+ Reply to Thread
Results 1 to 13 of 13

Thread: dosa yang berulang

  1. #1
    Junior Member
    Join Date
    Jun 2010
    Posts
    2
    Like
    1
    Liked 0 Times in 0 Posts

    dosa yang berulang

    salam.

    saya nak tanya, macam mana nak elakkan diri daripada buat dosa yang berulang?
    saya ada seorang tunang. kami dah lama couple before kami decide untuk bertunang. masalahnya, sepanjang kami bercouple, kami pernah kissing, raba-meraba. bila dah start bertunang, perkara tu jadi melebih-lebih. tapi, sejujurnya, saya masih dara. tunang saya jugak selalu cakap 'nak simpan yang satu tu untuk kahwin'.

    saya dah tak nak buat semua perkara tu. saya dah penat nak tanggung dosa ni. saya jugak tahu halal haram. saya tahu apa yang saya dan dia buat tu berdosa besar. saya sedar. kami sedar.

    tapi setan yang menghasut tu terlalu kuat. kami selalu kalah dengan hasutan setan tu.

    saya seorang yang solat, berpuasa. malah, saya sangat particular pasal solat ni. saya selalu ingatkan kawan-kawan, adik-adik pasal solat. kalau saya dengan tunang saya keluar, solat kami takkan tinggal. sama jugak dengan maksiat tu. kami takkan tinggalkan maksiat tu jugak. even kami ingat solat.

    boleh bagitahu macam mana nak elakkan daripada berulang dosa tu?

    kami memang jarang jumpa. kalau jumpa pun, time weekend je. kadang-kadang seminggu dua kali kami jumpa. dan, setiap kali jumpa tu lah kami akan buat benda tu. T_________T

    nasihatkanlah saya ni. ajarlah saya macam mana nak kuatkan hati, kuatkan iman.

    terima kasih.

  2. #2
    Senior Member anazabri's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Shah Alam, Malaysia, Malaysia
    Posts
    125
    Like
    21
    Liked 16 Times in 15 Posts
    salam adik wanoor... istighfar selalu..... jikalau solat tidak dapat membendung maksiat, maka ada silapnya pada perlakuan solat kita. ramai antara kita (termasuklah saya sendiri) yang banyak kekurangan pada solat. jadi kita kena lengkapkan solat kita. dua minggu lalu dalam ceramah pagi jumaat di office, ustazah ingatkan kami supaya memahami makna2 bacaan dalam solat. mungkin adik wanoor dapat memulakan usaha menyempurnakan solat dengan mengingati makna2 bacaan dlm solat. dan bila bersolat kita akan insaf sebenarnya kita sentiasa perlukan ALLAH. dalaa solatlah kita mohon utk ditetapkan di jalan yg benar, dijauhkan dari perbuatan2 yg ALLAH murka, ALLAH dapat maafkan kesalahan dan dosa kita....

    berjumpa sekali seminggu dah kita kerap dah tu... elakkan dari berjumpa. kalau nak berjumpa biarlah di tempat terbuka dan ramai org mcm di kedai makan, di rumah di hadapan emak dan ayah kita. jgnlah menonton wayang berdua atau berjalan berdua di taman ke.....

    semoga adik dapat berubah.....

  3. The Following User Like This Post:

    wanoor (22-06-10)

  4. #3
    Junior Member
    Join Date
    Jun 2010
    Posts
    2
    Like
    1
    Liked 0 Times in 0 Posts
    cont'

    saya pernah ugut dia, kalau kami ulang lagi perkara tu, kami akan automatik clash.
    cara tu berjaya.
    tapi cuma untuk seminggu dua je.
    lepas tu, kami buat lagi.

    kami macam kemaruk.

    T____________T

    saya memang takutkan dosa. saya takut amalan sepanjang saya hidup ni jadi 0 disebabkan oleh kelakuan kami ni. ye, anazabri boleh bagi cadangan untuk keluar ramai-ramai.
    kami dah pernah cuba cara tu. kami keluar lebih daripada 2 orang. sama ada dia bawak adik dia, atau saya bawak adik dia.
    tapi end up, kami akan buat jugak. sekurang-kurangnya kissing.

    mungkin cara tahu makna dalam solat tu boleh membantu. dan saya sedar, mungkin solat saya selama ni belum sempurna lagi. saya perlu perelokkan solat saya. mungkin lepas tu kami takkan ulang lagi dah perkara tu. insyaAllah.

    saya memang nak berubah menjadi baik. menjadi muslim yang solehah. tolonglah bantu saya~

  5. #4
    Senior Member eniliana's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    956
    Like
    35
    Liked 38 Times in 33 Posts
    minta maaf banyak2 kalau ada bahasa yg membuatkan wanoor tidak senang sbb sy sgt2 nak cuba juga membantu tapi sy kesuntukan masa nak taip dengan detail,halus dan teliti.
    beginilah, pokok pangkalnya tidak lain dan tidak bukan adalah diri sendiri. jika adik lapar, adik tau cari makan.jika mengantuk,adik nak tidur..jika adik benar2 takut pada Allah, insyaAllah..adik akan jauhi perkara ini.
    bab solat adalah sesuatu yg tidak berani akak cakap lebih2.
    solat adalah wajib, suka atau tidak, kena buat. jahat atau tidak, kena buat. akak ada kawan kaki clubbing dan gay tapi tetap solat.aneh kan?
    tapi apabila kita solat dengan penuh keikhlasan..yakni mmg betul2 solat kerana Allah,bukan kerana ikut peraturan sebagai muslim atau mmg dah sebagai rutin, insyaAllah..solat mampu menjernihkan hati.

    kami semua cuma mampu beri nasihat..tapi yg paling hebat nak bantu wanoor selain Allah, adalah diri wanoor sendiri. mohon lah pada Allah..alang2 adik dah rajin solat.jgn lupa panjatkan doa diberi kekuatan iman.haa..cuba cari masa utk memahami solat spt kata kak ana kat atas.
    dan satu lagi adik, bakal suami kena memainkan peranan.kalau nak pimpin isteri pun dah gagal, layak ke bergelar suami? cuba bawa berbincang dengan pasangan. kalau dia rasa nak kawen, pastikan dia mampu dari segala segi.
    apa2 pun, akak percaya it's only you who can help yourself.

    igt, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yg mengubahnya.maaf banyak2 kalau tersalah kata.. salam.

    ps:boleh juga amalkan ni.. berzikir.dalam hati tu ulang2 selawat.ulang2 beristighfar..
    org lain anti warna itu ini... aku anti kelab jutawan yg ahlinya bukan jutawan..

  6. The Following 3 Users Like This Post:

    anazabri (24-06-10), cinta_madinah (23-06-10), rdwirad (23-06-10)

  7. #5
    Senior Member
    Join Date
    Mar 2010
    Posts
    1,224
    Like
    15
    Liked 47 Times in 38 Posts
    pernah juga terdengar,

    'Jika kamu bersolat tapi tetap melakukan dosa, periksa solatmu mungkin kamu mencuri dalam solatmu.'
    (maksud mencuri dalam solat adalah tidak sujud dan rukuk dengan betul atau secara tepat dan ringkas tidak khusyuk dalam solat)

    'Solat menghalang diri kamu dari melakukan yang mungkar, bukan solat sekadar memenuhi yang wajib tapi solat dengan khusyuk'

    Nak menasihati, ambe bukannya fasih dalam bidang ni terkadang tergagap juga. apa yang boleh diberi cuma renungan.

    Jika terjaga dari tidur pada waktu malam, gunakan waktu sebaik mungkin,
    - buat solat taubat mohon pada Allah moga diampunkan segala dosa.
    - buat solat tahajjud mohon pada Allah semoga diberi kekuatan iman untuk menghindari yang mungkar, diberi hidayah untuk mendirikan yang ma'aruf dan apa jua permohonan.
    - buat solat hajat mohon pada Allah kuatkan iman saudari dan pasangan.

    Selepas solat fardhu amalkan
    - istighfar sebanyak mana yang boleh (sebolehnya bilangan dalam bentuk ganjil 1kali, 3kali, 5kali and so on, cuba buat 7kali, Nabi suka no 7)
    - sedekah al-Fatihah kepada
    - 1- Nabi Muhammad s.a.w
    - 2- diri sendiri
    - 3- kakangawah (bermaksud pendamping kita, ambe tak fasih sangat cuba tanya ustaz/ustazah, kakangawah ni bahasa jawa)
    - 4- ibu bapa
    - 5- diri pasangan
    - seeloknya setiap 1 1 surah al Fatihah, tapi boleh juga dihimpunkan.

    akak2 kat atas pun elok nasihatnya. ikutilah apa yang baik.

    p/s : nikah cepat dapat elakkan dosa, kalau ikut hukum ni dah wajib nikah ni.
    'Jika kamu tidak mampu membendung nafsu syahwatmu maka wajib kamu bernikah, jika tidak mampu berpuasalah kamu'
    berpuasa boleh menundukkan nafsu. puasa sunat isnin khamis, ni dah bulan rejab elok puasa sunat.

    segala yang sempurna dari keagungan Maha Pencipta, apa yang kurang dari kelemahan ciptaanNya
    wallhu'alam bisawab.
    Last edited by akula2121; 23-06-10 at 11:35 AM.

  8. The Following 4 Users Like This Post:

    anazabri (24-06-10), cinta_madinah (23-06-10), eniliana (23-06-10), rdwirad (23-06-10)

  9. #6
    Senior Member rdwirad's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    1,040
    Blog Entries
    27
    Like
    45
    Liked 79 Times in 53 Posts
    wanoor.... jalan mudah...cepatkan nikah... majlis pesandingan yang melibatkan adat tangguhkan dulu pon takpe.

  10. The Following 3 Users Like This Post:

    akula2121 (23-06-10), anazabri (24-06-10), cinta_madinah (23-06-10)

  11. #7
    Senior Member anazabri's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    Shah Alam, Malaysia, Malaysia
    Posts
    125
    Like
    21
    Liked 16 Times in 15 Posts
    adik wanoor, betul kat eni tu... pokok pangkal diri sendiri.... sentiasalah balik kpd ajaran agama sbb kita sendiri kata Islam itu sempurna. tapi gelagat kita setiap hari tidak pernah menunjukkan Islam itu sempurna. Malah kita meletakkan agama di tempat paling rendah, seperti selipar di kaki..... perkara yg lain lebih penting.. nafsu, harta, dengki khianat dan mcm2 lg. wanoor renunglah kembali perbuatan adik dan pasangan. kalau keluar berdua, bermaksiat, kemudian sampai waktu solat kamu berdua solat... lepas tu sambung balik maksiat. bukankah perbuatan begini seperti meletakkan solat itu sama taraf dgn perlakuan dosa kita?

    Sekiranya ada nasihat baik yg diberi, jgn lah berdolak dalih. kalau bawa adik kecik pegi dating sama, dah nyata adik kecik tu pun tak boleh menegur perlakuan maksiat wanoor. kalau dah berdua2 tak boleh nak kawal nafsu sendiri, jgn berjumpa langsung. jalan pernikahan macam rdwira kata tu mmg penyelesaian yg baik.... bertaubat lah kita....

    Cara-cara bertaubat:

    1. Melalui perbuatan—menyesal dengan apa yang telah kita lakukan

    -Berniat tidak mahu lagi melakukan perkara yang sama

    -Meninggalkan perbuatan keji itu untuk selama-lamanya

    -Menggantikan segala suruhan fardhu yang ditinggalkan sebelum ini

    -Kalau ada kesalahan dengan orang lain, kita perlu meminta maaf daripada orang itu

    -Kita melatih diri kita untuk taat kepada Allah untuk memperbaiki segala kelemahan

    2. Melalui lisan---beristighfar

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

    “Sesungguhnya setiap penyakit itu ada ubatnya dan ubat kepada dosa ini adalah istighfar”

    Syaitan akan terbakar apabila kita mengucap kalimah Lailaha illallah…..dan istighfar.
    Syaitan sering memerangkap manusia itu dengan

    sikap riak dan takbur dengan menganggap kita adalah yang terbaik.

    Taubat tidak sempurna kalau:

    1. Kalau tidak menambah ilmu

    2. Kalau tidak bertambah amalannya

    3. Kalau akhlaknya tidak bertambah baik

    4. Masih menyimpan perasaan marah dan benci kepada orang lain

  12. #8
    Junior Member
    Join Date
    Apr 2010
    Location
    Rawang KL Rawang
    Posts
    21
    Like
    0
    Liked 1 Time in 1 Post
    Alhamdulillah...banyak ilmu yang diperolehi drp kawan2 sekalian...Mudah2an kita dirahmatiNya...amin

  13. #9
    Senior Member cinda's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    kebun ke kebun
    Posts
    420
    Blog Entries
    11
    Like
    19
    Liked 15 Times in 12 Posts
    huhuh sedih saya membacanya..


    apa yg tersirat di sini, contoh kes adik wanoor ni ,mungkin hanya sebahagian dari dosa yg berulang..
    mungkin ada dari kita nih yg buat gak dosa berulang yg lelain kan...
    ya Allah....keciknye rasa...
    dari kasih ke kekasih...

  14. #10
    Senior Member rdwirad's Avatar
    Join Date
    Mar 2010
    Location
    serdang
    Posts
    1,040
    Blog Entries
    27
    Like
    45
    Liked 79 Times in 53 Posts
    persoalanya skrg..

    dimanakah wanoor ni pergi sekarang??
    apakah keputusan yang dibuat?

  15. #11
    Junior Member LieyD's Avatar
    Join Date
    Mar 2011
    Posts
    19
    Like
    0
    Liked 1 Time in 1 Post
    Berpuasa lah....
    Berpuasa boleh mencegah melakukan maksiat........

  16. #12
    Junior Member
    Join Date
    Dec 2011
    Location
    Johor
    Posts
    17
    Like
    0
    Liked 0 Times in 0 Posts
    apa kata bila nak berjumpa bawa 'bodyguard' sorang..insyallah walaupun kemaruk tapi disebabkan ada 'bodyguard' sorang tu mesti malu nak buat...

  17. #13
    Banned
    Join Date
    Jan 2012
    Posts
    43
    Like
    0
    Liked 0 Times in 0 Posts
    banykkan berpuasa.nabi berpesan lau nk kwl nafsu,banykkan berpuasa.1 lg,banyakkan dkatkan dri dgn agama..lau y melibatkan perkara wajib,kne laksanakn dgn pnuh elok2.lau perlu,percepatkan proses perkahwinan..

+ Reply to Thread

Posting Permissions

  • You may not post new threads
  • You may not post replies
  • You may not post attachments
  • You may not edit your posts