|
»» Related Links
|
 |
|
|
»» Kaunter
|
 |
|
|
|
»» TKO @ Facebook
|
 |
 |
|
»» Login Ahli
|
 |
|
|
|
»» Hasil Seni
|
 |
Album Sakrat
Koleksi Cerpen
|
|
»» Official Sponser
|
 |
 |
|
»» Online Panel
|
 |
Members: 138299
Visitors Online: 231
Hi,You're our visitors
|
|
|
|

D I G I T A L D O M E - No Light No Life
..:: Simfoni Kasih - Episod 17 ::..
Posted on: May 19, 2010 - 11:57 PM by d0me
|
|
Share this articles on Facebook
Dalam aku melayari kehidupanku, saat yang kutunggu-tunggu kian tiba. Majlis perkahwinanku akan berlangsung lebih kurang sebulan dari sekarang. Segala persiapan dari kedua-dua belah pihak kian rancak. Aku juga terasa bahangnya. Aku terpaksa berkejaran kesana sini untuk menguruskan segalanya. Rasanya sudah tak termenang olehku untuk menguruskan semuanya. Nasib baik emak dan Mummy telah menguruskan serba sedikit dari awal. Jika tidak pasti semuanya akan berterabur. Barulah kumengerti kini mengapa emak dan mummy menyediakan segala keperluan dari awal agar tidak kelam kabut apabila sampai masanya nanti.
Hari minggu itu aku terpaksa pergi ke Terengganu untuk melawat tapak projek untuk kerajaan negeri diKuala Terengganu. Aku terpaksa menyuruh Hanni menemani Fahmy pergi kebusana pengantin untuk mengambil baju pengantin. Nasib baik juga ‘fitting’nya telah kubuat. Jadi, Hanni cuma perlu mengambilnya sahaja.
Aku juga bernasib baik kerana Melisa, Rozita dan Kak Lin dengan rela hati membantu mana yang patut. Jika diharapkan padaku kini aku merasakan aku seperti kehabisan nyawa menguruskannya. Aku terpaksa memberi lebih tumpuan terhadap projek ini kerana ini melibatkan reputasi syarikat. Aku mahu mereka kagum dengan kemampuan syarikat dan kebolehan anak tempatan untuk menyudahkan projek yang telah diberikan. Aku mahu menghapuskan tanggapan buruk yang telah dilemparkan oleh sesetengah pihak tentang kemampuan anak-anak tempatan khususnya bumiputera. Aku mahu mereka berbangga dengan kemampuan anak-anak tempatan. Aku mahu dunia membuka matanya bahawa anak tempatan juga mampu membina menara tertinggi didunia.
Aku berada diKuala Terengganu selama tiga hari sebelum kembali semula keKuala Lumpur. Aku sempat membeli beberapa pasang kain ela bercorak batik, kain batik untuk emak, Hanni dan mummy serta tiga helai kain songket untuk Fahmy, abah dan daddy. Aku tersenyum puas kerana sempat juga aku membeli belah untuk mereka.
Dalam perjalanan pulang aku sempat singgah dirumah orang tua Kak Lin diTanjung Lumpur. Ayah dan umi itulah panggilan yang aku gunakan untuk mereka. Aku sering kesini jika ada kelapangan. Hubungan kami rapat dan sering bertanya khabar melalui telefon. Namun sehingga kini aku tidak pernah berkesempatan untuk memperkenalkan Fahmy dengan mereka. Pasti ada saja aral yang datang. Tapi, aku berjanji setelah kami melangsungkan perkahwinan nanti, aku akan kunjungi mereka walau sesibuk mana aku nanti.
Kak Lin mempunyai tiga orang adik beradik tetapi hanya Kak Lin yang berjaya. Abang dan adiknya hanya membantu ayah direstoran makanan laut dan sesekali turun kelaut dalam. Namun kasih sayang yang dicurahkan tetap sama. Tapi, kuasa ALLAH tiada siapa yang dapat menduga. Saat keberangkatan Kak Lin keUK lima tahun yang lalu, abang dan adiknya lemas dipukul gelombang dilaut China Selatan. Mereka hanyut dan bot mereka karam. Hanya sehari selepas kejadian ngeri itu barulah mayat kedua beradik itu ditemui berdakapan sesama mereka. Kak Lin meraung dengan kejadian itu. Umi jatuh pengsan. Ayah pula terkulai layu. Anak lelaki harapan keluarga akhirnya tewas kerana gelombang.
Kak Lin hampir-hampir membatalkan pemergiannya keUK kerana bimbang dengan keadaan umi. Namun umi dan ayah membantah. Walaupun dugaan ini hebat, tapi kehidupan perlu dilalui juga. Umi dan ayah mahu Kak Lin terus kuat menghadapi ujianNYA kali ini. Aku tahu Kak Lin bimbang dengan kesihatan umi yang sering termenung. Dia bimbang jika ada sesuatu yang akan terjadi keatas umi pula. Namun aku terharu mendengar kata-kata ayah.
“Lin, anggaplah pemergian Lin keluar negara sebagai memenuhi cita-cita abang dan adik. Jadikan harapan mereka sebagai senjata untuk Lin terus berjaya. Anggaplah apa yang terjadi pada keluarga hari ini sebagai azimat untuk kebahagiaan hari esok. Ayah dengan umi nak Lin teruskan cita-cita ini untuk keluarga kita. Jadikan semangat abang dan adik sebagai bekalan Lin disana. Yang pergi cuma jasad mereka. Jiwa mereka tetap hidup dalam diri kita.” Sesungguhnya kata-kata ayah itu bukan sahaja menaikkan semangat Kak Lin tetapi semangatku juga untuk terus berjuang. Walaupun bukan dimedan peperangan tetapi dengan ilmu yang aku tuntuti ini akan membantu membangunkan anak bangsa.
Akhirnya, Kak Lin langkah juga kaki meninggalkan bumi Malaysia untuk menunaikan cita-cita keluarganya. Cita-cita arwah saudaranya dijadikan azimat. Kata-kata ayah dijadikan amanat. Harapan umi dijadikan matlamat. Akhirnya Kak Lin berjaya menggenggam segulung ijazah dalam ‘business administration’. Kini dia boleh berbangga dengan apa yang telah diperjuangkan.
Aku sampai tatkala waktu melewati jam 6.30 petang. Aku lihat perkarangan rumah sunyi sepi. Aku memberi salam. Namun salam ku tiada sambutan. Lalu Mak Tijah, jiran umi sebelah rumah yang menyambut salamku.
“Semuanya ada direstoran,” beritahunya. Aku lantas mengucapkan terima kasih. Segera kehidupkan semula enjin keretaku.
Kedudukan restoran yang tidak jauh dari rumah membuat aku cepat sampai kesana. Lagipun disini tiada kesesakan lalu lintas. Ku lihat didalam restoran telah ada beberapa pelanggan yang sedang dan menanti hidangan. Ada juga beberapa buah kereta berhenti dihadapan restoran. Aku keluar kereta. Haruman bau tumisan menyapa hidungku. Begitu juga dengan kepulan asap ditempat memanggang ikan. Kulihat abang Ijam sibuk membakar ikan manakala Kak Nur sibuk mengambil pesanan. Tak kulihat pulak abang Latif dan abang Asrul. Mungkin mereka didapur.
Kak Nur nampaknya kelam kabut kerana ada pelanggan yang baru tiba. Lalu ku ambil buku kecil dan pen didalam apronnya. Lalu ku pergi kemeja tersebut dan mengambil pesanan. Terpinga-pinga Kak Nur kerana terkejut dengan kedatanganku. Selesai mengambil pesanan, kulambaikan tanganku pada abang Ijam. Dia menunjukkan isyarat yang ayah dan umi keluar kebentar. Mungkin kepekan berhampiran. Aku segera kedapur. Kulihatabang Asrul sedang minum. Kutepuk belakangnya.
“Apa tepuk-tepuk ni! Tak nampak orang tengah minum ke!” marahnya tanpa melihat siapa dibelakangnya. Mungkin dia menyangka abang Latif yang mempermainkannya. Aku tertawa kecil dan berdiri dihadapannya. Nasib baik air minumannya tidak disemburkan kemukaku. Kalau tidak aku sudah mandi percuma petang tu. Abang Asrul tersedak.
“Ati dah tak tahu bagi salam ke? Dah jadi orang putih sebab belajar kat sana ye?” perli abang Asrul. Aku segera mengakui kesalahanku.
“Ati minta maaf. Ati excited sangat tadi. Dah lama tak jumpa. Ati rindulah. Okey, Asslamualaikum.... apa khabar abang As?” akuiku tentang kesalahan yang tak disengajakan. Abang Asrul tersenyum. Aku tahu itu tandanya dia sudah memberikan kemaafannya.
“Ha..... macam tu lah. Abang As khabar baik. Kita ni Ati, kena selalu pesan pada diri sendiri. Jangan lupa memberi salam. Kalau benda yang kecil tu pun kita lupa, macamana dengan yang besar. Nanti silap haribulan, agama juga kita lupakan. Masya ALLAH,” tegas Abang Asrul. Aku merenung kata-katanya penuh keinsafan. Aku terpegun. Dalam hati segera memohon agar aku dijauhkan dari semua ini. Aku mahu hidup dan matiku kerana ALLAH.
“Umi dengar abang Latif kata ada ustaz dibelakang ni? Siapa?” tegur umi tiba-tiba. Aku memandang padanya. Memang umi membahasakan dirinya umi pada semua orang. Katanya kesemua mereka disini adalah anak-anaknya walaupun bukan lahir dari perutnya.
Aku tahu umi tidak bermaksud untuk memerli abang Asrul kerana dia tidak tahu hujung pangkalnya. Pasti abang Latif yang memberitahu umi tentang ceramah ringkas sebentar tadi. Aku tersenyum memandangnya. Segera kudapatkan tangannya bersalaman. Begitu juga dengan ayah yang berada dibelakangnya. Persoalan yang berbangkit sebentar tadi terus dilupakan.
Umi menahan aku untuk balik keesokan harinya. Dia mahu aku tinggal lama sedikit dengannya. Aku tidak sampai hati ingin menghampakan harapannya. Segera kuberitahu Fahmy yang aku akan terus berada diKuantan sehingga hujung minggu. Sudah menjadi rutin harianku untuk memberitahu setiap apa yang aku lakukan padanya. Aku tidak mahu dia berada dalam kebimbangan. Fahmy mengizinkan aku untuk menunaikan hajat umi. Dia tersenyum lebar tatkala berita itu dikhabarkan.
Kulihat wajah umi dan ayah gembira. Perasaan itu turut dikongsi bersama-sama dengan abang Ijam, Kak Nur, abang Asrul dan abang Latif. Mereka juga turut merasai perbezaan itu. Mungkin juga kedatanganku dapat mengubat sedikit sebanyak kerinduan mereka pada yang telah pergi. Kuakui kesibukan aku dan kak Lin dalam pekerjaan menyebabkan kami hampir tiada masa untuk diluangkan bersama mereka. Tuntutan pekerjaan memaksa aku dan kak Lin mengorbankan masa yang ada untuk bersama mereka. Apa daya kami. Salah satu terpaksa mengalah.
Bila aku berada disini pasti aku akan kunjungi pantai Batu Hitam yang terletak berhampiran rumah. Walaupun kurang menerima kunjungan orang, tapi aku dapat merasakan ketenangannya. Mungkin juga dengan kedudukannya berhampiran dengan pantai Balok dan Cherating yang sudah terkenal menyebabkan dia kurang dikunjungi. Aku amat menyenangi suasananya. Penuh dengan kedamaian.
Aku terus menyusuri pantai itu. Kulihat anak-anak kecil sedang berlari berkejaran digigian pantai menantikan sang ombak yang menghempas ke pantai tanpa jemu. Aku terleka sebentar dengan gelagat mereka.
Aku tatap awan yang membiru. Kurasai kejadian ALLAH itu begitu ta’jub. Bukan hanya melindungi kita dari kepanasan sang matahari, tetapi dapat juga memberi ketenangan pada insan yang merasai kenikmatan kewujudannya. Aku damai disini.
Setelah lama melayan perasaan, aku kembali semula kerestoran untuk membantu umi dan yang lain. Nampaknya pelanggan semakin ramai lebih-lebih lagi pada malam minggu begini. Aku juga tidak menang tangan membantu. Kutemui keseronokannya disini. Kami disini tak pernah memandang status. Semuanya dilayan sama rata. Berbeza dengan pekerjaanku dipejabat. Kadangkala aku semakin muak dengan sikap sesetengah manusia yang menjadikan material sebagai tuhan mereka. Hidup dan mati sanggup kerana duit. Kiri kanan semuanya duit. Semuanya dinilai dengan duit. Hai........... entahlah.......... sampai bilalah dunia ini akan terus begini. Aku mengeluh.
“Kenapa mengeluh ni? Penat ke? Kalau penat pergilah berehat dulu. Ati dah lama tak buat kerja-kerja ni, tentulah cepat penat,” suruh umi yang telah mendengar keluhanku. Segera tanganku ditariknya kesatu meja yang terdapat diluar restoran. Agak jauh dari pelanggan yang sedang menjamu selera.
Umi meminta aku duduk bersamanya dimeja itu. Dari kejauhan kulihat ayah sedang menatang sedulang air minuman. Lalu dia duduk bersama kami.
“Dah lama kita tak berbual panjang. Semenjak Ati balik kesinipun, tak dapat juga. Asyik sibuk memanjang. Esok pulak Ati dah nak balik keKuala Lumpur tu. Rasanya macam baru semalam je Ati datang sini. Rasa tak puas bersama dengan Ati. Tak lama lagi Ati dah nak kahwin,” rungut umi. Ayah disebelahnya tertawa.
“Kalau Ati kahwin nantipun, Ati tetap akan balik sini juga. Nanti Ati ada tiga pasang orang tua. Emak dengan abah, mummy dengan daddy dan umi dengan ayah. Mana ada orang seistimewa Ati,” pujukku dalam gurauan.
“Umi ni Ati, mahu Ati dengan Kak Lin duduk bawah ketiak dia kot. Baru dia tak bersungut,” celah ayah pula. Muncung umi bertambah panjang.
Aku genggam jemarinya. Aku pandang matanya yang berkaca. Aku cuba selami kesedihan dan kerinduan yang bermukim jauh dilubuk hatinya.
“Umi, walau apapun yang terjadi, walau apa juga gelaran yang akan Ati sandang, umi dan ayah tetap istimewa pada Ati. Tetap ada tempat dalam hati Ati ni. Ati terlalu sayangkan hubungan ini. Ati tak mahu dengan status Ati nanti akan merenggangkan hubungan kita. Ati tetap macam dulu. Dan Ati mahu hubungan inipun macam dulu juga. Walaupun Ati tak lahir dari perut umi, tapi Ati dah kata umi dan ayah adalah orang tua Ati dunia akhirat. Hanya kematian yang memisahkan kita. Dalam setiap doa Ati, pasti kesejahteraan umi dan ayah Ati pohonkan. Semoga umi dan ayah juga begitu,” luhur aku menuturkan kata-kata. Aku mahu umi memahami juga memahami perasaanku.
Tangisan umi semakin kedengaran. Segera kupeluk tubuh tua itu. Ku fahami apa yang sedang dialaminya.
“Ati tetap anak kami. Umi tak bermaksud apa-apa. Cuma umi rindukan Ati dan Kak Lin. Itu aje,” ujar umi bersama sendunya.
“Ati tahu. Ati faham perasaan umi. Insya ALLAH, kalau ada masa, Ati akan luangkan masa. Umi dengan ayah jangan bimbang,” janjiku beserta pujukan.
“Semoga Ati akan bahagia dengan kehidupan Ati selepas ini. Ingat menjadi seorang isteri ni, besar tanggungjawabnya. Dia adalah cahaya yang akan menerangi dalam rumahtangga. Ayah mahu Ati sinarilah rumahtangga Ati dengan cahaya yang terang dan indah,” pesan ayah.
“Insya ALLAH, ayah. Ati akan ingat pesan ayah. Semoga doa ayah dan umi mengiringi langkah Ati,” balasku.
“Insya ALLAH,” sahut umi.
Esoknya aku meninggalkan umi dan ayah dengan kesayuan. Namun kami pasti akan bertemu lagi pada hari perkahwinanku nanti. Mereka telah berjanji untuk meraikan bersama-sama denganku dikampung. |
Comments
wheida
May 31, 2010
|
lmbtnye nak tggu episod 18... :)
|
riss
Jul 19, 2010
|
alahaii..sedihnya....
|
|
|
|
Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009
|
|