+ Reply to Thread
Page 4 of 4 FirstFirst ... 2 3 4
Results 46 to 51 of 51

Thread: Judi Dihalalkan

  1. #46
    Senior Member eniliana's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    956
    Like
    35
    Liked 38 Times in 33 Posts
    minta maaf lah hanya sekadar copy paste. tapi just nak kongsi latest confirmation ttg perkara ni..
    bila PM dah buka mulut, maka sahlah sudah dan seeloknya tak perlulah nak dikecoh2/pertikai2 kan lagi..akhirnya batal lah lesen ini..
    insyaAllah, pihak berkuasa akan mencari dan lebih lincah dlm menangani kes2 judi bola yg dilakukan di malaysia ini.


    sumber: berita harian


    Batal lesen judi bola

    Oleh Anwar Hussin dan Faiza Zainuddin
    bhnews@bharian.com.my
    2010/06/26
    Keputusan ambil kira pandangan masyarakat, agama, politik: Najib

    KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan tidak mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak Piala Dunia 2010 selepas menimbangkan faktor agama dan politik," kata Datuk Seri Najib Razak.
    Perdana Menteri berkata, Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bersidang selama tiga jam malam tadi sebulat suara menyokong lesen pertaruhan itu tidak dikeluarkan.
    "Kerajaan mengambil keputusan dalam apa juga keadaan, orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terbabit dengan pertaruhan sukan ini sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat pertaruhan ini.

    "Syarat ini begitu tegas ditentukan kerajaan. Sejak kerajaan meluluskan secara dasar pada Ascot Sports Sdn Bhd (Ascot), tinjauan ramai dilakukan dan terdapat pihak yang menyokong dan menentang.

    “Selepas mengambil kira semua pandangan ini, jelas pada kerajaan sebilangan besar masyarakat tidak bersetuju lesen itu diberikan kepada Ascot.

    "Oleh itu, dengan ini saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan mengambil keputusan yang lesen itu tidak akan dikeluarkan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MT di sini, malam tadi.
    Beliau yakin komponen Barisan Nasional (BN) turut menerima keputusan ini.

    Isu lesen judi pertaruhan bola sepak ini timbul apabila Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin menyatakan ada cadangan daripada kerajaan untuk meluluskan lesen judi sukan ketika berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Dunia.

    Berikutan itu, beberapa pihak termasuk Pemuda dan Puteri UMNO, serta beberapa badan perhubungan negeri, membantah cadangan supaya kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak di negara ini.

    Pengeluaran lesen itu menurut mereka akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan kepada masyarakat serta tidak menjamin aktiviti bookie haram dapat dihapuskan.

    Terdahulu, Najib berkata, lesen pertaruhan sukan ini bermula dari 1989 apabila Ascot mendapat lesen berkenaan daripada kerajaan tetapi mereka menyerahkan semula lesen itu pada 1990 selepas mendapat kerugian besar.

    Sejak itu, katanya, Ascot cuba memperbaharui semula lesen itu dan kerajaan pada dasarnya memberi kelulusan dengan syarat tertentu baru-baru ini.

    Beliau berkata, pada masa sama, kerajaan juga mendapatkan pandangan umum sebelum lesen itu dikeluarkan.

    "Ini kerana memandangkan masyarakat berbilang kaum di negara ini mempunyai pandangan sendiri dalam melihat kewajaran pemberian lesen itu dari sudut agama, ekonomi dan sosial.

    'Walaupun niat kerajaan selama ini adalah untuk mengawal aktiviti pertaruhan sukan haram yang dikatakan memperoleh lebih RM10 bilion ini,” katanya.

    Beliau berkata, Ascot sudah dimaklumkan perkara itu dan tiada sebarang pampasan akan dikeluarkan
    org lain anti warna itu ini... aku anti kelab jutawan yg ahlinya bukan jutawan..

  2. The Following User Like This Post:

    akuci8 (28-06-10)

  3. #47
    Junior Member
    Join Date
    May 2010
    Posts
    18
    Like
    0
    Liked 3 Times in 2 Posts
    mama tak suka berjudi..kerna yang menang lah yang untung sedangkan ramai yang rugi...adeh..maaf tu pendapat mama...

  4. #48
    Senior Member akuci8's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Port Dickson
    Posts
    191
    Like
    47
    Liked 43 Times in 36 Posts
    Quote Originally Posted by Datuk Seri Najib Razak
    "Kerajaan mengambil keputusan dalam apa juga keadaan, orang Islam tidak dibenarkan sama sekali terbabit dengan pertaruhan sukan ini sama ada membeli, bekerja atau menjadi lembaga pengarah dalam syarikat pertaruhan ini."
    Tegas tul PM bila keluar kenyataan cam ni... bagus!

    Harap harap tindakan sama diambil untuk lesen lesen judi yang lain! terutama yang dimiliki oleh syarikat awam yg tersenarai di bursa saham dan yg ada lembaga pengarahnya orang Islam!
    Amiiiiiiin!

  5. The Following 3 Users Like This Post:

    eniliana (29-06-10), kacaptelabik (29-06-10), rdwirad (28-06-10)

  6. #49
    Senior Member kacaptelabik's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    celah rebe
    Posts
    283
    Blog Entries
    51
    Like
    217
    Liked 38 Times in 30 Posts
    lesen tak lulus, judi tetap ada gak.. aritu paper ada kuo brape juta dah org dok perabis berjudi.. malam tadi sambil ngeteh ngan seorang kawan dia dah menang RM90 hasil daripada taruhan siapa menang & kalah setiap perlawanan..? Seronok dengar cerita beliau, teringin nak menegur tapi tak sampai hati nak mematahkan semangat beliau yang terlalu minat dengan bola sepak bahkan umur beliau yang lebih dewasa drpd saya. Mudah-mudahan satu hari nanti Allah s.w.t. memberi petunjuk dan hidayah kepada beliau.

  7. #50
    Senior Member rdwirad's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    1,040
    Blog Entries
    27
    Like
    45
    Liked 79 Times in 53 Posts
    betul tu kacap. selemah2 iman ialah tegur dalam hati. cap.. ko tak tanya ke berapa ratus dah dia abis utk dptkan RM90 tu..heheheh

  8. #51
    Senior Member kacaptelabik's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    celah rebe
    Posts
    283
    Blog Entries
    51
    Like
    217
    Liked 38 Times in 30 Posts
    dia modal RM30, untung RM60 da.. biasalah org mana nak citer rugi.. hehehe

  9. The Following User Like This Post:

    eniliana (29-06-10)

+ Reply to Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts