http://exabytes.com.my/partners/tokeikedai/
Portal ini ditaja oleh Exa-Bytes Networks


Tokeikedai Online Hyper Portal
HoMe Lirik Forum Cerpen Pesta Jiwa Quran
 »» Related Links

Most-read story in Novel:
Tiada Noktah Cinta - Episod 1

 »» Kaunter

 »» TKO @ Facebook

 »» Login Ahli




 


 Log in Problems?
 New User? Sign Up!

 »» Hasil Seni
album-terbaru Album Sakrat

buku-terbaru Koleksi Cerpen

 »» Official Sponser

 »» Online Panel
Members: 138299
Visitors Online: 227

Hi,You're our visitors


 »» Menu Kedai

Informasi:

  • Info WebTeam
  • Panduan Ahli
  • Banner Promosi
  • TKO @ Media
  • Nota TKO

    Kolumunis:

  • SpyKedai
  • Meor Pesta Jiwa
  • Malim Pelita

    Perkhidmatan:

  • Album TKO
  • Arkib Artikel
  • Ihya Ramadhan
  • Tafsir & Ayat Quran
  • Sinopsis Drama
  • Tutorial
  • Senarai Ngetop

    Multi:

  • Email Kami
  • Promosikan Kami



  • ..:: Seindah Pelangi - Bab 15 ::..
    Posted on: Mar 18, 2010 - 05:47 AM by mieyaariessa

    Share this articles on Facebook

    Marissa mendongakkan sedikit kepalanya untuk melihat siapakah gerangan yang baru dilanggarnya. Jantungnya seakan terhenti melihat wajah yang sedang berdiri tegak dihadapannya itu.

    “Er..er..sorry. Sorry, Mr Tommy!” Marissa menunduk. Merasa malu dia atas kecuaiannya.
    “Follow me.” Satu arahan keluar dari mulut Mr Tommy. Marissa mendongakkan kepalanya sedikit untuk memastikan apa yang didengari sebentar tadi. Keningnya bertaut apabila melihat Mr Tommy melangkah menuju ke pintu lif.




    ‘Aik? Dia suruh aku ikut dia ke? Ke mana? Haih!’ cepat-cepat dia melangkah menuruti Mr Tommy yang sudah pun berdiri dia hadapan lif.

    “Where are we going to?” tanpa sedar soalan itu meluncur laju dari bibirnya. Marissa terkedu sebaik menyedari bahawa dia terlalu bersahaja bertanyakan arah tuju mereka.

    “I want to show you something.”

    **********

    Marissa memerhati pemandangan sekeliling di atas bumbung bangunan itu. Kawasan yang luas itu kosong dan bersih seperti sentiasa dijaga kebersihannya.

    “Look!” Marissa mendongak ke arah yang ditunjukkan oleh Mr Tommy.
    “Wow, so beautiful.” Ujarnya perlahan. Lama pandangannya tertancap pada pelangi yang terbias di langit. Entah bila renyai hujan turun, dia sendiri tidak pasti. Lantai simen yang dipijaknya sedikit basah. Tommy turut memandang ke arah yang sama, tanpa suara menghayati pemandangan indah itu.

    “Mr Tommy selalu ke sini ke?”

    Lelaki itu hanya tersenyum. Kemudian menggeleng.

    “Sometimes.” Ujarnya sepatah. Dia kembali menatap ke arah pelangi yang kian menghilang sedikit demi sedikit.
    “When I feel sad, I like to see stars. They can shine my heart as they are.” Mata Marissa kembali menatap pelangi. Tommy memandang wajah Marissa yang berdiri disebelahnya.

    “You can come here anytime you want.”
    “Hah? Are you sure? Even in working hours?” Marissa mengerut dahi sambil matanya memandang Mr Tommy yang masih menatap sisa-sisa pelangi yang semakin menghilang.
    “As long as you didn’t bring the whole department to come here in the same time. If not, I will find you!”

    “Yes, boss!”
    ‘Baiknya hati bos aku ni.’ Bisik hatinya. Dia tersengih dan mengangguk sambil ibu jari kanan dan jari telunjuk di satukan menjadi bulatan kecil tanda setuju.

    “Jom, I lapar. Kita breakfast?”
    “Oh.. tak apalah Mr Tommy. I sudah breakfast dirumah tadi.”
    “It’s okay. Just accompany me. It’s to bore eating alone.” Marissa tersengih, dia tahu tiada alasan yang mampu diberi untuk menolak pelawaan majikannya itu. Dia hanya menuruti langkah Mr Tommy dihadapannya.

    Wajah majikannya yang agak serius itu dicuri pandang tanpa lelaki itu sedari. Cepat-cepat dia menundukkan wajahnya apabila lelaki itu menoleh ke arahnya. Sebaik pintu lif terbuka, mereka berjalan beriringan menuju ke pintu utama. Beberapa pekerja berbisik sesama sendiri apabila melihat mereka berjalan berdua. Marissa jalan sambil menundukkan wajah, melihat kakinya yang bergerak melangkah satu-persatu.

    “Eh!” langkahnya terhenti apabila kepalanya terlanggar sesuatu di hadapannya.
    “Marissa!!”
    “Er..sorry. Sorry Mr Tommy.” Marissa menggaru-garu belakang tengkuknya perlahan.
    “Why you are always bumping me?” Tommy yang sudah bercekak pinggang dihadapannya dipandang. Dari menggaru di belakang tengkuk, tangannya beralih ke tepi kening pula. Dia hanya mampu tersengih sambil mengerut dahi. Tommy pula menggeleng kepala, kemudian tersenyum. Sebaik Tommy berpusing dan meneruskan langkah, Marissa menepuk dahinya perlahan. Pengawal keselamatan yang berdiri disisi pintu utama itu tersenyum padanya. Mungkin lucu melihat kecuaiannya sebentar tadi.

    Marissa menundukkan kepala kembali. Malu!

    **********

    Marissa mengerut dahi apabila melihat nama dipapan tanda kedai dihadapannya kini.
    ‘Restoran Mohammad?’

    Tanpa bersuara, Marissa menuruti langkah Tommy menarik kerusi dan duduk. Selesai pelayan restoran itu mengambil tempahan, dia memandang Mr Tommy yang duduk berhadapan dengannya.

    “Mr Tommy selalu makan sini ke?”
    “Not really. Cuma kalau I rasa mahu makan roti canai dan minum teh tarik, baru I datang sini. Betul tak mahu makan apa-apa?” Marissa cuma mengangguk sekali menjawab pertanyaan Mr Tommy. Dia melarikan pandangan daripada bertentang mata dengan Mr Tommy sambil memandang sekitar restoran itu. Suasana kedai mamak tersebut agak lenggang, mungkin hari bekerja begini ramai yang sudah mula menjalankan tugas masing-masing.

    Marissa menarik perlahan gelas berisi Nescafe ais yang baru diletakkan di atas meja, lantas menyedutnya perlahan. Mr Tommy dihadapannya turut melakukan perbuatan sama.

    “Does your boyfriend working somewhere here?”
    “My boyfriend?”
    “Yeah, your boyfriend. What’s his name? Erm..Adam? Is it right?”
    “Oh..” Marissa tergelak.
    “He is not my boyfriend. He is my best friend since we are 15.”
    “Oh, I thought he is your boyfriend, coz he seems very concerned about you.”
    Marissa mengeleng laju. Dia tersengih. Ingatannya berputar kembali kepada kejadian yang membawa hubungan persahabatan sehingga lapan tahun.

    ‘hey, ni tempat duduk akulah. Bangun!’ Marissa mencebik memandang wajah bengis budak lelaki yang berdiri dihadapan mejanya. Mentang-mentang dia budak baru, nak tunjuk lagak pula. Marissa bangun perlahan-lahan dari kerusi.
    ‘cepatlah,apasal lembab sangat kau ni!’
    ‘kau diam boleh tak? Tak nampak aku dah bangun ni? Tak boleh cakap elok-elok? Bisng je’
    Lelaki dihadapannya terdiam. Mungkin terkejut dengan keberaniannya. Tahap kesabarannya tidk boleh ditanggung lagi. Apa nak jadi, jadilah.
    ‘heh, baru datang kat sini, dah kurang ajar ke? Aku tampar nanti!’ tangan budak lelaki itu sudah di angkat tinggi.
    ‘peduli apa. Kau yang suruh aku jadi kurang ajar. Tak boleh cakap baik-baik ke? kau ingat, aku takut sangat dengan penampar yang tak berapa nak maut kau tu?” matanya dijegilkan memandang wajah lelaki itu. Seluruh isi kelas hanya mendiamkan diri menyaksikan adegan tersebut. Ada yang tersenyum-senyum, ada yang berbisik-bisik dan ada juga yang seperti ketakutan.
    ‘memanglah bukan penampar maut. Kalau tak, dah lamalah aku masuk penjara sebab membunuh. Eii..nasib baiklah kau ni perempuan. Aku tak gaduh dengan perempuan.’
    ‘eleh, yang kau baru buat tu apa?’
    ‘yang itu aku saja nak cuba try test je.’ Lelaki itu sudah mula tersenyum. Marissa pelik.
    ‘kau ni bengong ke?’ serta merta senyuman lelaki itu mati.
    ‘adalah sikit.’ Jawabnya,kemudian tersengih membuatkan Marissa semakin pelik.

    ‘Aku Adam Hasmi.’budak lelaki itu menghulurkan tangannya. Marissa teragak-agak menyambutnya, walau masih tidak memahami kejadian sebentar tadi.
    ‘Marissa Hana.’ Jawabnya sepatah.
    ‘Adam ni memang nakal sikit Marissa. Nanti-nanti kau biasalah dengan perangai dia ni.’
    Julia, ketua kelas menerangkan apa yang sebenarnya berlaku sebentar tadi. Marissa mengangguk perlahan dan tersenyum. Dan bermula dari itu, mereka menjadi rapat.


    Senyumannya mati apabila melihat pandangan Mr Tommy yang tertancap di wajahnya.

    “Day dreaming?” Marissa tersengih. Mr Tommy juga turut tersenyum.

    Pinggan Mr Tommy yang sudah kosong itu dipandang, perlahan-lahan matanya memandang wajah Mr Tommy yang sedang menghirup teh tarik dihadapannya.
    Ada satu perasaan aneh yang hinggap di hatinya setiap kali dia memandang atau menatap wajah itu. Berbagai persoalan tentang lelaki ini bermain di fikirannya. Kadang-kala hatinya bagai mahu tersenyum apabila melihat wajah itu tersenyum. Namun, dia tidak berani untuk bertanya tentang lelaki ini kepada sesiapa mahupun kepada tuan punya badan. Takut disalah erti.

    Cepat-cepat Marissa mengalihkan pandangannya apabila mata mereka saling bertentangan. Mr Tommy melambaikan tangan kepada salah seorang pelayan di restoran itu.

    Tommy melemparkan sebuah senyuman sambil kedua tangannya mengeluarkan wang dari dompetnya untuk diberikan kepada pelayan restoran yang sudah berdiri di sisi meja.

    Marissa bangun berdiri mengikuti gerak Mr Tommy yang sudah berdiri tegak dihadapannya. Kemudian, mereka berdua berjalan beriringan menuju ke arah bangunan Suremaju Holding bersama-sama dengan langkah yang bisu.

    *************
    Sebaik sampai di tempat duduknya, Sharina mendekatinya sambil berdehem perlahan. Marissa yang faham akan isyarat itu, mencebik kemudian tersenyum.

    “Kau orang ke mana? Lamanya dating?” Sharina mencubit pipi kiri Marissa perlahan.
    “Banyaklah kau punya dating. Teman Mr Tommy breakfast saja, ok! Don’t fikir bukan-bukan.” Marissa mengoyangkan jari telunjuknya beberapa kali kepada Sharina.
    “Ye ke? Ada tak Mr Tommy cakap, dia suka kat kau?” Sharina menundukkan wajahnya sedikit berbisik di telinga Marissa.
    “ Ish, budak ni. Mana adalah. Dia ajak aku teman dia je. Salah ke?”
    “Salah tu tak adalah, tapi aku musykil bin hairan, kenapa dia tak ajak staff-staff lain ye? Ajak aku ke, Shima ke, Mazlan ke? Kenapa ajak kau seorang je ek?”
    “Er..Yelah kan? Mungkin…sebab..hmm..sebab aku yang paling cute antara nama-nama yang kau sebut tadi tu kot. He..he..” Marissa tersengih. Sharina menjelir lidah tidak puas hati.

    “Banyaklah kau punya cute. Dahlah, aku nak sambung kerja.”
    “Banyak! Banyak! Banyak! Dah! Pergi cepat-cepat sambung kerja!” Sharina memukul perlahan bahu Marissa dengan fail dokumen nipis ditangannya. Mereka tertawa kecil sebelum Sharina berlalu dari meja Marissa.

    Dia sedar ada mata-mata lain yang memandang dengan perasaan tidak senang, tapi tidak diendahkan.

    Satu SMS diterima dari Adam, Marissa membacanya sambil tersenyum.

    “Have a time to lunch with me today?”
    “Yup” balasnya.
    “Ok. See you then. Daaa..”
    “Ok. Daaa..”

    Marissa menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam sarung khas sebelum memasukkannya ke dalam beg tangan.

    Marissa tersenyum apabila matanya kembali menatap skrin komputer. Entah mengapa hatinya senang menerima SMS daripada Adam sebentar tadi.

    Dia tersentak apabila interkomnya berbunyi, dan secepat mungkin dijawabnya. Janice ditalian, meminta Marissa menemani Mr Tommy ke pembentangan kajian bahan-bahan projek pada pukul 11.30 pagi nanti. Marissa hanya mengangguk. Selepas meletakkan ganggang, dia melepaskan satu keluhan lemah.

    “Kenapa aku pulak?” Marissa menongkat dagu sambil melirik pada jam di skrin komputernya yang menunjukkan hampir ke jam 11.00 pagi.

    **********

    Matanya mengerling jam dipergelangan tangan yang sudah menunjukkan jam 12.35 tengahari. Pembentangan masih berjalan di skrin putih di hadapan langsung tidak menarik perhatiannya. Hatinya berdetik untuk menghubungi Adam memberitahu bahawa dia mungkin tidak sempat keluar makan tengahari bersama. Perlahan-lahan, jemarinya menaip butang-butang di telefon bimbitnya di bawah meja bilik mesyuarat tersebut sambil matanya memandang slide yang sudah bertukar ke slide yang berikutnya. Mr Tommy yang duduk di sebelah Pengarah Urusan sedang memberi perhatian kepada setiap penerangan yang diberikan oleh pengurus bahagian bekalan. Sekali-sekala matanya mencuri pandang melihat Mr Tommy agar tidak dapat menghidu perbuatannya.

    “Sorry Adam. Still in the meeting, might be late for lunch.”
    Telefon yang sudah ditukar ke isyarat senyap, bergetar selepas beberapa minit SMS dihantar.
    “Ok. Jumpa petang nanti.” Marissa menarik nafas lega. Wajah serius Mr Tommy yang memandangnya membuatkan dia menundukkan wajahnya semula.

    ‘Alamak! Dia nampak ke?’ Marissa mengangkat wajah terus memandang ke arah skrin putih. Tidak berani memandang Mr Tommy yang duduk bertentangan dengannya. Seketika, hujung matanya dikerling memandang majikan dihadapannya itu. Jantungnya berdegup semakin kencang apabila matanya dapat menangkap pandangan mata Mr Tommy. Dia merenung kembali ke arah skrin putih walaupun fikirannya tidak dapat menangkap apa yang disampaikan oleh pengurus bahagian kewangan.

    Sebaik mesyuarat selesai, Marissa bingkas bangun. Perutnya yang sudah berkerongcong sejak dari tadi harus diisi segera sebelum penyakit gastriknya menyerang.

    “Marissa!!” langkahnya terhenti serta-merta. Perlahan-lahan dia menoleh. Mr Tommy melangkah ke arahnya.

    “Jom, pergi lunch!” Marissa membulatkan matanya, keningnya turut terjungkit. Mr Tommy berjalan mengiringinya keluar dari bilik mesyuarat.
    “Hah?”

    “Er..er..saya..saya dah janji dengan Sharina.” Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
    “Oh, you can ask her to join us.” Wajah selamba Mr Tommy dipandang dengan dahi berkerut.
    “Erm..okay.” perlahan dia melangkah ke arah mejanya. Meja Sharina dipandang sekilas. Kosong. Dia baru membalas mesej Sharina mengatakan dia akan menyusur ke cafeteria kemudian sebelum mesyuarat selesai tadi.

    Tanpa sedar, Marissa melepaskan keluhan berat.

    “Takkan aku dengan dia je?” soal hatinya.

    “Marissa!”
    “Yes!” dia mendongak memandang Mr Tommy yang sudah pun berdiri dihadapannya.
    “Shall we go now? Where is Sharina?” Tommy menoleh ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Sharina.
    “Erm..she went to cafeteria already.”
    “Oh, okay! Let’s go.”

    Marissa menurut langkah Mr Tommy dengan perasaan berat hati. Beberapa mata rakan-rakan sejawatnya yang tidak keluar makan tengahari memandang mereka berdua dengan pelbagai andaian itu tidak dihiraukan.
    Marissa tidak petah menyoal ke mana arah tujuan Mr Tommy untuk makan tengah hari. Hati dan perasaannya berbelah-bahagi. Telefon bimbit didalam ‘blazer’ yang dipakainya ditarik keluar, lantas jemarinya pantas menaip pesanan ringkas untuk dihantar kepada Sharina.

    “Eh, ni cafeteria.” Bisiknya dalam hati sebaik keluar dari lif. Mesej yang ditaip sebentar tadi, dipadam semula apabila melihat Mr Tommy melangkah ke arah meja yang diduduk Sharina. Dia menarik nafas lega.
    “Mr Tommy.” Ucap Sharina sebaik Mr Tommy berdiri di hadapannya. Sharina terpinga-pinga melihat majikannya itu duduk semeja dengannya. Marissa hanya mampu tersengih tanpa dapat menjelaskan keadaan sebenarnya.

    Mereka bertiga menjamah hidangan tanpa sebarang bicara. Hanya suasana bising dari sekeliling Kafeteria itu sahaja yang mengisi kebisuan mereka bertiga.

    Marissa yang rimas dengan kebisuan yang melanda antara mereka memulakan bicara.

    “Mr Tommy, can I ask you something?” Mr Tommy hanya memandang. Tiada sebarang anggukan atau kata darinya.
    “Do we ever have a company trip to some other place before?”
    Sharina memandangnya dengan pandangan kosong, Mr Tommy menggeleng perlahan.

    “If in that case, why don’t we make it this year?”

    Sharina membulatkan matanya memandang Marissa. Sungguh berani!
    “Okay! You decide the place you want to go, then we can plan.”

    Marissa seakan mahu menjerit apabila pandangannya mendapat persetujuan, pada hal itu hanya omong-omong kosong untuk menceriakan suasana bisu antara mereka bertiga sahaja. Sharina yang sedari tadi hanya diam membisu turut ternganga.

    “ Hish, biar betul ni Mr Tommy?” soal Sharina tidak percaya dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.

    “Yeah. Betullah. Nampak macam I main-main ke?”

    “Eh, takdelah. Saja tanya. Untuk kepastian.” Sharina tersengih. Marissa juga tersengih.

    Kemudian, mereka bertiga bangun untuk pulang ke pejabat sebaik waktu makan tengahari tamat. Mereka beriringan menuju ke lif. Beberapa pekerja dari bahagian lain yang turut menunggu untuk menaiki lif menganggukkan kepala dan memberikan senyuman menyapa Mr Tommy.

    Lif yang sudah penuh itu dipandang Marissa. Dia sahaja masih berada diluar kerana memberi laluan kepada pekerja-pekerja lain untuk masuk dahulu. Sekarang dia berdiri diluar lif memikirkan bagaimana untuk turut serta dalam lif yang sudah seperti sardine dalam tin itu.

    “Come in.” Mr Tommy menarik tangan Marissa yang tercegat di luar lif masuk ke dalam. Marissa berdiri di hadapan Mr Tommy dan membelakangi pintu lif yang jaraknya hanya sejengkal. Sempat dikerling Sharina disebelah kirinya yang sedang menahan senyum.

    “Haih, lambatnya lif ni naik.” Keluh hatinya.

    Sebaik pintu lif terbuka, Marissa menarik nafas lega. Cepat-cepat dia keluar dan berjalan menuju ke tempat duduknya.

    “Thanks Mr Tommy, for the lunch.” Mr Tommy hanya mengganguk dan berlalu.

    “Sah, Rissa! Confirm, sah!” Marissa memandang Sharina dengan pandangan hairan. ‘Budak ni kenapa?’

    “Apa hal kau ni? Kena sawan ‘sah’ ke?” meletus ketawa Sharina sebaik mendengar soalan Marissa.

    “Tak. Aku nak cakap, sah Mr Tommy ada hati dengan kau.” Sharina berbisik di telinga Marissa supay tidak didengari rakan-rakan lain. Tidak mahu apa yang dikatakan itu menjadi ‘hot and spicy’.

    Marissa memandangnya sambil matanya dijuling ke atas.

    “Masyaallah. Apa sajalah yang telah merasuk sahabat aku ni?”
    Sharina ketawa lagi. Marissa berdiri betul-betul dihadapan Sharina, sambil tangan kanannya di angkat menunjukkan jari telunjuknya. Kemudian, dia mengoyangkan jarinya ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan.

    “No. No. No. It’s impossible. Okay, dear. Jom, sambung kerja!”
    “Betullah. Aku nampak dengan dua biji mata aku ni sendiri, tau!”
    “Dah. Dah. Kerja kau kat atas meja tu dah panggil-panggil suruh kau siapkan. Pergi cepat. Muahhh!” Marissa menunjukkan isyarat ‘flying kiss’ kepada Sharina, kemudian tersengih sambil menjelirkan lidahnya.




    wedding

    Comments

    syaz97-sy's Avatar
    syaz97-sy
    Mar 18, 2010

    ohhhhhh My God!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    Finallyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy

    Setelah sekian lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    hehehhe.... thanks ye

    nora1407's Avatar
    nora1407
    Mar 18, 2010

    (^_^)

    dejayu2204's Avatar
    dejayu2204
    May 13, 2010

    alaha...taun bila lagi la nk sambung cite ni..

    cepattttttt la skit ye...sesak nafas dah ni do tunggu..

    Asezan's Avatar
    Asezan
    Jun 09, 2010

    AGAK2 BAPE EPISOD LAH LG EKK..

    Only logged in users are allowed to comment. register/log in



    Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
    Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009