|
»» Related Links
|
 |
|
|
»» Kaunter
|
 |
|
|
|
»» TKO @ Facebook
|
 |
 |
|
»» Login Ahli
|
 |
|
|
|
»» Hasil Seni
|
 |
Album Sakrat
Koleksi Cerpen
|
|
»» Official Sponser
|
 |
 |
|
»» Online Panel
|
 |
Members: 138299
Visitors Online: 217
Hi,You're our visitors
|
|
|
|

D I G I T A L D O M E - No Light No Life
..:: Simfoni Kasih - Episod 18 ::..
Posted on: Jun 01, 2010 - 02:52 AM by d0me
|
|
Share this articles on Facebook
“Bagaimana dengan persiapan kau? Dah sedia semuanya? Jangan nanti ada yang tertinggal sudah,” nasihat Melisa disatu petang dua minggu sebelum majlis perkahwinanku berlangsung.
“Dah. Aku dah siapkan semuanya. Baju pengantin dan semua keperluan, aku dah masukkan dalam satu beg khas. Aku dah letakkan belakang pintu,” jawabku.
“Aku bukannya nak jadi pak sibuk. Tapi aku tak mahu kau kelam kabut. Kau tu kalau buat kerja langsung tak ingat dunia. Sepatutnya kau dah ambil cuti, Ati. Tak baik kalau kau asyik kesana kemari. Apalagi dah dekat sangat dengan tarikh kahwin kau. Nanti macam-macam benda tak baik berlaku. Kau tu darah manis,” tegur Melisa. Aku tahu dia terlalu prihatin tetapi bila masuk bab-bab macam ni, aku mula pening kepala.
“Mel, kita ni dah hidup dalam alaf baru. Benda-benda macam tu tak patut kita jadikan panduan. Kalau nak terjadi sesuatu, bukan tunggu majlis perkahwinan je. Bila-bila masapun akan jadi juga. Semuanya kuasa ALLAH,” sangkalku. Bukan aku bermaksud untuk memperlekehkan pesanan orang tua. Tapi, kadangkala aku merasakan pesanan dan peringatan itu tidak logik untuk diterima akal. Namun kadangkala ada juga kebenarannya. Itu aku tidak nafikannya.
“Ati, aku tahu kau belajar dah tinggi. Tapi jangan sesekali lupa asal usul kita,” tegurnya lagi.
“Aku tahu dan aku tak pernah lupa dimana asal usul aku. Malah aku berbangga dengannya. Tapi, kadangkala ada pesanan dan peringatan tu dah tak boleh diguna pakai. Contohnya, anak dara tak boleh makan nasi dalam periuk. Nanti bila kahwin hujan ribut. Kalau kita fikir dari segi logiknya memang tak masuk akal. Kalau nak hujan tak payah makan nasik dalam periukpun dia hujan juga. Cuma perbuatan tu tak elok dipandang orang. Apa salahnya kalau kita gunakan pinggan. Kalau makan nasi dalam periuk, orang nak masuk meminangpun takut. Tak ada sopannya,” jawabku memberi alasan. Aku mahu dia tahu kewajaran kata-kataku.
Melisa tertawa mendengar kata-kataku. Mungkin dia tidak dapat menyangkal kebenaran kata-kataku itu.
“Aku tahu. Diorang berpesan macam tu supaya kita dapat menghindari semua kejadian buruk yang akan berlaku. Ada kebaikannya juga. Tapi, bab darah manis tu langsung tak boleh pakai. Kau pernah rasa ke darah aku?” soalanku disambut dengan ketawa oleh Melisa. Aku turut sama tertawa. Rozita yang baru balik sekolah, terpinga-pinga melihat kelakuan kami berdua.
“Korang ni kenapa? Suka benar nampaknya? Did I miss anything?” soal Rozita.
“Kami sedang membahaskan isu pesanan dan peringatan orang-orang tua. Elok juga ada cikgu ni, boleh jadi juri untuk menentukan fakta siapa yang lebih berkesan,” usik Melisa. Aku tertawa besar.
“Hish......tak ada kerja ke kau orang berdua ni? Tolonglah jangan sebut pasal sekolah lagi. Aku penat betul. Berserabut kepala otak aku ni dengan anak murid dan sekolah,” rungut Rozita.
“Apa yang dah berlaku ni?” soalku sebaik sahaja Rozita melabuhkan dirinya disofa sebelahku.
“Biasalah, karenah anak murid ni tak pernah selesai. Macam-macam program pihak sekolah jalankan, tapi keputusannya macam tu juga. Itu belum dikira letihnya. Kadangkala menyesal pun ada aku pilih kerja ni. Bila melibatkan manusia ni, aku rasa penat sangat,” omel Rozita. Dia lahirkan ketidakpuasan hatinya.
“Tapi, tugas kau ni mulia, Ita. Tak ramai yang ikhlas menjawat jawatan ini. Ini semua cabaran untuk kau melahirkan anak bangsa yang berkualiti dan berilmu. Dan aku tahu tugas ini bukanlah mudah tapi anggaplah dia sebagai cabaran. Hidup tanpa cabaran tak bermakna. Mungkin kau tak menemui titik kepuasan kau lagi. Nanti tengoklah, kalau semua anak murid kau yang berjaya mengucapkan terima kasih pada kau, kau akan merasa puas. Ucapan terima kasih itu akan membuatkan semua penat lelah kau berbayar. Besarkan nilai ucapan tu?” ujarku memujuknya. Aku tahu dia keletihan. Tapi aku perlu menyuntik semangatnya agar tidak terus padam. Walaupun sekarang ni musim cuti sekolah tapi tugas sebagai seorang guru tidak pernah selesai. Lagipun, emak juga seorang guru. Jadi, apa yang dirasakan oleh Ita, dapat aku lihat diwajah emak.
“Aku setuju dengan kata-kata Ati tu, Ita. Cikgu aku pernah pesan pada kami, tak perlu tanda ingatan dengan longgokkan hadiah dan kad-kad ucapan. Cukuplah sekadar dengan menjadi insan yang berguna dengan ilmu yang telah diberikan. Ucapan terima kasih tu lebih bermakna dari semuanya,” sokong Melisa dengan pendapat aku.
“Terima kasihlah sahabat-sahabatku kerana menaikkan semula semangat aku yang hampir padam ni,” sahut Rozita.
“Ita...... bila melibatkan hubungan dengan manusia ni, kita kena lebih gunakan psikologi. Gunakan pendekatan berbual sesama sahabat. Maksudnya kau menjadi sahabat mereka bukannya sebagai guru bila berbual dengan mereka. Aku tahu seorang guru tu mempunyai adabnya sendiri tapi kau harus ingat. Kesemua mereka tu remaja. Jiwa mereka tengah memberontak. Masa inilah mereka nak tunjukkan kehebatan mereka tanpa memikirkan samada tindakan mereka tu betul ataupun tidak. Jadi, aku fikir kau harus selalu berdampingan dengan mereka agar kau dapat selami apa yang sedang mereka fikirkan. Tak dapat banyak, sikitpun jadilah. Mungkin dengan nasihat kau yang sepatah dua tu, boleh membantu mereka mengelakkan diri kelembah yang salah. Siapa tahu?” aku terus mengeluarkan pendapat.
“Aku sokong dengan kata-kata Ati tu. Memang bernas. Kau anggap je yang diorang tu adik-adik kau. Lagipun kau pun bukannya tua lagi. Elok juga kalau kau tukar dari cikgu Rozita kepada Kak Ita. Kan molek tu,” tambah Melisa. Bergurau.
“Iyalah tu....... jangan nak mengarut. Tapi mana kau dapat idea yang tak pernah terfikir oleh aku ni?” soal Rozita ingin tahu.
“Hanni selalu mengadu pada aku tentang masalah dia. Masalah dengan room-mate, dengan lacturer dan class-mate. Jadi, untuk menasihatkan dia, aku cuba letakkan diri aku ditempat dia. Cuba bayangkan apa yang dia rasa, apa yang dia lalui. Lepas tu aku akan memujuknya. Alhamdullillah.... selama ini nampaknya berhasil. Lagipun emak aku kan cikgu juga,” beritahuku.
“Kau boleh jadi pakar psikologilah, Ti. Kata-kata kau tu je, boleh buat orang yang tengah marahpun, hilang marahnya. Betul tak, Ta?” usik Melisa. Rozita megiakannya.
“Aku tak tahulah kenapa dulu kau nak jadi arkitek ni. Tapi, ye lah. Dari sekolah kau memang minat melukis. Jadi, no wonderlah,” Melisa terus bermonolog. Aku segera mengangkat kakiku. Malas hendak melayan Melisa kalau dia sudah begitu. Makin dilayan makin menjadi. Aku dan Rozita segera bangun dan kedapur untuk minum.
Tiba-tiba kami terdengar jeritan Melisa diruang tamu. Baru dia menyedari yang dia bercakap seorang diri. Tidak lama kemudian, dia datang menyertai kami.
Kami hanya berbual kosong kemudian itu. Semuanya berkisar tentang majlis perkahwinan ku. Melisa begitu teruja dengan majlis tu. Dia telah meminta cuti seminggu sebelum majlis berlangsung. Begitu juga dengan Rozita. Mereka tidak mahu terlepas detik-detik kegembiraan ini. Aku begitu terharu dengan pertolongan mereka. Cuma Kak Lin sahaja akan datang tiga hari sebelum majlis itu.
Hari Sabtu. Hari ini aku akan pulang kekampung bersama-sama dengan Melisa dan Rozita. Jangkanya awal pagi kami akan bertolak. Tapi, pagi itu aku menerima satu panggilan dari Encik Hamra, senior arkitek kami. Ada masalah dengan projek kami di Seremban. Encik Hamra tidak dapat menghadirkan diri disitu kerana dia telah berlepas keMiri semalam. Aku cuba menghubungi Fahmy, tapi tiada balasan. Mahu tak mahu, aku terpaksa pergi juga. Kuangkut Melisa dan Rozita bersama-samaku. Merungut-rungut Melisa sepanjang perjalanan.
Hampir pukul dua barulah masalah dapat diselesaikan. Aku menarik nafas kelegaan. Kami meneruskan perjalanan. Ketika berhenti dihentian Senawang aku tiba-tiba teringat kain songket yang kubeli diTerengganu yang akan kuhadiahkan pada abah. Aku mahu abah memakainya ketika majlis perkahwinanku nanti. Aku segera membuka ‘boot’ kereta. Habis ku punggah semua pakaianku. Manalah tahu kalau-kalau ada terselit dimana-mana. Namun pencarianku hampa.
“Kau ni kenapa? Apa yang kau cari? Ada barang tertinggal ke?” soal Melisa pelik dengan kekalutan aku.
“Kain songket. Kain songket abah,” beritahuku dalam sendu.
“Kenapa dengan kain songket tu?” soal Rozita pula.
“Tak ada. Tak ada dalam beg ni,” beritahuku dan mula menangis.
“Kau dah cari betul-betul ke? Janganlah menangis dulu. Kita cari lagi,” pujuk Rozita. Dia segera membantu Melisa yang sibuk mengangkat barang-barang yang ada didalam boot kereta. Namun kain songket yang dimaksudkan itu tetap tidak ditemui.
“Aku tak peduli. Aku nak balik kerumah jugak. Aku nak ambil kain songket tu. Aku nak abah pakai masa majlis tu nanti,” ujarku bersama airmata. Entah mengapa tiba-tiba hatiku menjadi sayu walaupun hanya untuk sehelai kain songket.
“Tapi, kita tak boleh patah balik. Tak baik. Nanti ada perkara yang tak elok akan berlaku,” bantah Melisa.
“Aku tak peduli. Aku nak balik jugak. Kalau tidak aku tak mahu kahwin,” tegasku. Rozita dan Melisa mengeluh melihat kedegilanku. Akhirnya mereka mengalah juga dengan ketegasanku. Melisa meminta agar dia sahaja yang memandu memandangkan aku asyik menangis. Emosiku tidak stabil.
Empat puluh lima minit kemudian aku sampai dihadapan pintu rumah. Aku meluru membuka pintu pagar. Tetapi, aku pelik apabila melihat kunci kedua sudah bertukar arah. Melisa menuruti langkahku. Aku membuka mangga pintu utama. Kedudukannya juga berubah. Namun aku langusng tidak persoalkan pada Melisa yang berada dibelakangku. Mungkin ini semua sangkaanku sahaja. Lagipun sebentar tadi perasaanku agak terganggu.
Melisa kedapur untuk meneguk minuman. Haus katanya. Rozita pula baru saja melangkah masuk kedalam rumah. Aku atur langkah menaiki tangga untuk kebilikku. Kudengar seperti ada suara orang sedang bergelak ketawa. Sedang berbisik-bisik. Aku terus mengamati suara itu. Ianya datang dari dalam bilikku. Siapa pula yang ada? Entah-entah pencuri? Ujarku. Aku mencapai pasu bunga yang terdapat ditepi pintu. Segera ku kuak daun pintu. Dan aku terkejut bukan kepalang. Begitu juga mereka.
“Tidak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jeritku sekuat hati. Aku mahu lahirkan segala-galanya melalui jeritanku. Rasa marah, kecewa, terhina dan dikhianati.
Melisa yang berada didapur dan Rozita yang baru sampai dimuka pintu segera berlari mendapatkan aku. Mereka juga terkejut dengan apa yang sedang mereka saksikan. Pasu bunga yang berada dalam genggamanku akhirnya terlepas dan pecah berderai. Begitu juga dengan hatiku. Telah hancur berkecai dengan pengkhianatan dua orang insan yang amat aku sayangi dan percayai.
“Ita... ambil pisau. Aku tak mahu diaorang berdua bergerak walaupun seinci dari katil ni sehinggalah orang tua Fahmy sampai,” ugut Melisa. Rozita menuruti kata-kata Melisa. Bergegas dia kedapur mengambil pisau seperti yang diarahkan.
Fahmy dan Hanni langsung tidak mampu bersuara malah untuk bergerakpun mereka takut. Riak wajah Melisa mungkin menyebabkan mereka gerun. Apatah lagi Rozita benar-benar mengambil pisau pemotong daging dan mengacukan pada mereka. Aku pula terjelepuk dimuka pintu. Aku tiada daya untuk berdiri apatah lagi untuk berjalan. Aku langsung hilang arah untuk kuaturkan walaupun setapak langkah kehadapan.
Tiba-tiba aku terdengar suara bising diruang tamu. Segera aku menoleh. Aku melihat Melisa datang dengan beberapa orang lelaki. Aku sudah tidak mampu untuk berfikir apa-apa lagi. Aku semakin bingung memerhatikan keadaan sekeliling. Sebentar tadi Melisa telah menghubungi orang tua Fahmy.
Mengucap panjang mereka yang melihat kejadian itu. Melisa tetap tidak membenarkan Fahmy dan Hanni bergerak sehingga daddy dan mummynya sampai walaupun beberapa orang disitu membantah. Melisa mahu orang tua Fahmy menyaksikan sendiri drama yang sedang anak mereka lakonkan bersama dengan bakal adik iparnya sendiri! Oh TUHAN... apakah yang sedang berlaku? Aku bingung!
Lima belas minit kemudian, orang tua Fahmy datang dalam keadaan tergesa-gesa. Mungkin terkejut menerima panggilan dari Melisa tatkala masing-masing kesibukan dengan majlis yang bakal berlangsung. Mungkin mereka tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Akhirnya mereka sampai dimuka pintu bilikku.
Mummy menjerit apabila menyaksikan keadaan anak dengan bakal adik iparnya dan dia jatuh pengsan akhirnya. Kelam kabut beberapa orang disitu menyedarkan mummy. Daddy pula terus meluru mendapatkan Fahmy dan menamparnya beberapa kali sehinggalah beberapa orang yang lain meleraikannya.
Aku cuba bangun dan aku berjaya juga akhirnya. Aku melangkah keruang tamu dengan longlai. Aku duduk termangu disitu. Fikiranku jadi buntu dan kosong. Aku tak tahu apa yang sedang berlegar-legar dalam fikiranku. Tiba-tiba kuterasa tubuhku dipeluk seseorang. Rupa-rupanya Kak Lin yang sedang memeluk diriku. Entah siapa yang memberitahunya dan entah bila dia sampai, aku langsung tidak tahu. Malah keadaan ruang tamu yang penuh dengan orang juga, aku tidak peduli.
Aku menangis semahu-mahunya melepaskan kemarahan dihati. Betapa kecewanya aku. Betapa remuknya hatiku. Betapa sakitnya dengan pengkhianatan ini. Kupeluk tubuh Kak Lin erat. Tiada kata-kata yang diluahkan oleh Kak Lin mahupun Melisa dan Rozita. Ruang tamu rumah kami sudah dipenuhi oleh kejiranan kami. Orang tua Fahmy duduk disatu sudut. Mereka juga sebal dengan apa yang sedang berlaku. Kecewa kerana apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
“Kak Lin, betul kata Mel. Kalau kita patah balik, tentu ada sesuatu yang akan terjadi. Sesuatu yang buruk. Tapi ini bukannya perkara buruk, Mel. Ini pekara yang akan menentukan segalanya. Ini perkara baik buat aku, Mel. Baru aku kenal siapa manusia yang ada depan aku sekarang ni. Dia orang berdua ni binatang!!!” Jeritku bersama sendu yang tiada berkesudahan. Akhirnya aku dapat bersuara juga meluahkan apa yang sedang berbuku dihati.
“Apa Mie tak boleh sabar ke? Seminggu lagi majlis kita Mie? Seminggu aje lagi. Kenapa Mie tak sabar. Kenapa Mie sanggup buat perbuatan terkutuk ni? Kenapa mesti Hanni? Kenapa Mie? Apa salah Ati?” Segalanya bermula dengan kenapa. Satu perkatan yang mampu menceritakan segalanya.
“Kak Ati percayakan Hanni. Memang sejak kebelakangan ni Kak Ati banyak meminta pertolongan Hanni. Tapi takkan sesingkat itu untuk Hanni jatuh cinta dengan bakal abang ipar Hanni sendiri. Kenapa Hanni? Kenapa Hanni khianati kakak? Apa salah Kak Ati pada Hanni sehingga sebegini berat hukuman yang Hanni jatuhkan pada Kak Ati?” soalku lagi.
Fahmy dan Hanni hanya mendiamkan diri bila soalan diajukan. Mata mereka hanya memandang diriku dengan terkebil-kebil. Bila aku balas renungan mereka, serentak itu juga mereka menundukkan wajah mereka.
Hatiku mendongkol geram. Lalu aku berdiri tegak dihadapan mereka.
“Cakap Hanni. Apa salah akak? Sampai macam ni sekali Hanni buat akak?” soalku pada Hanni. Tegas dan keras. Dia memandang diriku. “Apa salah kak Ati?!” jeritku padanya.
“Hanni dah jatuh cinta pada abang Fahmy, kak,” jawabnya perlahan. Mungkin takut untuk dia bersuara.
“Macam ni cara Hanni tunjukkan rasa cinta Hanni pada dia? Dengan menggadai maruah diri Hanni sendiri? Hanni pasti ke dia akan kahwin dengan Hanni?” soalku bertalu-talu.
Hanni hanya mendiamkan diri. Rasa marah semakin membakar diriku. Aku angkat mukanya agar mata kami bertentangan.
“Pandang akak, Hanni. Kenapa Hanni tundukkan muka Hanni tu. Takut? Malu? Atau apa? Untuk apa semua tu lagi. Tak payah rasa apa-apa. Semuanya dah berlaku dan Hanni kena tanggung akibatnya.” Aku lahirkan kata-kata padanya.
“Rugi rasanya abah dengan emak bekalkan Hanni dengan ilmu agama. Tapi sesingkat ini keimanan yang Hanni ada. Tergoda dengan pujukan iblis. Akak kecewa Hanni. Tak dapat akak gambarkan macamana rasanya kekecewaan yang sedang akak tanggung. Itu belum lagi rasa kecewa abah dengan emak. Kalau abah dengan emak datang nanti, Hanni jawablah sendiri. Akak tak mahu terus menjadi kambing hitam Hanni. Kalau dulu, mungkin tapi sekarang.... entahlah,” ujarku penuh sendu.
“Hanni, kalau Hanni nak tunjukkan yang Hanni berani, ini bukan caranya. Kalau Hanni tak takut dengan kami semua, takutlah dengan ALLAH. Hanni tahu apa hukumannya kalau berzina ni? Rejam sampai mati baru hapus dosa tu, tahu tak Hanni? Tapi, apa guna itu semua. Segalanya dah terlambat.” Aku tarik nafas panjang sebelum mengeluarkan kata-kata untuk Fahmy pula.
“Mie, rupanya selama ini Mie hanya berlakon. Berlagak alim tapi sebenarnya Mie lah binatang yang bertopengkan manusia. Ati tak sangka sebegini kejam yang Mie sanggup lakukan pada Ati. Apa salah Ati pada Mie sampaikan Mie tergamak bermukah dengan adik Ati sendiri? Sampai hati Mie buat Ati begini. Terima kasih atas luka yang Mie hadiahkan sempena hari lahir Ati. Terlalu istimewa hingga Ati akan kenang selagi hayat Ati ada. Nampaknya cukuplah sampai disini hubungan kita. Terima kasih atas semua yang Mie lakukan untuk Ati. Halalkan makan minum Ati sepanjang kita bersama. Cuma satu pinta Ati buat yang terakhirnya. Kahwinlah dengan Hanni. Jangan jadikan dia macam sampah setelah madunya Mie hisap. Walau apapun yang telah dia buat pada Ati, kami tetap saudara. Tak ada benda didunia ni yang dapat menafikan hubungan kami ni. Ati harap Mie dapat tunaikannya.” Pintaku.
“Ati........” Fahmy cuba bersuara. Namun segera aku menghalang. Tak perlu lagi kata-kata darinya. Untuk apa? Hatiku sudah akan semakin luka.
Aku segera mencapai ‘hand-bag’. Kuatur langkah kaki keluar dari rumah. Suasana disini semakin membahang. Aku tidak mahu terus berada disitu.
Kak Lin cuba menghalang. Namun aku mohon padanya. Aku perlukan masa untuk bersendirian. Aku perlu menenangkan diriku sendiri. Perlu memikirkan apa yang sedang terjadi dan akan terjadi seterusnya. |
Comments
sweetnovember27
Jun 03, 2010
|
tq dome.... besttttttttttt...
|
dhee
Jun 04, 2010
|
lagi lagi lagi...nak lagi..:-)
|
|
|
|
Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009
|
|