|
»» Related Links
|
 |
|
|
»» Kaunter
|
 |
|
|
|
»» TKO @ Facebook
|
 |
 |
|
»» Login Ahli
|
 |
|
|
|
»» Hasil Seni
|
 |
Album Sakrat
Koleksi Cerpen
|
|
»» Official Sponser
|
 |
 |
|
»» Online Panel
|
 |
Members: 138299
Visitors Online: 229
Hi,You're our visitors
|
|
|
|

D I G I T A L D O M E - No Light No Life
..:: Sembang Tepi Jalan - Bab 141 - Watak ::..
Posted on: Jan 05, 2010 - 08:14 AM by meorpestajiwa
|
|
Share this articles on Facebook
Selamat tahun baru kepada pembaca STJ..Aku biasa saja..Hidup pun elok kalau kita rasa kita ni biasa-biasa saja..Anggap disekeliling kita tak lebih dari watak yang sedang bekerja,menjalankan watak yang diamanahkan kepada mereka untuk dijalani.Sebab semuapun bolehlah kita katakan sarung..yang akan mereput dan mereput yang akhirnya akan menjadi tanah juga..Jadi tak payahlah nak mengagungkan segala pun watak dimukabumi ini yang hanyalah bersifat sementara dan pinjaman cuma.Memuja aatau mengagungkan itu boleh membawa taksub/takut yang membawa kita kepada khurafat.
Semenjak dua menjak ni banyak program seni yang berlangsung,yang mana aku pun terlibat sama menjayakan.Banyak watak-watak menarik yang boleh kitalihat..Ada yang mengampu,ada yang ditipu,ada yang seronok macam hidup ini dia yang punya,ada yang bersedih,meratap seolah kiamat sudah dekat..Biarlah mereka..sebab mereka sedang bekerja..
Watak aku masih sama..Sifat-sifat iblis dan Tuhan itu sentiasa ada didiri kita yang berdiri dengan segala sifat puja dan puji..Terpulang pada isminya kita mentakrifkan makna alam yang nyata dan tersembunyi.Kadang-kadang aku seperti harimau yang tak ada gigi,garang tapi tak mampu menggigit,no point juga.Kadang aku melihat aku seperti seperti kerbau yang dicucuk hidung.Kuat tapi bodoh sebab suka dibodohkan dalam permainan alam yang tak pernah bersimpati pada yang lemah.Kadang aku diam,tenang seperti laut yang tak bergelora,awan yang statik,biru bercahaya menampakkan sinar bulan yang nyaman.
Cuma aku tak suka jika aku bersifat bodoh dan tolol sebab ianya sangat menghodohkan diri sendiri..ha ha ha..tapi itulah,namanya pun kita ini manusia..jadi tolol itu memang sebahagian dari sifat kita..Bill Gates itu bijak tapi ada juga tololnya.Ianya ada pada kita.Tak percaya?ha ha ha..cuma kita yang menafikan untuk ego dan kesejahteraan kita yang masih suka menipu diri sendiri,berselindung disebalik senyum yang hanya kita yang faham apa ertinya ssenyuman kita itu.
Berbalik pada watak dan kehidupan ini.Kawan baik aku Amirul Fkir seudah disahkan mengidap barah yang membawa kemata dan otak,tahapnya kritikal,dan stage 4.Aku pun tak bbboleh buat apa-apa perihal ketentuan sebab tugas kita hanya menjalani apa yang patut kita jalani.Membantu aapa yang boleh kita bantu.
Apapun aku bersyukur juga sebab niat untuk buat program untuk Amirul berjaya diadakan dengan jayanya pada bulan disember lepas kot.Kutipan pun bagus,maka bolehlah Amirul mendapatkan khidmat pakar untuk menentukan apa sakitnya.Sedih memanglaah sedih walau bukan dengan linangan airmata yang menitis bumi.Itu yang aku sms beliau,aku katakan cepat atau lambat kita pun akan kesitu juga.Hidup ini hanya tempat singgah cuma,untuk kita menjenguk ke subjek keabadian.Ya,hidup ini tak kemana pun.Selesai menjalani watak-watak kita dimukabumi ini,tiba masa dia nak ambil,dia ambillah..Siapalah kita untuk menafikan subjek yang namanya takdir.Usaha sedang kita lakukan apa yang kita mampu,selannya penyerahan yang total,untuk menuetralkan jiwa dan keseimbangan.Cuma aku harap Amirul akan kuat semangat dalam menjalani saki baki hidup yang sedang dia lalui.Kalau dah umur separuh itu dah kira saki bakilah..kita bukan bayi lagi..kita bukan belasan tahun lagi..kita semakin tua dan tua..itulah kita..selainnya?
Enjoy the moment.. |
Comments
anazabri
Jan 06, 2010
|
Menjalani watak di dunia mesti ada tata cara. Watak yg kita cipta sendiri punya peranan untuk tentukan hidup kita selepas mati, wallahu a'lam. Moga sdr Amirul dan keluarga tabah...
|
|
|
|
Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009
|
|