|
»» Related Links
|
 |
|
|
»» Kaunter
|
 |
|
|
|
»» TKO @ Facebook
|
 |
 |
|
»» Login Ahli
|
 |
|
|
|
»» Hasil Seni
|
 |
Album Sakrat
Koleksi Cerpen
|
|
»» Official Sponser
|
 |
 |
|
»» Online Panel
|
 |
Members: 138299
Visitors Online: 153
Hi,You're our visitors
|
|
|
|

D I G I T A L D O M E - No Light No Life
..:: Diari Hidup Ku - Bahagian 6 ::..
Posted on: Oct 11, 2009 - 04:00 PM by ucu_niza
|
|
Share this articles on Facebook
“Kenapa dengan Danial ni hah?” Agak keras suara Arshad. “Kenapa Danial tak habis-habis nak menyusahkan papa?” tambah Arshad lagi. “Arshad, please calm down. Awak tak boleh cakap ngan dia macam tu” Zalia cuba menenangkan Arshad. “He’s my son. I know what to do” Balas Arshad tegas. Zalia keluar dari keretanya lalu menghampiri Arshad. Manakala Arshad pula cuba menarik Danial keluar dari kereta itu. “Mr. Arshad, please…” Zalia cuba mengawal suaranya, walaupun pada saat itu mahu sajer dia menyembur lelaki itu dengan kata-kata pedas. Kalau tahu menjaga anak, takkan lah anak jadi macam ni. Arshad menegakkan semula badannya. Zalia pula menutup semula pintu kereta disebelah Danial. “Saya rasa awak adalah punca kepada masalah Danial. Tapi saya..” “Wait a minute, saya puncanya?” Arshad mencelah. “Boleh bagi saya habis cakap dulu?” pinta Zalia geram. Arshad diam. “Saya tak pasti apa masalah sebenarnya. Kalau awak izinkan, saya nak bawa Danial pergi makan. Lepas tu boleh lah saya tanyakan tentang masalah dia” Jelas Zalia. Pada mulanya, Arshad agak keberatan, namun selepas dipujuk oleh Zalia, akhirnya Arshad akur.
Zalia membawa Danial ke gerai makan di Pantai Marina. Keadaan dan suasana di tepi pantai itu sangat sesuai untuk mereka berbicara. Zalia inginkan Danial rasa selamat bersamanya. Tidak lupa, Zalia memaklumkan kelewatannya pulang ke rumah kepada Puan Rafidah. “Makan lah. Danial kena makan, nanti perut sakit pulak” pujuk Zalia apabila terpandangkan Danial yang teragak-agak mahu menjamah makanan yang dipesan. Danial mula menjamah makanan. Zalia tersenyum melihatnya.
“Sekarang cikgu nak Danial bagitahu cikgu, apa sebenarnya masalah Danial?” Zalia cuba mengorek rahsia. Keadaan Danial yang semakin membimbangkan perlu ditangani. Itu juga merupakan salah satu tanggungjawab seorang guru. Danial diam. Kepalanya tertunduk ke bawah. Agaknya Danial pun serba salah, mahu menceritakan atau tidak. “Kenapa Danial cakap papa Danial jahat?” Zalia mencuba lagi. Danial senyap lagi. Lantas Zalia merapatkan dirinya disebelah Danial. Diusap-usap belakang Danial.
“Papa dah tak sayang Danial lagi.” Zalia mengangkat kening. “Papa dah tak macam dulu. Dulu papa sayang Danial.”Suara Danial seperti mahu menangis. “Kenapa Danial cakap macam tu?” Zalia mula bertanya. “Dulu papa selalu teman Danial main, bawa Danial jalan-jalan. Selalu teman Danial. Tapi sekarang papa langsung tak pedulikan Danial. Mama pun tak sayang Danial” jelas Danial. Dipandang saja ke tanah. Kakinya menguis-nguis pasir pantai itu. “Mungkin papa Danial sibuk sekarang nih, sebab tu papa Danial tak dapat teman Danial main” Zalia berusaha menenangkan Danial. Walaupun dia tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. “Tapi, papa selalu tak ada kat rumah. Takkan la sibuk hari-hari?” Tanya Danial pada Zalia. Betul jugak kata Danial tu, takkan la tak ada masa langsung untuk bersama dengan Danial? Fakir Zalia.
“Tadi Danial cakap, mama Danial pun tak sayangkan Danial?” Danial menggangguk. “Kenapa?” Tanya Zalia lagi untuk kepastian. “Mama keluar dari rumah, Danial nak ikut mama, tapi mama tak bagi. Mama tak sayang Danial lagi” sayu suara Danial tatkala menuturkan pasal mamanya. Apa dah jadi dengan keluarga diorang ni? Zalia semakin hairan. Zalia terus bertanya, dan bertanya lagi sehingga dia mendapat gambaran sepenuhnya tentang apa masalah sebenarnya yang menghantui Danial dan keluarganya.
Zalia menghantar Danial pulang ke rumah. Arshad juga berada di rumah ketika itu. Danial terus berlalu ke biliknya. Zalia dijemput duduk di ruang tamu. “Maaf lah cikgu, Danial selalu susahkan cikgu” Puan Arfah memecahkan kesunyian. Zalia menjadi segan. “dah memang tugas guru untuk membantu muridnya yang bermasalah.” Jelas Zalia. “Danial dah ceritakan pada saya. Apa yang dapat saya simpulkan ialah Danial perlukan kasih-sayang dari papa dan mamanya” Luah Zalia berhati-hati. Arshad mengeluh. Mungkin dia sudah mulai percaya yang perubahan Danial adalah sikit sebanyak berpunca darinya dan Syazlin, bekas isterinya.
Puan Arfah dan En. Hamdan pula diam seketika. “Itulah shad, dah berapa kali umi nasihat, tapi shad tak nak terima” luah Puan Arfah kesal. “Umi, bukan shad sengaja nak abaikan Danial. Tapi shad betul-betul sibuk sekarang. Selalu kena ulang-alik ke Dungun dan Kuala Terengganu.” Arshad turut melepaskan geram. Kalau bukan kerana kerja, tidak ingin juga dia mengabaikan satu-satunya darah daging yang dia ada. Masing-masing mati kutu. “Boleh saya tanya?” Zalia tiba-tiba bersuara. Semua mata memandang ke arahnya. “ Mama Danial mana?” Zalia memberanikan diri untuk menanyakan soalan itu. Bukan lah dia mahu masuk campur urusan orang tetapi hal ini berkait juga dengan Danial.
“Mama Danial tak duduk kat sini. Kami dah bercerai. Dia sekarang ada di luar negara” balas Arshad. Barulah Zalia tahu kenapa mama Danial tinggalkan rumah dan kenapa Danial kekurangan kasih sayang mama dan papanya. Rupa-rupanya mereka dah bercerai. Danial pula yang tidak tahu apa-apa telah membuat andaian sendiri mengenai mama dan papanya. “macam tu rupanya. Maaflah, bukan niat saya nak masuk campur dalam hal ni, tapi keadaan Danial saya kira semakin teruk. Dia banyak timbulkan masalah dalam kelas, suka termenung, tidak suka bercamour dengan murid-murid lain, mudah terasa dengan kawan-kawan.” Terang Zalia dengan panjang lebar. “Danial sebenarnya inginkan perhatian dari papanya. Dia terasa seperti tidak disayangi, diabaikan.” Sambung Zalia lagi.
“Saya tak pernah abaikan anak saya. Segala keperluan dia, saya penuhi. Baru-baru ni jer saya sibuk sikit. Terpaksa ulang-alik ke Kuala Terengganu dan Dungun. Sesekali saya terpaksa ke KL attend meeting.” Balas Arshad dengan harapan supaya mereka yang ada di situ memahami keadaannya. Bukan dia sengaja mengabaikan tanggungjawabnya sebagai bapa. Namun, dia terikat dengan komitmen kerjanya.
“Budak-budak ni, cepat sensitif jiwanya. Terutamanya bila parent dah bercerai macam kamu ni. Kamu kena lah luangkan sikit masa untuk dia. Kerja, kerja jugak. Tapi anak, perlu diberi perhatian jugak. Betul tak cikgu?” Dalam pada itu, sempat lagi En. Hamdan menempelak anaknya.
|
Comments
|
|
|
Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009
|
|