|
»» Related Links
|
 |
|
|
»» Kaunter
|
 |
|
|
|
»» TKO @ Facebook
|
 |
 |
|
»» Login Ahli
|
 |
|
|
|
»» Hasil Seni
|
 |
Album Sakrat
Koleksi Cerpen
|
|
»» Official Sponser
|
 |
 |
|
»» Online Panel
|
 |
Members: 138299
Visitors Online: 167
Hi,You're our visitors
|
|
|
|

D I G I T A L D O M E - No Light No Life
..:: Is it a payback? ::..
Posted on: Feb 27, 2010 - 12:23 AM by namee
|
|
Share this articles on Facebook
salam sejahtera buat semua.
saat ini aku sungguh keliru dan buntu. ku kira ada sedikit kecewa dalam hati. juga ada perasaan terkilan dan tak puas hati. hmm... dari mana nak mula ya?
aku kenal dia sudah lama. sejak zaman sekolah menengah lagi. tapi dia bukan siapa-siapa padaku waktu itu. kewujudan dia di sekolah pun aku sedari hanya dalam tingkatan 3. sedangkan dia agak terkenal di sekolah dengan kebaikan & kecerdikannya. tapi biasalah aku...tak pernah ambil peduli pihak yang tak berkenaan dalam hidupku. sifat yang masih mekar dalam diriku hingga saat ini. cuba kubaiki namun masih belum berhasil.
satu hari semasa dalam tingkatan 5, seorang kawan perempuan sekelas denganku memberi perkhabaran yang agak mengejutkan. dia berkirim salam padaku. kata kawanku dia sudah lama meminatiku sejak di tingkatan 3 lagi. aku sangat terkejut waktu itu (sedikit bangga pun ada..haha). sudahla aku masih terpisat-pisat baru bangun tidur sebelum ke kelas persediaan petang (preparation class), disergah pula dengan berita yang tak pernah pun terlintas dalam fikiranku. mamai aku makin bertambah.
dipendekkan cerita, dia sempat beberapa kali mengirim coklat kepadaku. coklat kuambil tapi aku aqiqahkan juga pada kawan-kawan sekelas. tak berani aku makan sorang. takut pula dijampi serapah. dia sebenarnya pernah menasihatkanku (berpesan melalui kawan) agar lebih tekun dalam pelajaran saat keputusan peperiksaan aku merudum jatuh. satu tindakan yang mendapat kritikan hebat dariku. siapa dia untuk menasihatkanku. ku punya alasan sendiri kenapa pelajaranku merosot tika itu. konflik bergolak dalam diri yang hanya aku memahami.
selepas spm, dia memberanikan diri menghubungiku melalui telefon. aku memberi respond cuba memberi peluang. itupun atas nasihat kawan-kawanku yang berguni-guni menjamah telingaku. kata mereka dia baik dan banyak kualiti positif dalam diri. aku termakan cakap mereka. kami berhubung dalam telefon sehinggalah aku ditakdirkan ke matrikulasi dan dia bakal menyambung pelajaran ke luar negara. selepas itu kami tidak berhubung hampir satu tahun kerana tiada cara dia dapat menghubungiku. aku tiada telefon bimbit ketika itu dan email pula tak pernah sekali aku semak. takde internet.
di suatu malam hari raya (setelah lama lost contact), panggilan telefon kuterima dari dia. aku agak terkejut namun sedikit gembira. ku akui dia seorang kawan yang baik. walau belum punya apa-apa perasaan istimewa terhadapnya namun aku gembira dia masih mengingatiku. kami bertukar nombor telefon (aku sudah ada handphone waktu itu..hehe). selang beberapa hari selepas kami berhubung kembali, kuterima satu sms yang sangat memeranjatkan. dia bertanyakan kesudianku untuk menjadi teman istimewanya. aku terpana, buntu dan agak terkilan. soalan yang sangat penting diaju hanya melalui sms?? aku cukup terkilan. dia tak memberi peluang kepadaku untuk cukup mengenalinya sebagai kawan. kenapa terburu-buru? walau serabut, keesokan petang aku memberi jawapan. aku menolak dia selembut bicara. aku nyatakan sebagai kawan aku sangat menyukainya namun untuk lebih mesra aku tidak mampu. ku nyatakan keikhlasan untuk terus berkawan. dia akur dalam kecewa.
