|
»» Related Links
|
 |
|
|
»» Kaunter
|
 |
|
|
|
»» TKO @ Facebook
|
 |
 |
|
»» Login Ahli
|
 |
|
|
|
»» Hasil Seni
|
 |
Album Sakrat
Koleksi Cerpen
|
|
»» Official Sponser
|
 |
 |
|
»» Online Panel
|
 |
Members: 138299
Visitors Online: 174
Hi,You're our visitors
|
|
|
|

D I G I T A L D O M E - No Light No Life
..:: Cinta Itu Masih Belum Terpadam - Episod 20 ::..
Posted on: Oct 17, 2009 - 05:10 AM by anazabri
|
|
Share this articles on Facebook
Zafrim memangku kepala Nabila. Nabila memandang Zafrim. Terasa fikirannya bercelaru bagai tidak mempercayai apa yang di hadapannya ketika itu. “Mimpi lagi..........,” Nabila bersuara lemah. Dia cuba mengangkat tangannya untuk mengusap wajah Zafrim tetapi tangan itu terkulai jatuh kembali.
“Tak, Nabila. Bukan mimpi. Ini I, Zafrim,” Zafrim bersuara sebak. Nabila menggeleng kepalanya. Azlina menghulurkan segelas air kepada Zafrim. Zafrim menyuakan gelas ke bibir Nabila.
Azlina memandang Hisyam, “Nabila kenal Zafrim?” Tanyanya. Hisyam mengangguk. Dengan perlahan dia menarik tangan Azlina. Mereka berlalu meninggalkan Zafrim dan Nabila.
Nabila duduk bersandar di sofa. Zafrim yang memapahnya bangun dan duduk di situ. Zafrim duduk di sebelahnya. Matanya tidak lepas memandang wajah Nabila yang bertahun dirinduinya. Zafrim tahu Nabila terlalu terkejut dengan pertemuan mereka. Bahkan, dia juga terkejut. Sesungguhnya dunia ini terlalu kecil.
“Are you ok?” Tanya Zafrim kerisauan. Nabila diam, cuba menenangkan perasaannya dan fikirannya. Pertanyaan Zafrim membawa dia kepada peristiwa keretanya dilanggar kereta Zafrim malam itu. Itulah pertanyaan Zafrim kepadanya. Nabila mengeluh. Segala-gala tentang Zafrim masih utuh di hatinya. Nabila memejamkan matanya dengan rapat, bagai mahu menghilangkan Zafrim dari depan matanya.
“Nabila, open your eyes, please...” Zafrim bagai memahami yang Nabila mahu dia hilang dari situ. Tetapi, dia tidak akan melepaskan Nabila lagi. Perlahan Nabila membuka kelopak matanya. Ada air jernih mengalir menuruni pipinya.
“I nak balik,” Nabila menggagahkan dirinya untuk bangun. Zafrim turut bangun. Nabila terpusing-pusing mencari beg yang dibawanya tadi. Zafrim hanya memerhatikan, tidak tahu apa yang dicari Nabila
“Nabila, jangan pergi dulu. I have a lot to tell you,” Zafrim meminta. Nabila ke ruang makan dan ke dapur. Fikirannya kosong sebenarnya. Seluruh tubuhnya terasa sangat lemah. Zafrim seperti anak kecil menuruti langkah Nabila ke mana sahaja.
Akhirnya Nabila melangkah ke bilik Azlina. Dia teringat yang dia solat asar di bilik Azlina tadi. Dia agak terkejut apabila mendapati Hisyam dan Azlina berada di dalam bilik. Azlina duduk di birai katil sedangkan Hisyam di sofa yang terletak di hujung katil. Nabila hanya memandang sekilas ke arah mereka.
“Sorry, I just nak ambil beg I,” Nabila mencapai begnya dari atas meja solek dan melangkah kembali keluar. Kali ini langkahnya dituruti juga oleh Hisyam dan Azlina.
“You nak ke mana?” Tanya Hisyam.
“I nak balik,” Nabila menjawab tanpa menoleh.
“Nabila, tunggu dulu,” Azlina menahan. Dia memegang tangan Nabila.
“I have to go,” Nabila memandang Azlina. Airmatanya mengalir keluar lagi. Dia sendiri tidak menyangka yang hatinya akan dipagut sayu dan pilu dengan pertemuan itu. Perasaan yang berbaur cinta, kasih dan benci terhadap Zafrim bagai menyiat-nyiat perasaannya.
Azlina memandang Hisyam bagai meminta pertolongan. Hisyam serba salah. Sebenarnya dia merasa janggal dengan pertemuan mereka pada hari itu. Ditambah dengan persoalan yang timbul di antara Nabila, dia dan Azlina malam tadinya.
“Nabila, jangan pergi lagi,” Zafrim merayu lagi. Dia cuba menghalang Nabila dari keluar. Nabila memandang tajam wajah Zafrim.
“Let me go,” Nabila bersuara perlahan tetapi tegas.
“Kita perlu berbincang, Nabila. Jangan pergi, please…,” rayu Zafrim lagi.
“Tak ada apa lagi, Zafrim. I do not want to hear anything from you.”
Zafrim tidak ada cara lain lagi. Dia begitu nekad untuk tidak melepaskan Nabila. Dia memegang pergelangan tangan Nabila. Nabila menarik tangannya tetapi pegangan Zafrim lebih kuat. “Lepaskan I, Zafrim. Lepaskan,” Nabila meminta. Suaranya menjadi sebak. Nabila merasakan bagai berada di dalam mimpi yang sering datang dalam tidurnya.
Hisyam dan Azlina hanya memerhatikan gelagat dua insan itu. Mereka yang tidak tahu hujung pangkal hanya mampu melihat. Bagai baru tersedar yang mereka diperhatikan Nabila melangkah kembali masuk dan duduk di sofa. Dia melepaskan keluhan berat.
Zafrim cuba bersuara tetapi Nabila memotong cakapnya, “I tak nak tau apa-apa lagi tentang you. Just get out of my life.”
“Maafkan I, Nabila. I know it was all my fault and I’m ……,”
“Just shut up!” Nabila bersuara tinggi.
Kesemua mereka terdiam. Nabila berasa lemas. Dia teringatkan Abang Nabilnya dan Nani. Kalaulah ada mereka bersamanya di saat ini, sudah tentu dia dapat menyandarkan kepedihan hatinya. Yang ada di depannya ketika itu adalah mereka yang tidak tahu sejarah hidupnya.
Akhirnya Azlina yang menghantar Nabila setelah Hisyam hanya berdiam diri. Zafrim tidak dapat berbuat apa-apa. Setiap kali dia cuba bersuara Nabila menghalangnya. Dia hanya memandang sayu Nabila melangkah keluar.
Malam itu Zafrim menceritakan kepada Hisyam dan Azlina apa yang berlaku antara dia dan Nabila. Hisyam teringat yang Zafrim pernah mengikat tali pertunangan. Dia masih ingat Abahnya menunjukkan gambar tunangan Zafrim. Memang Zafrim terkenal dengan gaya baratnya dalam keluarga mereka. Jadi, apabila tunangannya itu gadis yang berasal dari kampung dan taat agama, saudara mara dan keluarga mereka semuanya ingin mengambil tahu. Sehinggakan gambar Nabila sewaktu pertunangan itu disebarkan kepada ahli keluarga melalui email. Sebab itu dia seperti merasakan bagai pernah melihat Nabila.
Namun, waktu itu Atiqa baru lahir. Dan oleh kerana dia dan Azlina menghadapi masalah sendiri, dia tidak berapa tahu tentang apa yang berlaku setelah pertunangan Zafrim. Tidak lama lepas itu mereka berangkat ke Canberra.
Semasa di Canberra Hisyam ada mendapat tahu dari Abahnya yang Zafrim sudah mendirikan rumahtangga melalui perbualan telefon. Sesekali menelefon ke Malaysia, Hisyam mendapat beberapa berita tentang ahli keluarganya yang terdekat. Cuma dia tidak pernah bertanya tentang isteri Zafrim ketika itu. Dan apabila dia bertemu dengan Nabila dia hanya menyangka mungkin pelanduk dua serupa. Namun apabila pada malam itu Nabila menyebut nama Zafrim dalam tidurnya, keyakinan Hisyam tentang identiti Nabila tergugat. Walaupun demikian, Hisyam cuba melupakannya. Dia mahu menganggap yang Nabila masih lagi tidak mempunyai ikatan apa-apa dengan sesiapa. “Aku ni pentingkan diri sendiri ke?” Detik hati Hisyam.
“Aku tak tau nak buat macamana lagi,” Zafrim mengeluh mengembalikan Hisyam ke situasi sebenar. Sepanjang Zafrim berbicara, Azlina beberapa kali memandang Hisyam. Persoalan mereka bertiga berlegar di mindanya. Hisyam tidak mengangkat wajahnya pun menentang pandangan Azlina.
“I won’t go back selagi aku tak dapat tawan hatinya semula,” Zafrim meluahkan tekadnya.
Azlina sabar menunggu deringan telefon. Akhirnya Nabila jawab juga panggilannya itu. Azlina meminta untuk menemui Nabila. Dengan berat hati Nabila bersetuju. Itupun setelah Azlina berjanji akan datang seorang. Mereka bertemu di pinggir tasik Burley Griffin.
Azlina memerhatikan pohon willow yang ada di tepi tasik itu. Dia gemarkan pohon itu. Pohon yang mempunyai dahan-dahan yang berjuntaian seperti lambang ketidakupayaan. Tetapi dengan sokongan batang yang utuh dan kuat ianya terus berdiri. Mungkin ada persamaan dengan dirinya terutamanya apabila mengenangkan rumahtangganya dengan Hisyam. Perhubungan yang diteruskan dalam keterpaksaan.
Dalam diam dia bersyukur kerana dipertemukan dengan Nabila. Nabila yang mengajarnya erti redha, erti ketabahan, dan mengingatkannya kembali erti kasih dan cinta. Azlina berpaling melihat Nabila yang dari tadi tunduk menguis-nguiskan kakinya di tanah. Dia sedikit terkejut apabila bertemu Nabila hari itu. Selain dari wajahnya yang kelihatan kusut, Nabila kelihatan cengkung. Azlina mengagak yang Nabila kurang tidur dan makan tidak menentu sejak pertemuan dengan Zafrim dua hari lepas.
“Nabila, biarlah I tolong you sekarang. You dah banyak tolong I selama ini,” Azlina bersuara seakan merayu. Nabila juga menyedari yang Azlina banyak berubah. Dia sudah boleh berbicara dan Nabila tahu Azlina memang ikhlas apabila mengeluarkan bicara.
“I tak nak pertolongan, Lina. I don’t need anyone in this matter,” balas Nabila. Azlina tersenyum pahit seraya berkata, “Kalau you nak tau, Nabila, that was exactly apa yang I cakap dengan Hisyam bila dia cadang kepada I supaya berkenalan dengan you dulu. I told him, I didn’t need anyone. Tapi, tengoklah sekarang. Kalau I tak kenal you, I cannot imagine how I would handle dugaan Allah ni. I sebenarnya bersyukur dipertemukan dengan you.”
Nabila diam. Azlina meneruskan bicaranya apabila Nabila diam, “Zafrim is going to postpone his going home.” Nabila mengeluh mendengarkannya. “Nabila, please listen to him this time,” Azlina terusan memujuk.
“I hate him, Lina,” Nabila meluahkan perasaannya tentang Zafrim.
“No, Nabila. You bukan bencikan dia. Tapi you bencikan apa yang dia dah buat. I tau you masih sayang dan cintakan dia,” kata Azlina. Nabila memandang wajah Azlina. Memang wajah itu sudah bersih dan tenang sekarang. Benarlah, Azlina sudah redha menerima pemergian Atiqa.
“Apa yang dia cerita dengan you?” Nabila bertanya. “The truth,” jawab Azlina pendek. “His version of the truth,” Nabila bersuara sinis. “Well, I tanya you sekarang, do YOU know the truth?” balas Azlina. “What do you mean?” Tanya Nabila kembali.
“Iyelah kalau you kata dia tidak bercakap benar, you tahu ke apa yang sebenarnya berlaku?” Nabila diam tidak menjawab. Memang Azlina petah bercakap sebenarnya. Gaya seorang peguam masih ada dalam dirinya. Cuma dia kalah dengan dugaan pada awalnya menyebabkan kebolehannya itu tenggelam bersama emosinya.
“Dah tak ada apa lagi yang boleh I harapkan dari dia, Lina. I pun tak faham kenapa dia nak cari I lagi. Bukan ke dia ada isteri?”
“Haaa, itulah you. You bukannya tahu perkara yang sebenarnya.”
“Apa perkara yang sebenarnya, Lina?”
“Zafrim berkahwin tak sampai pun tiga bulan.”
Nabila terkejut mendengarkan perkara tersebut. Tetapi kemudian dia berkata, “Begitulah kalau perkahwinan tak direstui Allah. Diorang tu agaknya dapat balasan dari Allah.”
“Tak baik you cakap macam tu, Nabila.”
“Habis tu, Lina. You ingat senang-senang I nak terima dia semula bila sekarang ni I tahu he’s not married anymore? Dia nak I simpati pada dia sebab dia tak boleh bahagia dengan isteri dia? On what basis that he wants me to do that?”
“Kalau you nak tahu on what basis, you kena tanya empunya diri. Itu lebih baik.” Nabila diam.
“Nabila, Zafrim sanggup melalui apa sahaja asalkan dia dapat tawan semula hati you. Itu yang dia beritahu kami,” Azlina memberitahu dengan suara perlahan. “Sebenarnya I nak beritahu segalanya yang dia beritahu pada kami, tapi I rasa lebih baik you tahu dari dia sendiri. Itu lebih baik, Nabila. You akan tahu samada dia ikhlas atau tidak, dia jujur atau tidak.” Nabila mengggelengkan kepalanya.
Azlina hampir putus asa. Akhirnya dia berkata, “This is not you, Nabila. Bila berbicara soal Zafrim, I rasa macam bukan bercakap dengan Nabila yang I kenal. Nabila yang I kenal akan sentiasa cuba menyelesaikan masalah.”
Pertemuan Azlina dan Nabila tidak juga dapat menemukan jalan penyelesaian. Azlina pulang dengan rasa kecewa di hatinya.
|
Comments
nora1407
Oct 17, 2009
|
hihihii....i have a hunch ada artikel bru akan naik today...
|
anaestasia
Oct 18, 2009
|
nice...hope nabila n zafrin will be togehther=)
|
putery
Oct 19, 2009
|
kak ana......... good work!!! chaiyok..chaiyok......... & thanks sbb beli novel tu... tuk sign tu.. anytime.... kak ana.. sms jer... put3 trn SA... hehehheeee
|
wallflower689
Oct 19, 2009
|
kak ana, tiap kali episod cite ni naik, tiap kali tu saye tak sabar nk tunggu the next episode.. pls.. fast forward.. hikhik..
|
anazabri
Oct 21, 2009
|
wow! putery nak turun shah alam. what an honour!! nnti yek.kita contact.... wallflower, tak leh nak fast forward la. i ni pun sekrang kalau boleh nak slow motion .... sbb ada keja yg nak kejar due date ha ha ha.........
|
putery
Oct 21, 2009
|
kak ana... last week sabtu & ahad put3 kesana....:D this week x kot sbb ada hal... but the other week.. OK... anytime... nnt put3 sms... :)
|
anazabri
Oct 22, 2009
|
putery, no worries. anytime is good time for me he he he
|
gelungemas
Oct 22, 2009
|
layan gaks...
|
nurein
Oct 25, 2009
|
nak ikut kak putery bleh... kak ana.. TQ... lame dah sy tak masuk sini.. a month.. skali masuk 3 episod terus baca.. ape terjd kat zafrim ya??
|
anazabri
Oct 26, 2009
|
nurein, jom kita ngopi ke ngeteh ke meng"cappuccino" ke dgn putery kat shah alam. boleh dialog psl cerita2 kat sini he he he
|
|
|
|
Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009
|
|