak kata al-mujahidah, memang betul di tg pinang sebegitu. rumah pelacuran dibanteras habis-habisan. Tetapi kenapa masih ada jugak? Pergilah ke tanjung pinang, tanjung balai dan di sekitar kawasan kepulauan riau. Lihatlah apa yang terjadi kpd umat Islam kat sana. Cuba kaji pula, kenapa mereka jadi begitu. Dan tak mustahil Malaysia pon akan jadi begitu 10-12 tahun akan datang sekiranya masih tidak ada lagi kesedaran dikalangan umat Islam untuk bersatu. Wallahualam.

  9. #38
    Senior Member akuci8's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Port Dickson
    Posts
    191
    Like
    47
    Liked 43 Times in 36 Posts
    Malaysia ni cuma 49% org melayu dan 60% muslim... so memang kita bukan secara totalnya negara islam... cuma negara majoriti umat islam!

    Judi memang dah lama dilesenkan dan menjadi sebahagian daripada pendapatan negara dan antara yang paling lumayan!
    cuma tambah satu lagi lesen judi sebenarnya takde impak besar pun.

    syarikat besar macam berjaya holding dan genting berhad mmg dah lame terlibat dalam perjudian... berjaya holding adalah syarikat yang menawarkan perjudian diatas kapal antara yang terhebat didunia... selain tu berjaya juga memiliki lesen 7e, Kenny Rogers dan Starbuck untuk pasaran malaysia! selain itu berjaya juga memiliki cosway (m) sdn bhd, sebuah syarikat direct selling terkemuka! Genting pulak da buka cawangan kat singapore... besar tuuu!

    soal halal haram pulak memang dah terang... judi tetap haram tak kira la darurat ke tak! setahu aku memang tak de keadaan yang boleh menghalalkan judi!
    tentang hasilnya pulak aku tak berani nak kata byk... jika diberi lesen.. hasil pendapatan syarikat judi macam berjaya yang diambil sebagai cukai oleh kerajaan dah tentu haram... camne kerajaan belanjakan tu dan adakah kita pun share hasil duit haram tu aku tak berani nak kata! Istighfar byk byk!

    pada pendapat aku... gejala sosial yang berleluasa sekarang berkait rapat dgn isu seperti ini... lebih byk wang haram dikutip kerajaan sebagai KDNK maka makin tinggi lah peluang untuk anak anak bangsa kia terjerumus kearah maksiat!

    'mereka' ada power! tetapi kita yang ada power memangkah mana yang kita mahu! silap pangkah kita pun sama tanggung dosa... inilah padahnya bila kuasa diserah kepada rakyat!

  10. #39
    Senior Member kacaptelabik's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    celah rebe
    Posts
    283
    Blog Entries
    51
    Like
    217
    Liked 38 Times in 30 Posts
    Quote Originally Posted by akuci8 View Post
    pada pendapat aku... gejala sosial yang berleluasa sekarang berkait rapat dgn isu seperti ini... lebih byk wang haram dikutip kerajaan sebagai KDNK maka makin tinggi lah peluang untuk anak anak bangsa kia terjerumus kearah maksiat!
    Punca utama didikan mak ayah. Jgn salahkan org lain.

  11. #40
    Junior Member
    Join Date
    Apr 2010
    Posts
    6
    Like
    0
    Liked 0 Times in 0 Posts
    anak kita demam..bagi ubat demam banyak mana pun susah nak sembuh kalau persekitarannya kotor dan penuh kuman.


    p/s: dah agak dah...mesti org ingat ayat yg aku tulis tu sekadar sampah2, daun kering yg berguguran, longkang2 yg tersumbat,jalan2 yg penuh najis binatang.
    belum world class lagi sastera aku ni..
    Last edited by atan.; 19-05-10 at 06:54 PM.

  12. #41
    Senior Member kacaptelabik's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    celah rebe
    Posts
    283
    Blog Entries
    51
    Like
    217
    Liked 38 Times in 30 Posts
    cari tempat persekitaran yang bersih @ cari jalan penyelesaian untuk membersihkan persekitaran itu. Dok komplen ajek tanpa kesedaran yang ada dalam setiap masyarakat yg duduk kt sekitar tu tkkan mendatangkan penyelesaian jugak.

  13. #42
    Senior Member eniliana's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    956
    Like
    35
    Liked 38 Times in 33 Posts
    ermm.. topik yg sampai bila takkan habis sebenarnya..
    yg panas sbb yg di sayangi kena kutuk akan sentiasa bangun pertahankan,
    yg membenci akan terus2san mengutuk,
    yg mempertahankan hukum, akan tegakkan hukum.. pastu tak balas dah kot? sbb dah nyata hukum, mana bleh nak konar2 lagi..
    yg hukum tetap hukum, konarlah kot mana pun..
    yg konar tetap konar..walupun besaq mana signboard hukum dicacakkan didepan mata pun..akan terus mengkonar..
    yg kutuk, kutukla tak henti2.. tanpa sbrg buah cadangan



    nak masak kari ayam.. bukan hanya kena ada satu bahan utama iaitu ayam.
    kena ada bahan2 major yg lain, rempah karinya, santannya...
    tak cukup dengan utama.. yg sipi-sipi pun kena ada..
    hatta kurang garam sesudu pun kari ayam rasa mcm kari tenuk.. kekekke

    walaupun pada pendapat peribadi, topik ni elok la ditutup.. [yg nak menghalalpun boleh senang hati, yg nak mengutuk tanpa henti (bukan bersandarkan hukum tapi bersandarkan benci) pun boleh lega, tak perlu cari point baru..
    yg tegakkan hukum sekali cakap je kot..apa nak dibebelkan, dikonarkan lagi ye tak.. hukumdah dinyatakan]
    dengan info yg diperolehi, sy bersyukur sebab lepas ni, adalah alasan utk berasa malas nak pegi times square dan 7E..
    (jgn la ade yg nak bantai aku plak bab ni..sebagai umat yg lemah..inilah selemah2 sokongan terhadap hukum Allah yg sy mampu beri.nak takut ekonomi down?takut org hilang kerja?aku sorang je wat gini takkan bagi kesan kan...hehe..lagipun, nak takut takde duit ke, nak takut Allah?)
    kalau megikut hadis yg telah incik rdwira kasik (yg sy realise seolah2 tiada org perasan beliau taip hadis ni.. )
    nak gi jusco pun semak perut..wakaupun takde lak tulis gi beli asam kat kedai yg jual arak pun masuk golongan dilaknat.. tapi betapa jijik dan najisnya arak ni sampai kalo bleh, sipi pun takmo..buwekkk..
    sama la ngan judi pun..

    Hadis Rasulullah yang bermaksud: “Rasulullah melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan: Orang yang memerah arak, orang yang minta diperahkan arak, orang yang meminum arak, orang yang membawa arak, orang yang minta dihantar arak, orang yang menuangkan arak, orang yang menjual arak, orang yang makan harga arak, orang yang membeli arak dan orang yang minta dibelikan arak”. (riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi) .

    tersalah tutur bicara mohon ampun dari kalangan makhluk dunia..
    sebanyak2 ampun kupohon dari Allah.. kerana dlm keadaan aman damai pun..aku masih lemah iman..
    sedangkan ada yg bernafas dihujung mata senapang masih gagah mempertahankan hukum MU..
    kerdilnya aku..hinanya aku sebagai hambaMu..
    wassalam...
    org lain anti warna itu ini... aku anti kelab jutawan yg ahlinya bukan jutawan..

  14. The Following 2 Users Like This Post:

    akuci8 (19-05-10), anazabri (19-05-10)

  15. #43
    Senior Member rdwirad's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    1,040
    Blog Entries
    27
    Like
    45
    Liked 79 Times in 53 Posts
    nak posting, cakap ke apa ke macamana pon . kita bukan ada kuasa. kita hanya mengikut apa yang telah digaris panduankan oleh perlembagaan dan undang2 dunia. kita hidup skrg ni tidak berlandaskan kepada Al-Quran. mungkin kebanyakan tak main judi pasal kata kat kedai judi tu ada tulis "Judi tidak dibenarkan untuk orang Islam" bukan kerana memahami Judi itu Haram.

    didalam mana2 agama pun tidak ada yang menghalalkan judi ni. kalau tak percaya cuba tanya mereka yang ebragama budha, hindu, kristian dan apa2 agama je. tidak ada dalam ajaran agama mereka yang mengharuskan atau menggalakkan perjudian ni.

    bukan apa cuba kita renungkan hadis yang di bawah ni ;-

    Hadith Abu Said r.a :

    Diriwayatkan daripada Tariq bin Syihab r.a katanya:

    Orang pertama yang berkhutbah pada Hari Raya sebelum sembahyang Hari Raya didirikan ialah Marwan. Seorang lelaki berdiri lalu berkata kepadanya: Sembahyang Hari Raya hendaklah dilakukan sebelum membaca khutbah. Marwan menjawab: Sesungguhnya kamu telah meninggalkan apa yang ada di sana. Kemudian Abu Said berkata: Orang ini benar-benar telah membatalkan apa yang menjadi ketentuan kepadanya sedangkan beliau pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka dia hendaklah menegah kemungkaran itu dengan tangannya iaitu kuasanya. Jika tidak mampu, hendaklah ditegah dengan lidahnya. Kemudian kalau tidak mampu juga, hendaklah ditegah dengan hatinya. Itulah selemah-lemah iman.