kami meneruskan persahabatan. waktu itu aku sudah di ipta di ibu negara. dia di kolej membuat persediaan ke luar negara. kami berhubung sekali-sekala namun seperti biasa komitmen lebih banyak datang dari dia berbanding aku. aku menjadi tidak enak saat aku sedar dia masih menaruh harapan yang tinggi padaku. aku takut berlaku kejam. aku tidak mahu dia terus menunggu. perasaan bersalah mula menghantuiku. dan aku mengambil tindakan menegur perbuatannya dan mengingatkan dia tentang persetujuan kami untuk hanya berkawan. dia meradang dan menuduh aku membesarkan cerita. kami berselisih faham kerana aku sudah menyentuh sudut perasaannya yang paling sensitif. aku faham penafiannya sekadar untuk berselindung. kami dingin dan jarang berhubung selepas itu.
tiba masa dia berangkat ke luar negara. dia mengajak aku mengiringi pemergiannya namun aku mengelak dan kebetulan memang aku tiada kenderaan tambahan pula ada kuliah yang perlu dihadiri. tidak lama di sana, dia menghubungiku semula. bercerita itu dan ini, perkembangan hidupnya di bumi asing. aku memberi respond yang agak hambar. sedikit sebanyak terpalit juga rasa bersalah dalam diri. sampai bila agaknya aku harus melayan dia begini. sedangkan dia lelaki yang baik. aku membuat keputusan untuk menjauhkan diri. ku tukar sim card baru. nombor lama tidak lagi aku gunakan supaya dia tidak dapat menghubungiku. pun begitu, sesekali dia tetap bertanya khabar diriku di laman friendster dan juga email. pernah juga dia merungut kenapa aku lama menyepi dan tidak membalas sms darinya. kasihan.. mungkin dia masih belum sedar aku sudah tidak menggunakan nombor yang sama. keadaan ini berlanjutan selama beberapa bulan. kemudian, aku menjadi sangat resah dan bersalah. lalu, setelah berfikir panjang ku karang email yang panjang dan terperinci. ku terangkan segala-galanya dalam email itu. kedudukan hubungan kami, perasaan bersalahku juga rasional setiap tindakan aku. turut ku iringkan permohonan maaf yang menggunung tinggi atas setiap perbuatanku yang mungkin telah mengguris perasaannya selama ini.
tidak perlu menunggu lama, selang dua hari aku mendapat balasan email darinya. dia faham semua yang aku sampaikan. dia memohon maaf. pengakuan ikhlas darinya agak mengejutkan namun memberi ketenangan padaku kerana semuanya menjadi semakin jelas. benar, dia mengaku masih menyimpan perasaan istimewa dan harapan terhadapku walau jawapan telah ku berikan buat kali pertama. katanya dia sekadar berharap. perasaannya padaku cukup ikhlas. di matanya aku sangat istimewa. kali kedua aku menolak, dia sukar menerima kenyataan dan jari dituding padaku sebagai menutup kekhilafan dirinya sendiri. menurutnya, seakan protes, dia yang sentiasa menjaga batas pergaulan sebelum ini mula berkawan dengan gadis-gadis di kolej. namun alhamdulillah keadaan itu tidak berlanjutan. lama-kelamaan dia dapat menerima hakikat. lebih-lebih lagi sejak menjejakkan kaki di bumi asing, dia terpanggil untuk mencari cinta hakiki. dia tersedar cinta sesama manusia tidak membawa ke mana. akhir kalam, dia berpesan padaku agar membaca cerpen yang dititip bersama. aku membaca cerpen itu dengan penuh minat, ternyata mesej yang disampaikan cukup indah dan dapat memberi iktibar.
selepas itu tiada sebarang bentuk hubungan antara kami. maaf telah dipinta dan diberi. masing-masing membawa haluan. dalam beberapa tahun itu pernah juga sekali-sekala aku menegur dia di ruangan sembang yahoo! messenger. kami sekadar bertanya perkembangan terkini dan perbualan terbatas di permukaan sahaja.
kini, selepas tiga tahun dari peristiwa email itu kami sama-sama telah punya kerjaya masing-masing. lapan bulan yang lepas, dia mula menghubungiku melalui ym. kemudian, kami saling bertukar nombor telefon. entah kenapa aku selesa berteman semula dengannya. namun secara jujur masih tiada perasaan istimewa tersimpan untuknya. kami berhubung sekali-sekala. bertanya perihal kerja dan keluarga. aku perasan suatu perkara, sejak awal dia sering bertanya tentang kahwin. bila aku hendak kahwin, kumpul duit nak kahwin ke dan lain-lain perkara yang bersangkut paut dengan perkahwinan. kenapa ya, aku mula memikir. dia juga sering mengeluarkan kenyataan yang boleh disalahertikan olehku. kalau tidak silap tafsiran dan gerak hati kecilku ini, dia seakan mendekatiku kali ini dengan niat yang lebih serius. namun aku tidak mahu membuat kesimpulan melulu. tak dinafikan hati perempuan sepertiku memang ada ketikanya aku terbuai-buai perasaan gembira bilamana dia melayan aku dengan baik dan mengambil berat. namun keadaan itu tidak lama, bila rasional ku datang semula, aku kembali tidak punya perasaan apa-apa padanya. inilah satu masalah dengan diriku dari dulu hingga saat ini. dengan lelaki, aku sangat hambar. tidak hairanlah sampai hari ini belum pernah mana-mana sang lelaki berjaya memenuhi ruang hatiku. ku kira pintu hatiku ini dibuat dari bahan yang sangat keras dan sungguh sukar untuk dibuka.
sepanjang lapan bulan ini, sedikit-sedikit aku cuba memberi ruang dan peluang padanya. ku anggarkan jika dia bertanya sekali lagi, kali ini dengan soalan yang lebih serius, sekurang-kurangnya aku dapat memberi jawapan yang dapat menggembirakannya buat kali pertama. mungkin aku akan berjaya meletakkannya di tempat istimewa sekiranya aku mencuba sedaya upaya. namun, sejujurnya hatiku masih samar-samar. sesekali aku rasakan aku boleh menerimanya sebagai teman istimewa namun di kebanyakan masa aku rasakan perasaan ini sekadar dibuat-buat dan tidak asli. sungguh aku keliru dan tidak pasti. dan yang lebih membingungkan, dia juga tidak pernah berterus-terang. cuma dalam kata-katanya terselit kiasan yang sukar ku tafsirkan.
suatu peristiwa, empat bulan yang lepas, aku seakan mendapat sedikit kepastian. dia nampak serius dan mungkinkah benar dia masih menyimpan perasaan terhadapku? namun aku masih dengan sikap 'perigi tidak mencari timba'. takut untuk bertanya. malahan masih selesa terus-terusan berteka-teki sendiri.
namun semalam telah menjawab segala teka-teki ku selama ini. aku menghubunginya selepas hampir tiga bulan kami tidak berhubung, sekadar bertanya khabar. respond nya seperti biasa. namun ada perkhabaran yang agak memeranjatkanku. katanya dia hendak bertunang. JUJUR..aku tidak sedih mahupun kecewa. yang ada, sedikit rasa gembira bagi pihaknya. sebagai kawan aku bertanya serba sedikit tentang gadis tersebut. katanya, gadis tersebut sudah lama dikenali sejak di universiti. tetapi apa yang menjadi kesedihan dan kekecewaan ku ialah pengakuannya di akhir kata. setelah aku mohon maaf atas semua kesilapan ku padanya selama ini, dia turut berbuat perkara yang sama. menurutnya dia sebagai lelaki biasa tidak lepas dari berbuat silap. mungkin disebabkan jarak jauh antara dia dan gadis tersebut serta keadaan mereka yang jarang berhubungan telah membuatkan dia terlanjur dalam pertuturan. dan kadangkala kata-katanya terhadapku agak mesra dan berlebihan.
nah! aku benar-benar terpukul saat itu. ku biarkan sms dia yang akhir itu tidak berbalas. aku sedih. aku kecewa. namun kekecewaanku bukan atas dasar dia bakal menjadi milik gadis lain. TIDAK SAMA SEKALI. aku menjadi sangat kecewa dengan sikapnya yang seakan mempergunakan aku untuk mengisi kesunyian tatkala kekasih hati jauh dari pandangan mata. ya Allah! aku sangat sedih. kenapa insan sebaik dia sanggup berbuat begini padaku? jika sudah punya kekasih hati mengapa masih tegar mendekatiku? sedang aku memikir yang tidak-tidak dalam setiap bait perkataannya yang telah salah aku tafsirkan. kenyataan ini masih baru dan sukar ku terima, namun aku memujuk hati agar memaafkan perbuatan dia. doaku moga mereka bahagia bersama. mungkinkah ini balasan dari dia atas tindakan aku yang pernah dua kali mematahkan hatinya? wallahua'lam.
nasihat ku pada sang lelaki, berfikirlah dua kali sebelum mengeluarkan kata-kata manis. berfikirlah sedalamnya sebelum mempergunakan kenaifan wanita. sepatah kata mungkin bisa memberi kesan besar yang tidak kita bayangkan.
* sebagai makluman, persahabatan antara aku dan dia terbatas dalam media telekomunikasi. selama lapan tahun sejak meninggalkan sekolah kami tidak pernah berjumpa.
|
Comments
norkia
Feb 28, 2010
|
sy sokong dgn nasihat anda... sudah 2x lelaki mempermainkan prsaan sy..jd sy mengerti prsaan anda sekarang..
|
namee
Feb 28, 2010
|
ye ke norkia? smpai 2x? mesti awk lg kecewa. sy simpati. tp ape yg penting kita kene tabah, cuba memaafkan & belajar dr kesilapan. alhamdulillah sy lebih tenang skrg bila dah maafkan perbuatan dia. leave them far behind ur back. go live ur life & find happiness. insya Allah jodoh yg lebih baik menanti kita. hehe..
|
2lips^gurl
May 05, 2010
|
sy da berkali2..tp masih setia menanti..hhhmmmm lelaki mmg mcmtu kot..dlm sejarah ada...3lelaki mempermainkan sy dgn kata2 manis & gala bagai..rupa2nyer da nak kawin..kena redha dgn dugaan yg Allah beri utk kita..insya Allah akan ketemu yg lbh baek..
|
gelungemas
Jun 01, 2010
|
hmm..susah la nk komen ttg citer nih..tp ape pun bg sy..baik lelaki itu ataupun namee tiada siapa yg salah cume kamu berdua mmg tidak di tentukan utk bersama...kerana 1st of all lelaki tu mmg dh menyatakan perasaan die sejak dr bangku sekolah tp telah di tolak mentah2 oleh namee di sbb kan hati anda tidak bersedia utk menerima sesiapa..sy phm..bukan salah namee.mmg usia pd masa itu pn masih muda dan perjalanan hiduo masih pjg..cume di sini sy dpt simpulkan..seandainya dia ditakdirkan utk kita..macamana kita elak pn ..pasti akan bersama jua...wassalam,.,
|
dejayu2204
Jun 03, 2010
|
ermmm....LOVE? it's kind of complicated,but I'll tell u this...never be afraid to fall in love. It may hurt a lot, it may give u aches and pain, but if u don't follow ur heart; in the end you will cry even more for not giving love a chance...
|
|
|
|
Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009
|
|