|
»» Related Links
|
 |
|
|
»» Kaunter
|
 |
|
|
|
»» TKO @ Facebook
|
 |
 |
|
»» Login Ahli
|
 |
|
|
|
»» Hasil Seni
|
 |
Album Sakrat
Koleksi Cerpen
|
|
»» Official Sponser
|
 |
 |
|
»» Online Panel
|
 |
Members: 138299
Visitors Online: 225
Hi,You're our visitors
|
|
|
|

D I G I T A L D O M E - No Light No Life
..:: Diari hidup Ku - Bahagian 9 ::..
Posted on: Jan 25, 2010 - 03:56 AM by ucu_niza
|
|
Share this articles on Facebook
“Ibu tunggal?” tanya Puan Arfah seakan tidak percaya. ‘Takkan lah muda macam ni dah jadi janda’ bisik hati kecil Puan Arfah. “Sebenarnya, Syafiqa tu anak sedara dia. Anak kepada kakak Zalia. Tapi, iyalah kuasa Allah kita tak boleh nak lawan. Kakak Zalia dan suaminya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Itulah sebabnya Zalia ambil keputusan untuk jaga si kecik tu” terang Puan Rashidah dengan panjang lebar. Tersentuh hati Puan Arfah tatkala mendengarnya. Mati-mati dia ingatkan Zalia sudah berkahwin dan mempunyai anak. “Takziah saya ucapkan cik Rafidah. Kesian betul saya dengarnya. Kecik-kecik lagi dah jadi anak yatim piatu” balas Puan Arfah. “Terima kasih lah Cik Arfah” jawab Puan Rafidah.
“Mak, supermarket dah nak tutup ni. Mak dah siap beli ker?” Zalia datang menghampiri ibunya dan Puan Arfah. “Dah. Mintak diri dulu lah cik Arfah yer. InsyaAllah, ada masa nanti, kita jumpa lagi” maklum Puan Rafidah kepada Puan Arfah. “Iyelah, saya pun nak pergi bayar jugak ni. Marah pulak si Arshad tu nanti kena tunggu lama dalam kereta.” Balas Puan Arfah. Setelah selesai membayar barang yang dibeli, Zalia, Syafiqa dan Puan Rafidah menapak ke kereta. Dimasukkan barang-barang yang dibeli tadi ke dalam bonet keretanya.
“Itu ke Danial yang kamu cerita hari tu?” tanya Puan Rafidah sewaktu masuk ke dalam kereta. “Aah, mak. Tapi sekarang dia dah ok dah. Dah tak buat perangai macam dulu lagi” balas Zalia. “Dah lama ker bapak dia bercerai dengan mak budak tu?” tanya Puan Rafidah lagi ingin tahu. Pernah Zalia menceritakan kepadanya yang ayah dan mak Danial sudah bercerai. “Ntah, rasanya dua tahun. Eh, tiga tahun kot. Ntah, tak pulak Lia tanya diorang” ingat-ingat lupa. Serasa Zalia tiga tahun tapi dia kurang pasti. “Habis tu, ayah Danial tak kahwin lain ker?” Tanya Puan Rafidah lagi. Zalia menjeling ibunya. “makkk… mana la Lia tahu. Lia cuma nak bantu anak dia, bukan nak menyibuk pasal bapak dia” Marah Zalia. Bukan apa, takkan nak tanya lebih-lebih. Zalia hanya nak menyelesaikan masalah Danial, itu saja. “mak tanya jer, itu pun nak marah” Balas Puan Rafidah.
“Nek, cantik kan adik Syafiqa tu?” Kata Danial sewaktu masuk ke dalam kereta. “Cantik… Danial suka, kalau ada adik macam tu?” balas Puan Arfah. Sengaja dia bertanya kuat-kuat. Mahu menarik perhatian Arshad. “Mestilah Danial suka. Kalau Danial ada adik macam adik Syafiqa kan best” jawab Danial dengan selamba. “Adik Syafiqa? Siapa tu?” Arshad seakan tertarik dengan perbualan Danial dengan neneknya. “Syafiqa tu anak Cikgu Zalia”Balas Puan Arfah. Berjaya jugak dia menarik perhatian Arshad. “Cikgu Zalia…” Arshad tidak mengerti. “Cikgu Zalia yang datang ke rumah kita tu” Puan Arfah cuba mengingatkan Arshad. “ooo.. dia pun shopping kat sini ker?” tanya Arshad seakan tidak percaya. “iya la… kalau tak, takkan la kami jumpa dia tadi.” Balas Puan Arfah geram. Dah jumpa dengan Zalia kat sini, tentulah Zalia pun shopping kat sini jugak.
“Tapi kan Shad, baru umi tahu. Rupa-rupanya Zalia tu belum kahwin lagi.” Puan Arfah membongkar rahsia. “Belum kahwin? Habis tu, macam mana pulak dia boleh ada anak?” Hairan Arshad. Takkan la Zalia…. Isk! Tak mungkin. “Itu anak arwah kakak dia. Dah tak ada orang lain yang jaga, dia lah yang menjaganya. Mulia sungguh hati dia. Sanggup jaga anak sedara macam anak dia sendiri” luah Puan Arfah. Terukir senyuman di bibirnya. “umi ni lebih-lebih pulak. Mana umi tahu yang itu anak sedara dia? Jangan-jangan anak…. tu kot” teka Arshad. Mulut…. memang tak ada insuran. “Astarafilullah hal ‘azim. Apa Shad cakap ni? Tak baik tuduh Zalia macam tu” mengucap panjang Puan Arfah tatkala mendengar Arshad berkata demikian. Pendek akal anaknya itu.
“Habis tu, mana umi tahu, yang tu anak arwah kakak dia?” tanya Arshad. Bukan dia sengaja nak tuduh-menuduh. Tapi, manalah tahu kan… orang boleh cakap apa sajer untuk tutup kisah silam mereka. “Mak Zalia sendiri yang cakap dengan umi. Lagipun umi tengok Zalia bukan orang macam tu” balas uminya berusaha untuk menafikan sangkaan Arshad. Arshad puas mendengar penjelasan dari uminya. Memang mulia hatimu Zalia.
Selang 3 hari kemudian, Arshad mendapat panggilan dari Syazlin. “Lin nak mintak izin dari abang, Lin nak jumpa dengan Danial.” Luah Syazlin, bekas isteri Arshad. Arshad diam. Dia hanya mendengar. “Lin tahu, Lin salah. Lin dah abaikan tanggungjawab Lin pada Danial.” Sambung Syazlin lagi. “Tiga tahun Lin. Tiga tahun” Balas Arshad. Arshad menekankan angka tiga untuk mengingatkan Syazlin. “Lin tahu, bang. Lin tahu. Sebab tu Lin nak jumpa dengan Danial. Lin nak betulkan kesilapan Lin” Rayu Syazlin. Dia berharap sangat agar Arshad membenarkannya berjumpa dengan anaknya. “Sekarang baru Lin sedar? Sekarang baru Lin tahu tanggungjawab Lin? Selama ni Lin lupa yang Lin ada anak?” luah Arshad. Geram sungguh hatinya. Masa dapat offer dulu, tak ingat pun tanggungjawab. Pentingkan diri sendiri. “Lin terima segala yang abang cakap tu. Bagi lah Lin peluang untuk jumpa dengan Danial” Suara Syazlin sudah bertukar menjadi esakan. Hati Arshad sedikit tersentuh.
Permintaan Syazlin diperkhabarkan kepada Danial. “Danial. Danial ingat mama lagi tak?” Arshad memulakan perbualan. “Kenapa papa tanya macam tu? “Papa just tanya. Danial ingat mama tak?” Arshad mengulangi soalan. “Mestilah Danial ingat mama, tapi mama yang dah lupakan Danial” Balas Danial sambil memuncungkan bibirnya. “Mana Danial tahu, mama dah lupakan Danial?” tanya Arshad. Danial berfikir sejenak. “yelah, kalau mama ingat kat Danial, mestilah mama selalu jenguk Danial. Mama mesti tinggal dengan kita” balas Danial dengan jujur.
“Kalau papa cakap mama nak jumpa Danial, macam mana?” Arshad mengutarakan soalan yang sebenar. Danial memandang muka papanya agak lama. “mama nak jumpa Danial?” Danial seperti tidak percaya. Arshad mengangguk. “Betul ke ni papa?” Danial bertanya lagi untuk mendapat kepastian. Tidak tahu sama ada dia gembira mendengarnya atau sebaliknya. Arshad mengangguk lagi dan tersenyum.
Pertemuan diantara Danial dan Syazlin berlaku seperti yang dirancang. Namun Syazlin tidak datang berseorangan. Dia datang bersama dengan seorang lelaki. Arshad sedikit terkejut, apatah lagi Danial. Tatkala melihat Danial, tanpa dipinta air mata Syazlin terus menitis. “Anak mama” ucap Syazlin lalu memeluk Danial dengan erat. Danial tidak tahu reaksi apakah yang harus ditunjukkan. Dia sebenarnya masih memikirkan siapakah lelaki yang datang bersama dengan mamanya itu. Danial membalas pelukan mamanya. Setelah pelukan direnggangkan, Syazlin mencium-cium pula pipi kiri dan pipi kanan Danial. “Dah lama mama nantikan saat ni” ucap Syazlin. Tangannya tidak henti-henti mengelus lengan anaknya itu. “Mama rindu sangat dengan Danial. Rindu sangatttt!!!” luah Syazlin lagi. Danial masih membisu. Tidak tahu apa yang perlu diucapkan.
“Siapa tu?” tiba-tiba saja Danial bertanya. Jarinya menunjuk ke arah lelaki yang datang bersama Syazlin. “oh, I’m sorry. Lupa mama nak kenalkan. Ini papa Zack, suami mama” jawab Syazlin dengan senyuman. “Lyn dah kahwin?” tanya Arshad yang kelihatannya cukup terkejut. Tidak sangka betul. Baru tiga tahun mereka berpisah, Syazlin sudah pun mendapat penggantinya. “Maafkan Lyn sebab tak bagitahu kat abang. Dah setahun kami kahwin” jelas Syazlin. “Sayang, inilah Arshad. Bekas suami ayang. Dan ini pula Danial, anak ayang” perkenal Syazlin kepada suami barunya Zack.
Seraya dengan itu, Zack menghulurkan tangan untuk berjabat salam dengan Arshad. “Zack” perkenal Zack. “Arshad” balas Arshad pula. Mereka kemudiannya berganjak ke sebuah restoran. Sejak mengetahui mamanya sudah mempunyai suami baru, Danial terus menyepikan dirinya. Sesekali dia mengangguk atau menggeleng menjawab pertanyaan mamanya itu. “Danial, mama minta maaf banyak-banyak sebab selama ni mama dah abaikan Danial. Bukan mama tak sayang Danial, Mama sayang sangat, rindu sangat dengan Danial.” Ucap Syazlin melepaskan rindunya. Sekejap-sekejap dipeluknya Danial. Danial pula hanya membatukan diri. “Kenapa ni sayang? kenapa Danial senyap jer?” Syazlin mula perasan dengan sikap Danial. “Danial tak suka jumpa mama?” soal Syazlin. “Papa, jom balik” ajak Danial. Masing-masing terkejut.
“Danial, kenapa ni?” Arshad mula bersuara. Hatinya diragut bimbang kalau-kalau Danial mula membuat perangai. Danial menyepi lagi. Dipeluknya Arshad dengan kejap lalu menangis. Arshad kaget. Begitu juga dengan Syazlin dan Zack. Agaknya Danial masih lagi terkejut. “Lyn, abang rasa Danial perlukan masa untuk terima semua ni. Dia masih terkejut lagi ni” Luah Arshad. Bukan Danial sahaja yang terkejut, dia pun turut sama terkejut. Tidak disangka hanya dia yang begitu setia menunggu kepulangan bekas isterinya. Manakala Syazlin pula sedang bahagia dengan suami barunya itu.
Keesokannya, Danial masih tidak banyak bercakap. Sewaktu sarapan pagi, Danial hanya bercakap jika ditanya. Tiada celoteh, tiada gurauan dan tiada usikan yang kedengaran darinya. Arshad menuruni tangga menuju ke ruang makan. Dia mengambil tempat disebelah uminya. Belum sempat Arshad mencapai roti bakar, Puan Arfah menyikunya. “Apa dah jadi dengan Danial?” bisik Puan Arfah bimbang kalau-kalau didengari oleh cucunya itu. “Nantilah Shad cerita” balas Arshad pula. Mesti uminya juga akan terkejut nanti bila dapat tahu Syazlin dah kawin.
Fikiran Danial melayang. Ayat-ayat yang tertera di papan hitam dipandang bersahaja. Suara Cikgu Noor Asyiqin yang sedang mengajar juga dibiarkan sepi. ‘Tak sangka, mama betul-betul tak sayangkan Danial’ bisik hatinya. Hancur hatinya tatkala mendengar bila mamanya memperkenalkan uncle itu sebagai papa barunya. Kenapa dia mempunyai dua papa? seorang saja tak boleh ker?
“Danial!!! Awak dengar tak apa yang saya cakap???” Tiba-tiba Cikgu Noor Asyiqin menjerit kepadanya. Danial terpinga-pinga. Segera berdiri tegak di tempat duduknya. Mukanya menjadi pucat. “Kamu ni ada telinga ke tidak? Tak dengar ke cikgu panggil kamu tadi? Hah??” Geram rasanya bila dia penat-penat mengajar di depan, anak muridnya siap mengelamun di belakang. Bila suruh buat kat depan, jawabnya ‘tak tahu’, ‘tak pandai’ dan macam-macam lagi alasan. “Apa kena dengan kamu ni?” Cikgu Noor Asyiqin menjadi semakin geram dengan perilaku Danial yang bertindak mendiamkan diri. “Berdirilah kamu kat situ sampai habis waktu sekolah” Arah Cikgu Noor Asyiqin dengan geram.
|
Comments
dylla_86
Jan 25, 2010
|
huhuhu lamenye br ad smbungan....papepn akhrnya ada gk... thanks...............
|
|
|
|
Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009
|
|