    Riwayat :

    •Bukhari – Kitab Jumaat (Hadith no. 903)
    •Muslim – Kitab Iman (Hadith no. 70)
    •Tirmizi – Kitab Fitnah (Hadith no. 2098)
    •Nasaie – Kitab Iman (Hadith no. 4922 & 4923)
    •Abu Daud – Kitab Sembahyang (Hadith no. 963) & Kitab Keganasan (Hadith no. 3777)
    •Ibnu Majah – Kitab Sembahyang (Hadith no. 1265) & Kitab Fitnah (Hadith no. 4003)
    •Ahmad Ibnu Hambal – Kitab Juzuk 3 (Muka Surat 10, 20, 49, 52, 54, 56 & 92)


    yang kita mampu ialah setakat ini ialah kebanyakannya ialah dgn hati.

    Kemudian cuba kita renungi kisah zaman para rasul. Kisah Nabi Lut dan kisah Nabi Noh. yang berbuat kemurkaan tu sedikit je. tetapi Allah menurunkan bala bukan kepada yang sedikit tu tapi pada yang keliling sama.

    teringat kisah tsunami di Acheh. di khabarkn malam sebelum berlakunya tsunami berlaku acara maksiat iaitu sambutan krismas. dimana anak muda bersuka ria sambil minum arak seolah2 suatu pesta. bala yang turun pada keesokan harinya bukan sahaja menimpa kepada mereka yang bersuka ria tersebut malah kepada semua penduduk acheh.

    dan kita tgk di thailand sekarang kumpulan baju merah yang memberontak di bangkok. ini mungkin boleh dikategorikan sebagai bala yang diturunkan olah Allah kepada Thailand kerana menganiayai umat Islam yang mengamalkan kehidupan secara Islam di selatan Thailand.

    dan banyak lagi petunjuk yang Allah berikan secara tak langsung kepada kita umat Islam.

  16. The Following 2 Users Like This Post:

    akuci8 (19-05-10), kacaptelabik (19-05-10)

  17. #44
    Jika lesen perjudian diberikan untuk mengelakkan perjudian haram berleluasa, sama seperti memberikan lesen rumah pelacuran utk membendung aktiviti pelacuran. Tapi adakah dengan sijil halal yg diberikan mampu untuk mengurangkan para pelakunya?
    Sebab bila kebenaran diberikan, secara tak langsung akan menjadi galakan daripada pihak kerajaan supaya rakyat menyertainya.

    nak guna hasil keuntungan judi untuk pembangunan sukan negara???. Duit dari hasil yang haram secara umumnya memang tak berkat. Kalau tak berkat macam mana nak menang ? Letaklah berapa banyak pun Insyaallah tak menang. huhuhuh... Kalau letak duit kat team bola sepak Malaysia agaknya sampai bila pun Malaysia tak masuk World Cup! Takpa la.. tak masuk world cup.masuk judi world cup pon jadi la.. hu3...

    eloklah pihak berkecuali macam mufti, JAKIM dan majlis ulama bersuara berkenaan hal ni. Sebab bila ahli politik berhujah nanti kang dikatakan bermotifkan politik pulak.. Jom tanya Yusof al-Qardawi..
    NaMa SaYa .:GaDiS KaLiS PeLuRu :.
    http://gadiskalispeluru.blogspot.com/

  18. #45
    Junior Member RadicaLZ's Avatar
    Join Date
    Jun 2010
    Posts
    5
    Like
    0
    Liked 0 Times in 0 Posts
    Quote Originally Posted by rdwirad View Post
    kan lebih baik mencegah dari menggalakan... kitakan negara Islam... hehhehe...
    Ya btul tu....
    Hnya lafaz dimulut sebagai negara ISLAM, tapi perbuatan tidak menunjukkan....
    Dorang maybe belajar tak habis psl ISLAM, tu yg suka2 main2kan agama....
    Akibatnya byk masaalah berkaitan jenayah, maksiat berleluasa....
    Inilah bala ALLAH, pd kaum / individu / negara yg mengamalkan dasar assobiah....
    Seperti yahudi israel laknatullah.....

+ Reply to Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts