http://exabytes.com.my/partners/tokeikedai/
Portal ini ditaja oleh Exa-Bytes Networks


Tokeikedai Online Hyper Portal
HoMe Lirik Forum Cerpen Pesta Jiwa Quran
 »» Kaunter

 »» TKO @ Facebook

 »» Login Ahli




 


 Log in Problems?
 New User? Sign Up!

 »» Hasil Seni
album-terbaru Album Sakrat

buku-terbaru Koleksi Cerpen

 »» Official Sponser

 »» Online Panel
Members: 138299
Visitors Online: 310

Hi,You're our visitors


 »» Menu Kedai

Informasi:

  • Info WebTeam
  • Panduan Ahli
  • Banner Promosi
  • TKO @ Media
  • Nota TKO

    Kolumunis:

  • SpyKedai
  • Meor Pesta Jiwa
  • Malim Pelita

    Perkhidmatan:

  • Album TKO
  • Arkib Artikel
  • Ihya Ramadhan
  • Tafsir & Ayat Quran
  • Sinopsis Drama
  • Tutorial
  • Senarai Ngetop

    Multi:

  • Email Kami
  • Promosikan Kami



  • Category: MalimPelita As-Serabuuti

    The news items published under this category are as follows.

        12   >

    »» Malim Pelita As-Serabuuti - Al Kisah Sidang Para Monyet (bab 14) ««

    Astaghfirullahalazim.......

    Tiba-tiba sahaja subuh tadi malim terbangun serentak di dalam tujuh alam.Semestinya akan jadi teramat sibuklah untuk malim mengendalikannya pada hari ini.Akal dan nafsu sudah berperang semenjak awal.Masing-masing berebut untuk menentukan corridor of power siapa yang akan memerintah alam Saghir pada hari itu.Sedang ilmu masih terkulat-kulat menyimak pelajaran yang lepas dan masih was-was untuk memberi hujjah yang terang.Hanya halal,haram,,makruh,harus dan mubah saja berlegar-legar di atas paksi syariatnya.Syirik malim di tujuh tempat pagi ini sedang tubuh belum pun bangun menjalankan perintahnya.


    :: Posted by malimpelita on :Jul 06, 2008 - 06:02 PM :: (1153 Reads)  Selanjutnya...

    »» Malim Pelita As-Serabuuti - Al Kisah Sidang Para Monyet (bab 13) ««

    Masa adalah sebuah kapalterbang jet.setahun bagaikan sebulan...sebulan bagaikan seminggu...seminggu bagaikan sehari...sehari bagaikan satu jam...satu jam bagai kan sedetik...sedetik bagaikan percikkan api.Hanya sedetik rasanya malim duduk di dalam kebekuan dan kebisuan kata di alam strebentuen ini.Hanya memerhati dan merenung sedalam-dalamnya hinggakan malim lemas di dalam diri malim sendiri.Kepetahan malim berkata-kata semakin pudar.Kebodohan dan kebebalan malim semakin menebal.Malim sudah tidak pandai lagi mentafsir dan mengambil ikhtibar.Hanya ketakutan semata-mata apabila kebuasan dan nafsu kebinatangan semakin menguasai kebanyakkan pemimpin manusia.malim bagaikan menunggu sahaja kebinasaan yang bakal datang melanda.Tiada daya dan upaya malim untuk turut serta dalam pertempuran akhir zaman ini.Para auliya tersembunyi di liang-liang zikir menunggu pertempuran terakhir.Si Jahil dan bebal di beri amanah.Si fasiq petah berkata ayat-ayat Allah bagaikan mereka tidak terlibat di dalam hukum yang di wahyukan.Si Zindik begitu ghairah menjenamakan semula agama seolah-olah Sang Nabi terlupa menyempurnakan amanat terakhir di dalam khutbah Wida` nya.

    :: Posted by malimpelita on :Jun 17, 2008 - 03:03 AM :: (1082 Reads)  Selanjutnya...

    »» Malim Pelita As-Serabuuti - Al Kisah Sidang Para Monyet (bab 12) ««

    Maka di pertemukan lah oleh Tuhan Malim yang bijaksana ,akan Malim yang bodoh ini dengan dua orang sahabat yang telah menjadi guru di dalam bidang masing-masing di suatu alam bernama SHAMELIN PERKASA .Di riwayatkan sahabat pertama itu menjadi gurulah dia didalam alam seni lakon sejak sekian lama sehingga memahamilah akan dia dan menjadi ahli lah akan dia di dalam alamnya sementara sahabat malim yang kedua itu pula menjadi guru pula lah dia di dalam alam persilatan serta menjadi ahli lah dia di dalam dunia gerak dan diam itu.Maka tersangat-sangatlah lah beruntungnya Malim di perdampingkan dengan kedua-dua guru tersebut tanpa perlulah Malim mentelaah kitab adab-adab kedua alam itu yang pastinya mengambil masa yang teramat panjang untuk di fahami.Berkatalah guru di alam lakon tentang lakonan-lakonan jiwa yang di sebut lah ia dengan istilah concuios(tiadalah Malim ketahui akan ejaan yang betul sekadar mengagak-agak sahajalah Malim mengikut bunyi tata bahasa yang keluar dari hatinya) kemudian dari itu sub-concuios(sebutan yang malim dengar pada malam itu ialah konshes) dan kemudian dari itu un-concuios(tiadalah Malim perduli andai di ketawakan akibat kebodohan Malim mengeja perkataan tersebut)-kerana apa yang ingin Malim ceritakan betapa terujanya Malim apabila di gabungkan istilah-istilah itu sehinggalah ia mencapai suatu keadaan yang di sebut hijacked emotion atau emosi yang di hijacked atau emosi yang di culik oleh beberapa unsur emosi yang lain sehingga terbatal dan menyalahi adat lah pembawa emosi atau kenderaan jiwa tersebut.

    :: Posted by malimpelita on :Jan 24, 2007 - 04:12 PM :: (2701 Reads)  Selanjutnya...

    »» Malim Pelita As-Serabuuti - Al Kisah Sidang Para Monyet (Bab 11) ««

    Maka terkurung lah lagi Malim di dalam baldi ini untuk sekian kalinya setelah melalui proses pemendapan yang agak panjang baru-baru ini.Terputus hubung jualah Malim barang seketika dengan alam sekeliling yang terlalu sibuk dan sendat dengan `HAL-HAL` nya yang pelbagai design saban hari.HAL yang mengelirukan dan samar-samar bagai semut hitam di atas batu hitam berjalan di dalam malam gelap yang pekat. sehinggakan ramai saudara-saudara Malim yang terbunuh kerana HAL -HAL yang kecil dan remeh temeh.Bagi Malim tidak menjadi HAL lah kalau di perintahkan supaya duduk terus didalam baldi ini.Lagi lah Malim suka.Lagilah Malim bahagia..akan tetapi tatkala mengenangkan ahli keluarga,saudara mara,jiran tetangga, handai taulan, ketua kampung dan ramai lagi ahli-ahli serabut di luar sana yang akan merindui Malim tiada lah upaya Malim memakai selendang keangkuhan dan keakuan tersebut.Masing-masing ada HAKnya ke atas diri Malim yang wajib lah pula Malim penuhi agar tidak berhutang pula Malim di hari oditing kemudian nanti.Dari hukum relatif dan faktor georaphy itulah maka sedaya upaya akan Malim ikhtiarkan jualah jalan-jalan dan usaha-usaha untuk kembali ke alam serabut.Cuma Malim memohon dengan serendah-rendah buku lali kepada kalian agar sesekali mengizinkan Malim kembali kedalam baldi ini untuk meninjau perkhabaran dari dimensi yang lain pula.Memang sepatut nya lah kesempatan berada di dalam baldi ini Malim pergunakan untuk merenung seketika akan hakikat kehidupan.`Kerana apa????` Pasti itu persoalan yang akan kalian ajukan kepada Malim.Mudah saja jawapannya...kerana itulah juga soalannya yang ingin Malim tanya kan kepada kalian.

    :: Posted by malimpelita on :Jan 09, 2007 - 06:11 AM :: (3143 Reads)  Selanjutnya...

    »» Malim Pelita As-Serabuuti - Al Kisah Sidang Para Monyet (Bab 10) ««

    Assalamualaikum wahai wali-wali allah sekalian-Selamat menyambut BULAN PESTA MAKANAN untuk semua warga MALAYSIA dan SELAMAT BERPUASA kepada saudara-saudara kita yang berada di Afghanistan,Iraq,Afrika,Palestine dan Lubnan.Mudah-mudahan juga kita beroleh kemenangan dalam setiap pertandingan yang kita sertai sepanjang bulan ramadan yang mulia ini.Jika pertandingan membeli kuih di bazar ramadan..mudah-mudahan kitalah orang yang paling banyak membeli kuih,jika pertandingan solat tarawih..mudah-mudahan kitalah orang yang paling kuat memekik melalui mikrofon masjid...jika pertandingan membuat persiapan baju raya mudah-mudahan kitalah orang yang paling awal dan paling banyak menempahnya...jika pertandingan menghias rumah..mudah-mudahan rumah kitalah yang paling semak dengan barang-barang perhiasan untuk di pamerkan dan di megah-megahkan kepada pengunjung di hari raya nanti.Demikian jugalah di dalam pertandingan ibadah mudah-mudahan mata kitalah yang paling lebam kerana berjaga malam dan paling lusuh sehingga kelihatan kitalah yang paling soleh dan zuhud di mata rakan-rakan sepejabat.

    :: Posted by malimpelita on :Sep 27, 2006 - 06:05 PM :: (2263 Reads)  Selanjutnya...

    »» Malim Pelita As-Serabuuti - Al Kisah Sidang Para Monyet (Bab 9) ««

    Ada pun sifat wajib bagi ALLAH itu-WAJIB ALLAH ADA MISAI-Ada pun sifat mustahil bagi ALLAH itu-MUSTAHIL LAH MISAI ALLAH SEPERTI MISAI KITA-Ada pun sifat harus bagi ALLAH-HARUS MISAI ALLAH SEBELAH PANJANG DAN SEBELAH

    PENDEK-Renung-renungkanlah-kerana Malim juga masih merenung akan hakikat PLATIPUS yang mempunyai muncung seperti itik,badan seperti kucing dan ekor seperti tupai.Dengan demikian Malim menjemput monyet-monyet sekalian segeralah bersidang kerana waktunya sudah hampir.wallahualam.

    :: Posted by malimpelita on :Apr 27, 2006 - 02:26 AM :: (2640 Reads)  Selanjutnya...

    »» Malim Pelita As-Serabuuti - Al Kisah Sidang Para Monyet (Bab 8) ««

    Pagi ini keserabutan di dalam beberapa urat sereberum Malim berada di tahap melampau setelah merasakan DIRI berjaya menyusun dan memberi angka-angka nisbah terhadap file-file yang bersepah.Setiap satu siap dengan nombornya dan setiap nombor Malim susun menurut adabnya.Sambil berjalan ke stesen LRT Malim menyelak kepilan-kepilan file sekadar untuk memastikan setiap satunya tidak bersepah lagi menambahkan kesibukkan alam fikiran yang berlapis-lapis di ruang binari i.6 ini adanya.Namun dalam ruang kesempatan yang amat sedikit sekali ini pun mampu juga sidang meja panjang menambah beberapa folder `new document` untuk Malim fikirkan pula di kesempatan yang lain.Sesungguhnya perkataan `defrag` yang di sebut oleh sahabat Malim syeikh al Dome dari pantai timur itu amat muafakat sekali rasanya buat masa ini.Biarlah Malim ceritakan serba sedikit kandungan dan rumusan dalam file-file yang Malim susun sekadar untuk berkongsi rasa dan berkongsi keserabutan yang syahdu ini.

    :: Posted by malimpelita on :Feb 10, 2006 - 01:25 AM :: (2859 Reads)  Selanjutnya...

    »» Malim Pelita As-Serabuuti - Al Kisah Sidang Para Monyet (Bab 7) ««

    `Jika kau tidak mengerti HAL-HAL ini tinggalkan lah.Jangan bergabung dengan pengamal-pengamal kepalsuan dan kebodohan...kerana mereka tidak memahami rahsia-rahsia jalan tersebut`.(Syabistari;secret garden/ terjemahan johnson pasha) Telah di tiupkan perkhabaran kepada sekalian orang banyak semenjak belum ujudnya pentium five,hologram,weblog,infrared,bluetooth mau pun digital camera dan pen-drive akan perkataan jika ada pun buku teks tertulis kisah-kisah mengenai keserabutan ini maka buku tersebut pastilah bertajuk `HADIAH-HADIAH PENGETAHUAN`(Awarif al-ma`rif) yang di tulislah akan dia pada abad ke tiga belas yang lampau serta telah di kajilah akan dia oleh anggota-anggota dari semua pengamal jalan serabut semenjak zaman berzaman.

    :: Posted by malimpelita on :Feb 04, 2006 - 04:20 PM :: (1868 Reads)  Selanjutnya...

    »» Malim Pelita As-Serabuuti - Al Kisah Sidang Para Monyet (Bab 6) ««

    Salam kasih sayang buat seluruh makhluk yang bernafas dan yang berdiri dengan hakikat masing-masing.Sebagaimana yang telah Malim sebutkan di awal bicara,karya ini di tulis untuk memenuhi permintaan yang berulang-ulang semenjak ratusan tahun yang lalu.Di titip untuk para teman,sahabat dan saudara-saudara Malim yang telah terjebak di alam serabut dan tahap kebiolan melampau.Marilah kita bersama-sama menyusun kembali file-file yang bersepah-sepah di dalam kepala otak kita.Ada pun tradisi si fakir yang di tohmah sebagai manusia bidaah atau si gila Samnun itu Malim lanjutkan atas dasar persaudaraan jualah adanya.Keserabutan selalu ada dan pasti ada keserabutan sejati di dunia ini.Namun mencarinya bagaikan trouble shooter atau jua umpama ikan di dalam kolam yang mencari air.Biar pun pelbagai ragam serta bentuk atau terdapat perbezaan simpulan di dalam urat-urat kepala kalian namun antara faham keserabutan kuno dan aliran serabut moden,segalanya terletak pada bukti rasa individu itu sendirilah adanya(tempat untuk merenung kembali warna-warna baldi masing-masing).

    :: Posted by malimpelita on :Jan 18, 2006 - 04:30 PM :: (2169 Reads)  Selanjutnya...

    »» Malim Pelita As-Serabuuti - Al Kisah Sidang Para Monyet (Bab 5) ««

    Malim memasuki sebuah ruangan dengan cahaya remang-remang tempat sejumlah makhluk berkumpul.Setiap ketua mendahului puak-puak yang lain.Pintu-pintu yang menembus penglihatan manusia di tutup ketika dua belas pendahulu membentuk dua garis sejajar dan suasana menjadi hening.Cahaya menerpa wajah-wajah mereka di kegelapan dan hanya mata mereka yang tampak hidup.Malim mundur beberapa langkah ke suatu sudut, memerhati ketika zikir segera dimulai.Sang pemimpin mula berayun kekiri dan kekanan.Bermula dengan sangat lambat kemudiannya di ikuti makhluk berbagai rupa dan bentuk.Setiap kali tubuh mereka condong ke kiri bergema suara mengucapkan `HU` secara serentak,`HU`.....`HU`.....`HU`....! Ritual mereka ternyata berbeda dari zikir di dalam stadium bolasepak atau Auditorium nyanyian yang terlalu sedikit manfaatnya.Terasa di kalbu Malim betapa lalainya Malim selama ini sedang penganut tradisi lainnya yang relatif masih bertahan.

    :: Posted by malimpelita on :Jan 14, 2006 - 04:42 PM :: (2236 Reads)  Selanjutnya...

        12   >




    Di Host & Di Taja Oleh Exabytes Network - Web Hosting Yang Stabil & Bermutu
    Copyright Tokeikedai Online Networks© [Setiu,Terengganu] 1998 - 2009