|
»» Related Links
|
 |
|
|
»» Kaunter
|
 |
|
|
|
»» TKO @ Facebook
|
 |
 |
|
»» Login Ahli
|
 |
|
|
|
»» Hasil Seni
|
 |
Album Sakrat
Koleksi Cerpen
|
|
»» Official Sponser
|
 |
 |
|
»» Online Panel
|
 |
Members: 138299
Visitors Online: 172
Hi,You're our visitors
|
|
|
|

D I G I T A L D O M E - No Light No Life
..:: Cinta Itu Masih Belum Terpadam - Episod 23 ::..
Posted on: Nov 24, 2009 - 08:47 AM by anazabri
|
|
Share this articles on Facebook
Keesokan harinya, Azlina menelefon Nabila dan mengajaknya untuk makan malam bersama. Nabila menerima jemputan Azlina itu. Walaupun masih ada rasa gusar memikirkan peristiwa beberapa bulan yang lalu, Nabila memutuskan yang dia mahu mengakhiri kekusutan antara mereka bertiga sebelum dia berangkat meninggalkan Canberra. Berjumpa dan berhadapan dengan Hisyam dan Azlina adalah yang terbaik dirasakannya.
Hisyam yang datang menjemput Nabila. Nabila perasan yang wajah Hisyam cerah dan ada nada ceria bila dia bersuara bertanyakan khabar. Kedatangan Nabila disambut gembira oleh Azlina. Azlina memeluk erat Nabila. Nabila sedikit terharu tetapi ada rasa bingung di hatinya. Perlahan-lahan rasa bingung itu hilang apabila dia menyaksikan perubahan pada diri Azlina. Azlina kelihatan ceria. Bagitu juga Hisyam. Apabila melihatkan kemesraan Azlina dan Hisyam suami isteri, Nabila menyimpulkan sendiri bahawa mereka telah dapat menyelesaikan permasalahan rumahtangga mereka. Nabila bersyukur dalam diam.
“Nabila,” Nabila memalingkan wajahnya kepada Azlina apabila namanya dipanggil Azlina. “I want…actually we want to thank you for what you’ve done for us.”
“Apa yang I dah buat?” Tanya Nabila.
“You’ve brought us back together. You made us realise that we actually have each other. You banyak tolong I untuk rasa redha. And for that I thank you so much, Nabila. Allah saja yang dapat balas jasa you pada kami,” Azlina menerangkan dengan panjang lebar. Hisyam tersenyum dan kemudian memaut bahu Azlina. Nabila dapat merasakan kebahagiaan mereka berdua.
“Alhamdulillah. I tak buat apa sebenarnya. Semuanya dengan izin Allah,” Nabila bersuara. Nabila benar-benar gembira kerana Hisyam dan Azlina dapat mencantum kembali kehidupan mereka. Tetapi jauh di sudut hatinya masih ada rasa duka. Nabila sedar dia tidak dapat melupakan Zafrim. Dan Hisyam yang berada di situ ketika itu terlalu mengingatkannya tentang Zafrim.
“Kenapa you nampak macam tak happy je?” Tanya Hisyam semasa dalam perjalanan menghantar Nabila pulang.
“Taklah. I bukan tak happy. I’m happy for you both. Agaknya I penat,” Nabila beralasan. Tetapi Hisyam bagai dapat menyelam perasaan Nabila ketika itu. Hisyam sedar yang Nabila tidak dapat melupakan sepupunya, Zafrim. Apa lagi setelah mereka bertemu secara tidak sengaja.
“Nabila, can I say something personal?” Hisyam bertanya. Matanya terus memandang jalanraya. Nabila hanya diam. Dia bagai dapat mengagak apa yang hendak diperkatakan oleh Hisyam. Dibiarkan sahaja Hisyam berbicara.
“I’m sorry I terlanjur kata dengan you dulu. Betul kata you I was so confused and I was just looking for something to escape from my confusion and sadness. I shouldn’t have said those things to you. I should thank you sebenarnya sebab youlah yang minta I cari semula cinta I pada Lina. You yang kembalikan rasional dalam diri I.” Nabila masih diam.
“Tapi sekarang ni I sangat berharap……,” Hisyam terhenti seketika. Dia takut hendak meneruskan bicaranya. Takut akan mengganggu perasaan Nabila. Setelah melihatkan Nabila hanya diam, Hisyam meneruskan bicaranya, “I harap you terimalah Zafrim semula.” Nabila mengeluh.
