|
»» Related Links
|
 |
|
|
»» Kaunter
|
 |
|
|
|
»» TKO @ Facebook
|
 |
 |
|
»» Login Ahli
|
 |
|
|
|
»» Hasil Seni
|
 |
Album Sakrat
Koleksi Cerpen
|
|
»» Official Sponser
|
 |
 |
|
»» Online Panel
|
 |
Members: 138299
Visitors Online: 233
Hi,You're our visitors
|
|
|
|

D I G I T A L D O M E - No Light No Life
..:: Simfoni Kasih - Episod 12 ::..
Posted on: Oct 27, 2009 - 01:52 AM by d0me
|
|
Share this articles on Facebook
Awal pagi itu aku dikejutkan dengan ketukan bertalu-talu dipintu bilikku. Dengan malas aku bangun dan membukanya.
“Why Sally?” tanyaku pada teman serumahku.
“Fahmy outside. He wants to see you now,” beritahunya. Aku tersentak Fahmy sedang menantiku diluar. Sememangnya aku telah katakan padanya bahawa aku tidak suka dia masuk lagi kedalam rumah itu. Alhamdulillah, dia memahaminya dan mematuhinya.
“Can you tell him to wait for me for a couple of minute,” pintaku pada Sally. Sally berlalu sambil membawa pesananku buat Fahmy.
Dengan pantas tanganku mencapai tuala digantungan dan segera kebilik air. Tidak sampai 15 minit aku sudah berada dihadapan Fahmy. Dia tersenyum memandangku.
“Ini mandi ke tak ni?” soal Fahmy sambil tersenyum sinis. Aku memukulnya lembut. Tahu dia sengaja mengenakanku.
“Mandilah,” jawabku keras.
“Kambing ke kura-kura?” perlinya lagi. Aku memandang tajam kearahnya.
“Ye lah. Kalau kambing mandi sikit sebab kambing memang takut air. Kalau kura-kura mandi banyak sebab kura-kura memang hidup dua alam,” jawabnya selamba sambil tertawa besar. Amboi! Pagi-pagi buta dah nak kenakan orang. Kalau bukan dia yang mencariku awal pagi begini, taklah aku kelam kabut. Sekarang dia pulak yang tak sudah-sudah memerliku. Kali ini aku mencubit lengannya kuat. Dia menyeringai kesakitan.
“Padan muka.Lain kali perlilah lagi. Ati takkan kelam kabut kalau Mie bagi tahu awal-awal tau? Kenapa Mie nak jumpa ni? Mie bukannya tak tahu hari ni kan Sunday. Kasi can la Ati tidur lama sikit,” omelku tak puas hati.
“Solat ke tak tadi?” soalnya. Ku akui Fahmy amat menitik beratkan bab solat. Katanya biar apa yang kita buat mendapat keberkatan. Aku senang dengan sikapnya dan berharap dia tidak bermuka-muka.
“Solatlah. Mie ingat Ati ni apa?” marahku.
“Ingatkan cuti lagi,” bisiknya. Kali ini ku tampar bahunya lebih kuat dari tadi. Dia menjerit kesakitan. Aku menahan malu.
“Ala............ itupun nak marah. Memang lumrahkan menjadi seorang wanita tu. Itu salah satu betapa istimewanya wanita berbanding lelaki. Satu lagi wanita boleh mengandung lelaki tak boleh. Satu nikmat ALLAH yang tak dapat dirasai oleh lelaki, tau!” hujahnya.
“Mie kalau dapat bercakap, kalah mummy Mie. Kenapalah pilih jadi arkitek. Kan bagus jadi peguam saja. Boleh ambil alih firma guamannya,” sindirku. Satu sikap Fahmy yang membuat aku bosan selain dari cerewet ialah suka berleter. Mengalahkan perempuan kalau ada yang tak kena dengannya. Panjang lebar syarahannya. Bingit telingaku menadah hujah-hujahnya.
“Yalah, betul jugak. Kalau tidak boleh Mie ambil alih tugas mummy dan Ati boleh ambil tempat daddy. Kan bagus macam tu. Kenapalah dulu tak terfikir macam tu? Tak payah mummy dengan daddy susah-susah fikirkan nak cari pengganti,” usiknya sambil tertawa. Malas aku nak melayannya lagi. Balik-balik aku yang terkena. Lalu aku tertawa bersamanya.
“Kenapa nak jumpa Ati ni?” soalku semula. Keras!
“Mummy call subuh tadi. Diaorang nak flight tengahari ni. Jadi diaorang nak breakfast sama dengan kita. Mummy dengan daddy kata ada hal yang nak dibincangkan dengan kita. Penting katanya,” beritahu Fahmy. Dadaku berdebar kuat. Hal? Hal apa?
Tak sempat aku bertanya lanjut tanganku sudah ditarik Fahmy. Kami segera mendapatkan ibubapanya yang menanti kami didalam kereta seberang jalan. Sempat aku meminta maaf kerana membiarkan mereka menunggu terlalu lama. Puan Mastura dan encik Siddiq hanya tersenyum.
Kami bersarapan disebuah cafe yang terletak berhampiran dengan lapangan terbang. Mudah kata Fahmy. Nanti tidaklah terkejar-kejar untuk kesana. Nampaknya cadangan Fahmy turut dipersetujui oleh orang tuanya. Aku hanya mengikut pendapat ramai.
Fahmy memesan makanan manakala aku lebih suka terus berbual dengan orang tuanya. Aku segera bangun apabila Fahmy terkial-kial membawa hidangan. Aku hanya tersenyum sinis. Padan muka. Tadi nak tolong, berlagak. Tak mahu. Sekarang terkial-kial. Macamlah ada sepuluh tangan.
“Dah nampak tadi kenapa tak datang tolong? Nasib baik tak tumpah air ni,” rungut Fahmy perlahan.
“Sorry..... tak perasan,” mohonku sinis. Sengaja memerlinya halus.
Kami menikmati sarapan pagi itu tanpa berlengah. Kebetulan perut masing-masing sedang kelaparan. Sedang kami menikmati sarapan, puan Mastura bersuara.
“Sebenarnya kami ada perkara penting yang nak dibincangkan. Tentang kamu berdua,” kata puan Mastura. Cawan kopi yang kuangkat segera kuletakkan kembali keatas piring. Tidak jadi aku hendak menghirupnya. Aku memandangnya. Dadaku kembali berdebar kencang. Cuba untuk memberi sepenuh tumpuan.
“Tentang kami? Hal apa mummy? Daddy?” cemas suara Fahmy menyoal semula orang tuanya. Mungkin dia juga terperanjat seperti diriku. Sebenarnya soalan yang sama juga ingin aku tanyakan. Kami saling berpandangan.
“Janganlah cepat melatah. Sebenarnya begini. Mummy dengan daddy dah berbincang nak tunangkan kamu berdua. Apa pendapat kamu berdua? Setuju tak dengan cadangan kami ni?” kata-kata encik Siddiq menyebabkan aku tersedak. Terasa roti yang kutelan tersengkang dikerongkongku. Fahmy segera menyedarinya dan menghulurkan minuman untukku. Aku menyambutnya.
“Macamana? Setuju tak? Ati? Fahmy?” soal puan Mastura inginkan jawapannya dari kami berdua. Kami kembali berpandangan. Apa yang disampaikan benar-benar membuatkan aku dan Fahmy terkejut. Nasib baik tak ada yang pengsan!
“Sebenarnya kami belum berbincang apa-apa, mummy. Terutama soal ni. Memang kami nak kahwin tapi tak la secepat ni,” jawab Fahmy bagi pihakku. Aku benar-benar kehilangan kata-kata. Takutpun ada.
“Mummy bukannya suruh kamu berdua kahwin. Kami nak kamu bertunang je. Lagipun kami dah berkenan sangat dengan Ati. Kami tak mahu dia terlepas ketangan orang lain,” ujar puan Mastura sambil mengambil jemariku. Diusapnya perlahan. Hatiku berbunga indah.
Aku diam sahaja. Lidahku kelu. Tak tahu macamana untukku susun kata agar menjadi satu baris ayat. Fahmy mengerutkan dahinya.
“Kalau Ati juga setuju, kami akan hantar wakil kami seberapa segera. Jadi kami mahu jawapan dari mulut Ati sendiri,” ujar puan Mastura lagi.
“Sebenarnya begini aunty. Emak dan abah Ati tak tahu lagi tentang hubungan kami ni. Ati tak pernah ceritakan pada mereka. Lagipun hubungan kami ni masih awal. Kami tak mahu terburu-buru dalam membuat keputusan,” kataku memberikan alasan. Bukannya aku tidak bersetuju tapi padaku segalanya terlalu mendadak. Aku kebingungan.
“Tak apa kami faham. Kami juga tahu hubungan kamu berdua memang terlalu awal. Tapi, kami gembira dengan hubungan ini. Jadi, kami mahu melangkah setapak kedepan. Kami mahu Ati dengan Fahmy bertunang dulu. Bila balik Malaysia nanti, terpulanglah bila nak berkahwin. Lagipun mummy tak bimbang sangat sebab Ati boleh tengok-tengok Mie dekat sini,” balas puan Mastura menyatakan rasionalnya mereka berbuat begitu.
“Daddy juga setuju dengan cadangan mummy tu. Lagipun dalam masa bertunang tu, kamu berdua juga boleh berkenalan dengan lebih erat lagi. Tapi, ingat masih ada batasnya,” suara encik Siddiq pula kedengaran. Aku dan Fahmy kematian kata-kata.
Aku tarik nafas panjang sebelum mengeluarkan suara. “Macam ni lah.. uncle, aunty... Ati cuba berbincang dengan keluarga dulu. Kalau mereka setuju dengan cadangan ni, Ati juga tak membantah. Apa yang penting persetujuan diaorang,” akhirnya aku menawarkan cadanganku pula. Takku sangka cadanganku disambut gembira.
Aku berjanji akan memberitahu keputusanku secepat yang mungkin. Itu janjiku sebelum puan Mastura dengan encik Siddiq melangkah masuk kebalai berlepas.
Fahmy masih memandangku ketika kami sama-sama melangkah meninggalkan balai berlepas. Aku mengerti maksud renungannya itu.
“Kenapa?” sengaja aku menyoalnya. Aku mahu apa yang tersirat dihatiku sama dengan maksud hatinya.
“Ati yakin ini yang Ati inginkan? Maksud Ati dengan cadangan orang tua Mie?” soalnya.
“Mie pulak macamana? Apa yang Mie rasa?” soalku semula.
“Kalau boleh sekarang juga Mie nak kahwin dengan Ati,” guraunya.
“Mie..... betul-betul la sikit. Ni soal masa depan kita. Cuba serius sikit,” keras suaraku.
“Honestly, Mie dah jumpa the right lady for me. Yang akan berkongsi segalanya dengan Mie sepanjang hayat Mie. Ini serius,” jawab Fahmy. Digenggam erat jemariku.
“Mie yakin dengan Ati? Maksud Ati Mie yakin yangAti akan berikan Mie kebahagiaan yang Mie cari-cari selama ini?” soalku ingin terus menyelam lubuk hatinya.
“Hmm........ Mie yakin Ati lah orangnya yang Mie idamkan selama ini,” jawab Fahmy penuh keyakinan. “Ati pulak macamana? Ati yakin dengan Mie?” soalnya padaku. Dia memandangku penuh pengharapan.
“Insya ALLAH, kita akan bahagia, Mie. Ati yakin dengan diri Ati dan juga diri Mie. Mie adalah orangnya,” jawabku penuh syahdu. Sesungguhnya kata-kata ini lahir dari hati kecilku. Penuh harapan untuk kami mencorak masa depan.
Akhirnya, kami mengambil kata putus. Kami bersetuju untuk mengikat tali pertunangan sebaik sahaja mendapat persetujuan kedua orang tuaku. Aku tidak mahu berselindung lagi. Aku mahu emak dan abah turut gembira dengan berita ini. Semoga ALLAH memberi segala keindahanNYA untukku. |
Comments
amynee
Oct 27, 2009
|
ermm...bgus2..sronok tgok atie dgn fahmy..em tp akhrnye atie kcewa jg...ni yg x sbar nak tau cite selanjutnye....next please....tq abe dome p/s sape penulis cite ni??abe dome ke?
|
d0me
Oct 27, 2009
|
dok amy..penulis dia kak putery.. boleh rujuk info di episod 1
|
ninasyaqira
Oct 27, 2009
|
erm....ble nk kuo lg?? cam tsekse plak tggu.. time exam bley pk lg ble cte ni nk kuo...
|
dylla_86
Oct 27, 2009
|
a'ah same lh nina.. time exam pn bley fkir lg...huhu
|
d0me
Oct 27, 2009
|
kalau mcm tu kene siar kerap2 sikit..biar haru biru..thehehehe
|
anazabri
Oct 29, 2009
|
uh uh jgn buat pasal dome. kerap2 bebenor karang bukan haru biru, haru purple, pink, hijau, kuning semua ada plak..... baru iyer, silap jwb soalan exam plak he he he
|
alinoor
Nov 05, 2009
|
mmg rasa tsekse je tungu crite in sambung. Butang apa nak kena tekan bagi GO ni....? hmmm cyian kita.
|
hajarrathomi
Nov 12, 2009
|
ble nk smbg cter nie???huhuhu...cter tnc pn dh abes baca taw...
|
amynee
Nov 16, 2009
|
aiyooo.....mane abe dom n kak pu3 pg??? nape lame sgt cite ni nak kuar.. dh x sbar ni........ari2 buke pege x de pun.... please .............
|
anazabri
Nov 21, 2009
|
dome ni bebenor pegang janji. dulu kata nak siar sebulan sekali. dah dekat sebulan dah ni. ish takkan nak tunggu sempena raya haji pulak yek he he he. exam pun dah abis, ramailah yg tertunggu2 gamaknya......
|
|
|
|
Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009
|
|