“Why should I?” Nabila bertanya dengan suara yang agak tinggi. Kiranya dia masih menyimpan marah dengan Zafrim. Dia masih sukar untuk memaafkan Zafrim. “Sekarang ni dia dah suruh you berdua jadi intermediary pulak?” Nabila bertanya lagi masih dalam nada marah.
Giliran Hisyam pula mengeluh. Memang benar apa yang Azlina katakan padanya tempoh hari. Nabila seakan berubah sikap apabila bercakap tentang Zafrim.
“Tak, dia tak pernah minta pertolongan dari kami. Malah bila Mama dia nak datang ke mari untuk pujuk you pun dia tak bagi. Katanya biarlah dia yang selesaikan masalah dia dengan you.” Nabila terdiam. Terbayang-bayang wajah Puan Suraya, Mama Zafrim di matanya dan juga wajah Encik Zainuddin. Sebenarnya dia sendiri sudah menyayangi keluarga Zafrim. Mama dan Abah Zafrim bagai pengganti emak dan ayah Nabila di Kuala Lumpur. Puan Suraya akan menelefon Nabila apabila tiba hujung minggu. Selalu diajaknya Nabila ke rumah mereka. Ada juga Nabila pergi sendirian terutamanya apabila Zafrim sibuk. Ada kalanya Zafrim mengeluh apabila ada ketikanya Mamanya yang membuat perancangan hujung minggu dengan Nabila. Zafrim pernah berkata kepada Mamanya, “Mama, yang nak kahwin dengan Nabila bukan Mama, tapi Zaf. Could you stop being possessive over her?”
“Nabila, sebenarnya gambar yang dihantar ke telefon you tu was a set up. Zafrim was being set up by his friends.” Fikiran Nabila kembali semula bila mendengarkan suara Hisyam. Nabila berpaling melihat Hisyam dengan wajah berkerut. Hisyam meneruskan kata-katanya, “Zafrim fikir tak ada salahnya dia berjumpa kawan-kawan lamanya. Lagipun memang dia dah lama tak jumpa diorang tu sejak dia berkenalan dengan you.”
Hisyam menceritakan yang Diana meletakkan ubat khayal dalam minuman Zafrim. Apabila Zafrim bagai sudah tidak sedarkan diri, Diana dan kawan-kawannya yang lain membawa Zafrim ke bilik hotel dan mengambil gambar Diana dan Zafrim.
“You knowlah kalau dah hidup cara kebaratan sangat. Semua tu hanya bahan gurauan. Nabila, I’m sure nothing happened that night.”
Nabila tunduk. Apa yang dikatakan oleh Hisyam itu benar-benar mengejutkannya. Apakah selama ini dia yang salah faham? Apakah hanya disebabkan salah fahamnya itu, keluarganya dan keluarga Zafrim menjadi susah kerana dia menghilangkan diri? Apakah kerana salah faham itu majlis pernikahannya dibatalkan kerana pengantin perempuan tidak ada? Apakah ini semua salah dirinya kerana salah faham? Nabila jadi bingung.
“But, they were married after that, right?” Nabila bertanya.
“Betul. Tapi tak lama. Tiga bulan aja,” jawab Hisyam.
“Do you know kenapa diorang divorced?”
“You need to ask Zafrim himself about their marriage. I tak nak bercerita apa yang I tak tau. When they got married, we were already here in Canberra. Nabila, when you go back to Malaysia nanti, pergilah berbincang dengan Zafrim. At least go and see him. I feel I have to tell you all these. I owe you this. I nak perbetulkan kesalahan I pada you sebelum ni.”
Nabila diam. Fikirannya bercelaru dengan apa yang baru saja dia ketahui dari Hisyam. Rasa bersalah menguasai diri Nabila. Semalaman itu dia tidak tidur memikirkan peristiwa hampir lima tahun lalu. Memang benar kata Nani, dia sepatutnya bertemu dengan Zafrim untuk mengetahui perkara yang sebenarnya. Tetapi, dia telah menutup pintu hatinya, dia telah menghukum Zafrim. Dan oleh kerana tindakannya menghilangkan diri di hari pernikahan mereka, bukan Zafrim sahaja yang menjadi mangsa tetapi seluruh keluarga mereka berdua. Nabila menjadi keliru.
|
Comments
dhee
Nov 25, 2009
|
i'm the 1st..cpt..sambung lg..
|
anaestasia
Nov 25, 2009
|
i'm 2nd=)
|
suhanas
Nov 26, 2009
|
sy org ketiga..hehe..sambung..sambung lg..plzz
|
nurein
Nov 28, 2009
|
kak ana.. TQ.. next please =D
|
|
|
|
Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009
|
|